BAB 12 | KAHWIN

946 74 9
                                    

MELLISA keluar dari fitting room. Busana pengantin yang dipakai olehnya sungguh cantik. Hari ini Mellisa dan Ammar akan mencuba busana pengantin mereka. Majlis mereka akan berlangsung dua minggu dari sekarang. Katanya benda elok harus dipercepatkan.

"Erm... Mel rasa baju ni-" Mellisa memusingkan badannya. Gaun pengantin yang dipakai olehnya sedikit ketat. Gaun yang kecil atau dia yang besar pun tidak tahu la.

Terlopong dua orang wanita yang berada di hadapannya ketika ini. Ammar yang sudah siap dengan tuxedo hitamnya hanya melorek senyuman manis.

"Cantiknya anak ibu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Cantiknya anak ibu...." Datin Sri Juliana menilik gaun yang dipakai oleh anak perempuan tunggalnya itu. Dipadankan dengan Mellisa yang mempunyai darah campuran mat salleh itu pula. Sungguh cantik.

"Ketat sikit kat bahagian perut" kata Mellisa jujur kepada dua wanita di hadapannya. Mellisa sedaya upaya mengempiskan sedikit perutnya itu.

"Tak apa... nanti bersanding, kuruslah" Datin Ainul mengusap lembut pipi Mellisa. Tidak sangka bahawa wajah inilah yang bakal mengisi hari-hari anak terunanya nanti.

Mellisa senyum. Matanya teralih pada Ammar yang asyik tersenyum itu.

"Awak tak ada nak komen apa-apa ke?"

Tersentak Ammar dengan pertanyaan Mellisa itu. Mamanya dan Datin Sri Juliana turut memandang ke arahnya juga. Ammar menggaru keningnya.

"Sesuai dengan kau" ujar Ammar. Sebenarnya dia malu. Datin Sri Juliana yang pernah menjadi pengetua sekolahnya kini bakal menjadi ibu mentuanya pula. Mana la tidak awkward!

SAMSAK tinju disepak kuat. Kaki yang berbalut itu tidak menghalangnya untuk melepaskan amarah. Samsak tinju itu dirapatkan ke dahi.

"Why?! Why Ammar?!" Tengku Isyraf Aiman menangis sambil memeluk samsak tinju itu. Selama dia berada di luar negara ini, dia selalu mengikuti perkembangan Mellisa dan Ammar. Agak kecewa apabila wanita pujaannya itu akan berkahwin tidak lama lagi.

"No matter what happen, she's mine..." katanya persis seorang psycho.

Dari zaman sekolah lagi dia mencintai wanita itu. Tetapi Mellisa sedikit pun tidak pernah memandangnya. Apatah lagi mahu rapat dengannya. Isyraf tercabar. Dia berharap kepulangannya ke Malaysia akan merosakkan masjid yang bakal dibina itu.

"Juat wait, tak lama lagi dia akan ada dalam genggaman aku! Dan waktu tu, kau akan kalah Ammar Daniel..." Isyraf senyum sinis. Dengan matanya yang hanya memandang setempat, cukup untuk mengatakan bahawa lelaki itu sebenarnya gila! Gila akan seorang wanita!

Dia menyambung 'membelasah' samsak tinju itu. Seolah-olah dia sedang melepaskan amarahnya pada Ammar.

SAAT yang mendebarkan. Mata-mata manusia yang hadir tertumpu ke arahnya. Sebegitu juga dengan kamera-kamera jurugambar.

CINTA Mellisa Dahlia 2 | SU |Where stories live. Discover now