BAB 10

708 60 0
                                    

ARSYAD tidur di sofa ruang tamu rumahnya. Tangan kanan diletakkan di atas dahi. Tangan kiri diletakkan di atas perut.

"Awak... awak... bangun la" kejut Sarah perlahan. Takut jika lelaki itu memarahinya.

Sejak pertemuan Arsyad dan Queen dengan dua orang ketua Demon Boys beberapa hari yang lepas, Sarah sudah tidak lagi terikat dengan kumpulan gengster itu. Semuanya baik-baik. Orang-orang suruhan Demon Boys juga sudah tidak mencarinya.

"Awak, bangun la. Dah pagi ni" Sarah menggoncangkan lengan kanan lelaki itu. Arsyad membuka matanya. Berani Sarah mengacau waktu tidurnya! Arsyad memegang kuat tangan Sarah. Menyebabkan gadis itu terkejut.

"Kenapa sayang? Nak ajak abang breakfast ke?" Kening Arsyad terangkat-angkat nakal. Senyuman tidak lekang dari menghiasi bibirnya. Wajah wanita yang dicintai menjadi tatapannya di pagi hari.

"Erm... sa... saya..." tersekat-sekat suara Sarah dibuatnya. Renungan tajam Arsyad menyebabkan Sarah hilang kata-kata.

"Yes dear, awak apa?" soal Arsyad lembut.

"Saya dah masak apa yang awak nak semalam!" akhirnya terluah juga. Sarah menggerakkan kakinya untuk melangkah. Tetapi ianya terhenti apabila Arsyad menarik laju tangan Sarah yang dipegangnya tadi. Wajah Sarah tersembam pada dada Arsyad. Tangan Arsyad melingkari pinggang ramping Sarah.

"Thank you.." ucapnya. Dicium dahi Sarah itu sekilas. Sarah kaku di dada Arsyad. Pipinya merona merah. Ini salah! Cepat-cepat dia bangun. Kaki melangkah ke meja makan. Arsyad senyum senget. Tahu sangat bahawa gadis itu malu dan segan dengannya. Dia bangun dari sofa.

"Saya nak mandi kejap... awak makanlah dulu" pesan Arsyad buat Sarah. Dia mula mendaki tangga untuk ke tingkat dua.

"Kalau awak serius dengan saya, tolong halalkan hubungan kita. Saya taknak hidup kita bergelumang dengan dosa..." ujar Sarah sebelum dia menunduk malu.

'Apa yang aku cakap ni? Kau dah gila ke Sarah?! Buatnya gengster tu cari kau balik, tak ke naya si Arsyad tu nanti?!' sambungnya dalam hati. Mahu tujuh keturunannya malu kerana dia berkata sebegitu.

Arsyad tersenyum sinis.

"Okay" kata Arsyad sepatah. Dia hilang dari pandangan mata Sarah. Tercengang Sarah sebaik mendengar. Macam tu je?

"D... dia tak main-main, kan?" Wajah Sarah naik merah. Mungkin takdir mereka sudah tertulis bahawa mereka akan bersatu.

"OKAY, kita nak mula dengan apa?" Kayla menyoal manusia-manusia di hadapannya. Mereka berdiri di bawah terik matahari. Panas woi!

"Snorkeling?" Cadang Kalish. Semua yang mendengar mengangguk.

Tetapi tidak pada Hana. Hana menarik tangan kawan-kawan perempuannya, Mellisa dan Kayla. Mereka dibawa jauh sedikit dari kaum lelaki yang memandang pelik ke arah mereka. Nak bincang apa itu?

"Kenapa?" Soal Mellisa.

"Sebelum kantoi dengan diaorang, apakata kalau aku pergi jumpa Max dulu? Lagi pun korang tahu, kan yang aku tak boleh solat..."

"Okay.." kata Mellisa dan Kayla serentak. Bom yang disimpan oleh Max harus berada di tangan mereka secepat mungkin.

