BAB 8

914 71 5
                                    

DALAM perjalanan ke Setia Maju Holding, Ammar singgah sebentar di Sweet'Cafe untuk membeli coffee kegemarannya. Kereta diletak di parking yang telah disediakan kerajaan. Dia keluar dari kereta dan berjalan untuk masuk ke dalam kafe. Namun dia terlanggar bahu seorang lelaki berkaca mata hitam yang baru sahaja keluar dari kafe.

Puk.

"Sorry, my bad" kata Ammar.

Lelaki itu melihat wajah yang melanggar bahunya. Alangkah terkejutnya dia. Orang itu merupakan Tengku Ammar Daniel.

"Erk... it's okay", lelaki itu berlalu pergi. Ammar meneruskan langkahnya.

"Hai, selamat datang ke Sweet'Cafe" tegur pekerja perempuan yang berada di kaunter.

Melihat wajah itu, dia sudah tahu apa yang ingin dipesan oleh Ammar.

"Coffee latte cappuccino satu?" tekanya.

Ammar mengangguk. Kemudian dia menghulurkan not RM10 kepada pekerja perempuan itu. Resit dan duit mula bertukar tangan.

"Sila tunggu sebentar ye"

LELAKI berkaca mata hitam itu membuka telefonnya. Ikon Phone ditekan. Nama ' ketua ' nya dicari.

"Hello... babe" sapanya di sebelah sini.

"Hello..apahal call aku ni?"

Lelaki itu menarik nafas panjang.

"Aku terserempak dengan Ammar Daniel tadi... so, apa yang kau nak aku buat?" lelaki itu ketawa sinis dihujung kata.

"Wow... that's great. Dah tak payah susah-susah keluarkan tenaga cari dia..." ketuanya juga turut ketawa sinis.

"Apa yang patut aku buat? Bunuh terus?"

"Lek luh... kau gila ke? Aku nak kau follow dulu dia. Jangan terburu-buru. Terlalu awal untuk kita bertindak" kata ketuanya.

Alex mengangguk faham.

"Kalau kau dah cakap macam tu, okay lah"

"Okay. apa-apa update terus, aku ada kerja ni..bye..tut...tut..." ketuanya meletakkan panggilan.

Alex melorek senyuman sinis. Dia memerhati Ammar dari luar kafe.

Setia Maju Holding.

Pintu pejabat Hasif diketuk.

"Masuk!"

Pintu dikuak.

"Bos, encik Ammar datang" beritahu Sheera, personal assistant Hasif. Pen di tangan diletak.

"Suruh dia masuk"

Sheera mengangguk.

"Silakan masuk encik Ammar" badannya ditundukkan sedikit. Tunduk hormat.

Ammar mengatur langkah berjalan masuk. Pintu ditutup oleh Sheera. Hanya mereka berdua sahaja yang berada di dalam pejabat itu.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
CINTA Mellisa Dahlia 2 | SU |Where stories live. Discover now