BAB 9

793 59 10
                                    

PADA hari yang dinantikan ini, mereka semua berkumpul di rumah Hasif. Disebabkan tidak ingin membawa kereta sendiri, Hasif meminjam kereta bapanya. Sebuah kereta Alphard berwarna hitam. Beg dimasukkan ke dalam bonet kereta.

(Girls outfits)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Girls outfits)

"Tak sabarnya aku" ujar Kayla sambil merangkul lengan Hana. Hana layankan sahaja.

Mellisa yang sedang menyusun beg menggeleng kepala. Macam la tidak pernah pergi pulau.

"Mel" panggil Hasif. Dia menghampiri Mellisa.

"Apo?"

"Kau duduk tengah ey dengan Ammar?"

Mellisa mengangguk.

"Mana-mana pun aku tak kesah. Janji sampai sana je" Mellisa membuat muka. Matanya melihat dua rakan baiknya.

Hasif berjalan menghampiri Ammar dan Kalish pula yang berada di hadapan kereta.

"Macam mana? Dah bincang dah?" soal Hasif.

"Ayat je la yang aku tak fikir lagi" jawab Ammar berlahan. Matanya melihat Mellisa yang berjalan ke arah Kayla dan Hana. Hasif mengeluh. Pasrah. Kalish menggaru keningnya.

"Okay... apa kata kalau kau......" Hasif memberi cadangan. Harap-harap bergunalah cadangannya itu.

SETELAH merempuh lapan jam perjalanan, akhirnya mereka tiba di Kuala Besut, Terengganu. Pada pukul sebelas malam. Mereka menginap di hotel bajet sementara menunggu hari esok. Tiada bot yang akan ke Pulau Perhentian pada waktu malam sebegini. Tambah pula dengan air laut yang bergelora.

Mereka hanya mengambil dua bilik sahaja. Jimat duit. Pada tengah hari esok mereka akan ke jeti. Check out. Mellisa, Kayla dan Hana masuk ke bilik mereka yang berada di tingkat tiga. Sama juga seperti Ammar dan yang lain. Tetapi bilik kaum lelaki di tingkat dua. Biasalah, bilik sudah penuh pada malam hari.

"Good night korang" ucap Hana yang hampir terlena itu. Kakinya bergerak ke arah meja solek dan ikatan rambut yang serabai itu dibuka. Kemudian dia berjalan semula ke katil dan merebahkan badannya.

Mellisa duduk di birai katil. Minyak angin cap kapak disapukan sedikit ke jari telunjuk dan jari tengah tangan kiri. Kepala diurut-urut seketika bagi menghilangkan rasa sakit di kepala. Sudah dua jam dia menahan rasa sakit itu.

"Kau tak nak bersihkan diri kau dulu ke sebelum tidur?" Mellisa menepuk-nepuk betis Hana. Tiada respon. Malah dia terdengar dengkuran halus milik Hana. Kawannya itu sudah di buai mimpi. Penat! Walaupun bukan dia yang membawa kereta.

CINTA Mellisa Dahlia 2 | SU |Where stories live. Discover now