BAB 19

670 58 17
                                    

ARASY berlari dalam keadaan ketakutan. Sudah tiga hari dia dikejar oleh sekumpulan lelaki bertopeng putih bersenjata itu. Dia sudah tidak tahu untuk bersembunyi di mana. Tempat tinggalnya diserbu. Keretanya ditarik. Semuanya berlaku dengan pantas.

Dia menyorok di belakang tong sampah besar (yang hijau tu) sambil mengepit hidung menahan bau busuk sampah. Dadanya turun naik kerana kelelahan. Jantungnya pula berdegup laju.

"Mana pula perginya jantan tu?!" Salah seorang daripada sekumpulan lelaki tadi menyoal dengan nada yang agak kuat. Terhenjut bahu Arasy.

Sedang dia tengah menyorok itu. Ada seekor anjing di hadapannya. Dia menghalau dengan membaling sampah yang ada di sisi kanannya. Malang pula, tidak kena langsung anjing itu. Anjing itu menyalak kuat. Seperti ingin memberitahu pada sekumpulan lelaki tadi bahawa orang yang mereka itu cari ada di sini.

Sekumpulan lelaki itu berpaling ke arah punca bunyi. Bunyi itu datang dari arah tong sampah besar (yang warna hijau tu)

'Siallah!' Arasy semakin takut, peluh semakin banyak. Dia mengintai ke tepi. Sekumpulan lelaki itu masih ada di sini. Dia cepat-cepat berpaling semula ke hadapan. Tiba-tiba...

Bahunya ditepuk seseorang. Dia mengangkat muka. Seorang lelaki berpoteng putih sedang berdiri di hadapannya saat ini. Lelaki itu memegang pistol di tangan kanannya.

"Kau ingat kau boleh lari?!" Lelaki itu mencengkam kolar baju Arasy kuat. Sehingga biru muka lelaki itu. Dengar saja suara ahli kumpulannya. Sekumpulan lelaki itu terus meluru ke arah rakan mereka.

"Le... lepaskan aku!" Arasy memukul tangan lelaki yang mencengkam kolar bajunya itu. Sesak nafas la. Boleh arwah dia kalau berterusan macam ini. Nyah, bukan ke kau memang dah nak mati?

"Bawa dia cepat!" arah salah seorang daripada mereka. Tiga orang daripada mereka mengangguk. Lengan Arasy dicengkam kuat oleh Qarl. Dia cuba menarik lelaki itu bangun. Bau busuk sampah sangat meloyakan tekak mereka.

"Aku tak nak pergi!" kata Arasy berani. Berani mati sungguh! Sufian melempang kuat pipi kanan milik Arasy. Sangat kuat sehingga bibir lelaki itu pecah. Danish pula menarik rambut Arasy ke belakang.

"Tempat ni busuk kau tahu tak!" Marah Danish. Ingin saja dia muntah di hadapan Arasy.

"Dia kan sampah jugak, sebab tu dia tak kesah lama-lama dekat sini. Hidung dia pun dah tak berfungsi agaknya" Zariq mencelah. Rakan-rakannya yang lain sudah ketawa tidak ingat dunia.

TUBUH Arasy didudukkan pada sebuah kerusi kayu. Tangan dan kakinya diikat kemas. Hana terus menolak pintu bilik itu dengan kasar. Mujur tidak terkena Lutfi yang juga ingin membuka pintu untuk keluar. Jelas di wajah Arasy yang dia dalam ketakutan. Hana tidak memakai topeng. Jadi itu lebih mudah untuk Arasy 'kenal' siapakah Hana yang sebenarnya.

"Hana, lepaskan aku. Kau datang sini sebab nak lepaskan aku, kan? Tolong la, tangan aku sakit. Diaorang ikat tangan dengan kaki aku ni kuat sangat. Sakit..." rintih Arasy seperti sorang lelaki yang tiada maruahnya. Meminta tolong pada seorang wanita supaya dia terlepas dari kesakitan ini.

Hana berjalan ke belakang Arasy. Dia memegang kedua belah bahu Arasy. Badan ditundukkan sedikit. Hana mengerling ke sisi wajah lelaki itu. Ada juga bau sampah pada Arasy. Telinga lelaki itu ditiup perlahan. Arasy menggelepar.

"Hana! Lepaskan aku! Kenapa buat aku macam ni!?" tanya Arasy dengan kuatnya. Dia memalingkan mukanya ke kanan. Arasy dapat melihat dengan jelas sisi wajah Hana. Zariq mendekati dua manusia itu. Di tangan Zariq pula terdapat satu kuali merah yang sangat berkilat.

"Nah" Zariq menghulurkan kuali itu kepada Hana. Hana ambil dengan hati yang berbunga-bunga. Hana berjalan ke hadapan Arasy. Arasy melihat Hana sehingga tidak terkutik sedikit pun.

CINTA Mellisa Dahlia 2 | SU |Where stories live. Discover now