MELLISA menyelak helaian demi helaian kertas fail di tangannya. Rekod keluar masuk duit syarikat bersih. Tiada sebarang tempat kosong ditinggalkan. Semuanya ditanda dengan cermat.
Tarikh keluar duit ditulis dengan betul. Jumlah duit tidak kurang dan tidak lebih seperti yang diminta di atas. Mellisa senyum lega kerana kewangan syarikat dijaga oleh orang yang betul. Tidak salah Mikail memilih Kamil.
Tok! Tok! Tok!
Pintu pejabatnya diketuk. Mellisa mengangkat kepala.
"Tengku, suami Tengku datang" ujar Hanim. Mellisa senyum lebar mendengar perkataan 'suami' itu. Hampir lima belas minit dia menunggu kedatangan Ammar ke TNM Holding.
"Suruh dia masuk..." arah Mellisa. Hanim angguk. Dia menoleh ke belakang.
"Tengku Ammar, silakan masuk" Hanim senyum melihat wajah kacak Ammar. Ammar pula membalas dengan senyuman nipis sebagai tanda terima kasih. Dia masuk ke dalam pejabat. Pintu ditutup rapat oleh Hanim.
"Mel, jom lunch. Abang dah kebulur ni" Ammar membuat muka minta simpatinya itu.
Tangan kanan dibawa ke perut. Ammar nampak segak apabila mengenakan sut navy blue dan kemeja putih di dalamnya. Tambah pula dengan tie yang sama warna dengan sut. Mellisa tergelak melihat muka comel suaminya itu.
"Lapar ey? Jom!" Mellisa bangun. Fail ditutup. Beg tangan dan telefon diambil. Dia melangkah menuju ke arah Ammar yang masih belum menurunkan lagi tangan dari perutnya itu. Ammar menyambar tangan Mellisa yang sudah berjalan melepasinya. Mellisa berpaling.
"Apa?" soal Mellisa.
"Kita lunch dengan yang lain boleh? I mean, our friends. Sebab abang dah janji dengan diaorang" ujar Ammar. Mellisa angguk. Dia tidak kisah pun dengan siapa-siapa. Janji perut suaminya ini diisi dengan makanan. Takut nanti dia pula yang 'ditelan naga' eh?
Mereka berjalan beriringan ke pintu. Dan keluar dari pejabat. Hanim berdiri saat pintu dibuka. Dia senyum ke arah pasangan yang bagaikan pinang dibelah dua itu. Secocok!
"Hanim, akak tak lunch ke?" soal Mellisa sebelum berangkat pergi. Risau kalau PAnya itu kelaparan.
Hanim geleng. "Saya puasa hari ni" jawabnya. Mulut Mellisa sudah membulat.
"Kalau macam tu, selamat berbuka la nanti. Saya pergi dulu" pamit Mellisa. Dia merangkul lengan Ammar dan berjalan berdua-duaan menuju ke lif. Sementara itu...
Sorang pekerja perempuan mendekati tempat Hanim yang sudah duduk di kerusinya. Meja Hanim diketuk dua kali.
"Siapa lelaki tu akak? Tengku Mikail ke?" soalnya. Hanim mendongak. Budak ini rupanya. Ratu gosip TNM Holding. Semua benda dia nak ambik tahu, lepastu mulalah bergosip dengan rakan yang lain.
"Tak la, tu suami dia" balas Hanim ringkas. Ziana tercengang. Suami? Dia ingat bos barunya itu belum berkahwin lagi.
"Suami Tengku Mellisa tu orang kaya ke? Tengku juga ke? Macam oppa Korea la suami dia tu. Putih, tinggi, rambut hitam original. Ish, mana la nak cari lelaki macam tu sekarang. Satu dalam sejuta la kak" Ziana berkata. Hanim menggeleng. Yakin je dia tu rambut hitam original.
"Ya, Tengku juga. Kau tak payah cari la. Kau cari pun tak jumpa juga. Ye la, kau cakap tadi satu dalam sejuta, kan. Tengku Mellisa dah dapat. Jadi dah takda la untuk kau" balas Hanim pedas. Ziana mencebik. Tahulah suami dia polis. Anak pun dah masuk dua orang. Suka hati je cakap macam tu. Sambung Ziana dalam hati.
YOU ARE READING
CINTA Mellisa Dahlia 2 | SU |
Aksi📌 ☞︎ baca CINTA Mellisa Dahlia dulu baru baca yang ni Book 2: CINTA Mellisa Dahlia 2 Forgive me for the description of this story Mula: 1/1/2021 Siap: - ⚠️ mengandungi kata-kata kesat.