KUALA Lumpur, Malaysia.
Seorang lelaki membuka pintu hadapan sebuah kereta mewah yang sudah dua jam berada di hadapan rumahnya. Dia duduk di sebelah pemandu.
"Sorry bro. Dah lama ke tunggu?" Soalnya.
"Tak jugak. Dalam 2 jam macam tu! Aku call tak angkat! Aku ketuk pintu tak ada yang buka, nak je aku tinggal kau. Biar aku sorang je pergi airport" jawab kawannya yang marah. Mana tidaknya, sudah dua jam dia tunggu.
Lelaki itu tersengih melihat muka marah kawannya. Kemudian, kawannya memulakan pemanduan. Dalam perjalanan mereka berdua ke lapangan terbang, telefon kawan lelaki itu memainkan lagu Sweet But Psycho.
Oh, she's sweet but a psycho
A little bit psycho
At night she screamin'Ada panggilan masuk. Dia menjawab panggilan tersebut. EarPods diletakkan di telinga.
"Hello Am-"
"Wey Hasif! Kau kat mana ha?! Cakap on the way? Kepala mak cik kau punya on the way! Dah empat puluh lapan minit aku tunggu kat sini, batang hidung kau pun aku tak nampak lagi! Kau dekat mana?! Jadi ambil aku ke tak?!" Bebel seorang lelaki dipanggilan telefonya.
"Sorry la. Aku memang dah betul-betul on the way. Kalish ni ha yang lambat" balas Hasif. Stereng dipegang kuat kerana dia akan memecut.
"Banyak la alasan kau. Dah, cepat sikit!" Lelaki itu meletakkan panggilan. Lelaki di sebelah Hasif mula memakai sit belt.
"Perlahan la sikit! Kan kalau terbabas, tak sempat kahwin aku nanti! Bukan setakat kahwin, aku takut mengucap pun tak sempat juga!"
"Ni semua salah kau Kalish! Aku pula yang kena marah dengan Ammar!" Marah Hasif.
"Sorry ah" balas Kalish.
Selepas menamatkan mengajian di University of Sydney, Australia. Kalish dan Hasif mula mengambil alih syarikat bapa mereka. Sekarang mereka sudah menjadi Chief Executive Officer di syarikat bapa masing-masing pada umur 26 tahun.
TELEFON dibuka untuk melihat jam, sudah masuk pukul sebelas lima puluh lima pagi tetapi kawan-kawannya masih belum sampai. Tiba-tiba.... dia terdengar bunyi enjin sebuah kereta yang dia kenal menghampiri. Bunyi itu semakin dekat, semakin dekat. Sebuah kereta Mercedes Benz E63 AMG berhenti di hadapannya. Keluar dua orang lelaki .
"Sorry bro, sorry. Aku tahu salah aku" kata Kalish. Hasif membuka bonet kereta. Lalu, sebuah bagasi dimasukkan. Pintu kereta bahagian belakang dibuka olehnya, sebagai tanda maaf.
"Encik Ammar Daniel, silakan masuk" pelawanya. Ammar menjeling.
"Aku boleh buka sendiri. Lain kali lambatlah lagi" kata Ammar dingin.
Ammar yang dulu sangat berbeza dengan Ammar yang sekarang. Sekarang dia lebih dingin, senyum pun nak tak nak, bercakap pun main lepas je. Jauh la masa zaman sekolah dulu.
Dia berubah selepas dia dipaksa oleh orang tuanya untuk masuk ke Korea University iaitu universiti private . Semasa dia di Korea, dia merasakan dirinya seperti dikongkong. Nak buat ini tak boleh, nak buat itu tak boleh.
MEREKA tiba di sebuah kafe yang diberi nama Sweet'Cafe. Mereka masuk ke dalam kafe tersebut. Mereka memilih tempat yang sudah menjadi tempat khas mereka, tempat yang jauh dari meja orang lain . Pemilik kafe ini ialah Kayla.
Seorang pelayan perempuan menghampiri mereka.
"Encik bertiga nak pesan apa?" soalnya berserta senyuman. Mereka bertiga melihat ke arah empunya suara. Perempuan yang sangat mereka kenali.
"Cappucino hot milk satu" kata Ammar.
"Bagi aku iced mocha" kata Hasif pula. Pelayan perempuan itu mengangguk. Dia mengalihkan pandangan pada Kalish yang merenungnya sambil tersenyum.