"Tu kenapa tu? Hana!" Kening Kalish terjongket melihat kelibat Hana yang perlahan-lahan meninggalkan mereka semua. Ayyo, Hana ni! Kalish cuba untuk mengejar Hana tetapi dihalang oleh Mellisa dan Kayla.

"Aipp... dia ada masalah perempuan" ujar Kayla. Kalish memandang Mellisa. Mellisa mengangguk.

"AGAK-agak sekarang ni Mel tengah buat apa ey?" matanya tidak dapat dilelapkan. Jam sudah pun menunjukkan pukul luma pagi, waktu Perancis. Telefon dibuka. Lock Screennya memaparkan gambarnya dengan wanita itu. Berdiri dalam keadaan tersenyum.

"Nak call ke tak eh?" bucu telefon dibawa ke dagu. Noah menggaru kepalanya. Biarpun tidak terasa gatal

"Tapi kalau call... kat Malaysia sekarang pukul berapa?" Keluhan kecil dilepaskan. Telefon diletakkan di atas meja. Noah merebahkan tubuhnya ke atas katil. Comforter ditarik sehingga menutupi perut.

"C'est juste une sœur"
(Dia cuma kakak)

Kepala digeleng beberapa kali. Dia sedar, siapalah dia di hati wanita itu. Hanya sekadar lelaki yang ingin menumpang kasih sayang.

DATIN Sri Juliana bersandar di kerusi pejabatnya, pandangannya dibawa ke luar tingkap yang terbuka luas. Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa tubuh tuanya itu. Pintu pejabatnya dikuak oleh seorang kerani.

''Datin Sri, kita ada tetamu dari Diamond High School'' ujar kerani perempuan itu. Datin Sri Juliana masih tidak sedarkan diri dari lamunannya.

Apa yang difikirkannya saat ini adalah keselamatan anak-anak, menantu dan cucu-cucunya. Sejak dia mendapat panggilan daripada Benjamin mengenai kad yang dijumpainya bulan lepas, Datin Sri Juliana banyak mengelamun dan abaikan kerja-kerjanya di pejabat.

''Erm... Datin Sri?'' kerani perempuan itu menyapa sekali lagi. Berserta tepukan di bahu. Serta-merta membuatkan tubuh tua itu kembali ke dunia nyata.

''Ye Faz, kenapa?'' soal Datin Sri Juliana. Kerani perempuan itu tersenyum. Fazana nama diberi.

''Ada tetemu dari Diamond High School ingin berjumpa dengan Datin Sri'' ujarnya dengan nada lembut. Datin Sri Juliana mengangguk. Dia bangun dari kerusinya. Dan dia melangkah keluar dari pejabat. Langkahnya itu diikuti Kerani Fazana.

SETELAH selesai membuat aktivi snorkeling, Hana muncul setelah hampir dua jam dia menghilangkan diri. Orang pertama yang dicarinya ialah Mellisa. Ada benda yang harus disampaikan kepada wanita itu.

''Mel, Max nak jumpa kau sendiri... dia tak percaya aku'' ujar Hana. Mellisa yang kebetulan jauh dari yang lain memudahkan Hana untuk menyampaikan pesanan itu. Mellisa mengerutkan dahinya.

''Kenapa pula?'' soal Mellisa hairan. Hana mengangkat kedua-dua tangannya. Tanda dia tidak tahu.

''Pelik-pelik la dia ni. Kau dah guna kod tu, kan. Kenapa pula dia tak percaya?'' tanya Mellisa. Hana menjongket bahu. Mellisa menoleh melihat Ammar. Terlintas satu idea di akalnya. Dia melangkah mendekati Ammar. Lengan Ammar ditariknya.

''Eh! kenapa kau ni?'' soal Ammar.

''Teman saya jumpa seseorang kejap..'' jawab Mellisa. Wajah Ammar merona merah. Mellisa masih lagi tidak melepaskan lengannya. Jarang benar Mellisa bertindak sebegini...

Bab ni pendek je. typo bersepah.

Done: 19/4/2021, 12:30 pm
Publish: 19/4/2021, 2:08 pm

CINTA Mellisa Dahlia 2 | SU |Where stories live. Discover now