"Tak sangka, doktor cinta kita yang comel lagi cantik ni jadi pelayan sementara kat sini" Kalish berkata. Pelayan perempuan itu mengetuk dahi Kalish dengan sebatang pen yang ada di tangannya.
PUK!
"Auch!! Sakit la Hana, sejak bila jadi singa pula ni? Orang nak gurau pun dah tak boleh ke?" Kalish menggosok dahinya.
"Tahu pun sakit? Cepat la" pelayan perempuan itu aka Hana membalas dengan riak wajah yang selamba.
"Iced coffee, pastikan kau yang buat. Sebab aku tak percaya orang lain" Kalish mengangkat ibu jarinya '👍🏻' Hana hanya mengangguk.
"Dah tak ada dah? Makan?"
Jejaka-jejaka di hadapannya menggeleng. Hana pergi dari situ dan terus ke bahagian dapur menghantar pesanan.
Hana telah berjaya dalam bidang perubatan setelah menamatkan pengajian di University of London,United Kingdom."Hai korang!" sapa Kayla yang sedang menghampiri mereka. Hasif hanya mengukir senyuman pada tunangnya itu. Tunang? Kayla dan Hasif selamat menjalinkan ikatan pertunangan pada dua bulan yang lepas.
Kayla juga telah menamatkan pengajiannya di University of Auckland, New Zealand. Dia juga seorang business women yang berjaya. Mempunyai sebuah kafe dan sebuah butik pakaian pengantin.Dia mengambil tempat di sebelah Hasif. Ammar yang bersandar mula menegakkan badannya.
"Kayla, Mel tak ada call kau ke cakap bila dia akan balik?" soal Ammar. Kayla menggelengkan kepala.
"Tak ada, dia dah jarang call aku. Kalau call pun, dia cuma tanya pasal keluarga dan hal-hal semasa dalam 'dunia kita' " jelas Kayla.
"Aku?" soal Ammar lagi. Dan sekali lagi Kayla menggelengkan kepalanya.
Ammar mengangguk kecil. Hasif dan Kalish hanya mendiamkan diri. Mereka tahu berjauhan selama lapan tahun tanpa bertanya khabar memang sakit. Kerana mereka juga pernah rass benda yang sama dulu.
Sekarang dunia semakin maju, hanya dengan gajet sudah mampu mendekatkan orang yang jauh, tetapi Mellisa lain. Dia langsung tidak menelefon Ammar, apatah lagi ingin bertanya khabar. Hana tiba sambil menatang dulang. Dia hairan dengan suasana di meja kawan-kawannya itu. Sepi.
"This is for you Ammar, cuppucino hot milk. And this one for you Hasif, iced mocha. And the last one for my prince, iced coffee" Hana meletakkan air yang dipesan oleh Ammar, Hasif dan Kalish di atas meja.
"Kau yang buat kan?" soal Kalish manja.
"Of course la saya yang buat" jawab Hana dengan senyuman manis di bibir. Hasif terpandang akan senyuman manis itu. Lalu, dia berkata.
"Kalau hari-hari Hana ada dekat sini, Sweet'Cafe ni mesti penuh dengan lelaki. Ye la, ada pelayan cun melecun macam ni" sakat Hasif. Sengaja nak sakitkan hati Kalish. Kalish menjongketkan sebelah keningnya.
"Sengaja nak sakitkan hati aku, kan? Jangan salahkan aku kalau balik lepas ni kau mandi dengan coffee ni" Cepat-cepat Hasif menggelengkan kepalanya. Kayla dan Hana terus ketawa terbahak-bahak. Tahu takut.
Ammar hanya bersandar di kerusi dan memandang ke atas. Fikirannya melayang-layang memikirkan nasib. 'Aku seorang saja ke yang beria? Sedangkan dia? Tak pernah cari aku. Tak pernah nak tanya khabar aku. Sihat ke tak, hidup ke tak. Jangan-jangan dia dah bahagia dengan orang lain dekat sana. 8 tahun yang sia-sia Ammar. Sia-sia kau tunggu dia'
(ᗒᗣᗕ)՞
Macam mana guys? Oky tak? Sampai hati Mel buat Ammar macam tu. Kesian dia
Done: 23/12/2020
Published: 1/1/2021
YOU ARE READING
CINTA Mellisa Dahlia 2 | SU |
Action📌 ☞︎ baca CINTA Mellisa Dahlia dulu baru baca yang ni Book 2: CINTA Mellisa Dahlia 2 Forgive me for the description of this story Mula: 1/1/2021 Siap: - ⚠️ mengandungi kata-kata kesat.