ISYRAF melempar beg kerjanya ke atas katil bersaiz king miliknya. Rambutnya yang terjuntai diraup hingga ke belakang. Sakit hatinya apabila melihat Mellisa bersungguh-sungguh mempertahankan Ammar. Lelaki yang dia tidak suka sejak sekolah menengah dahulu.
"Why must him, Mellisa? Why?!" Isyraf melabuhkan punggung ke atas birai katil.
Rasa kesal, sedih dan kecewa mula bercampur aduk. Dia bukannya inginkan Mellisa sangat-sangat, tetapi dia ingin menjadikan Mellisa itu sebagai miliknya. Hanya satu-satunya untuk dirinya. Bukan untuk orang lain.
"You are such a woman who is beauty with brain, Mellisa Dahlia. Kau mesti dah tahu siapa yang rancang kemalangan suami tak guna kau tu. But it's okay. Aku tak kesah kalau kau nak batalkan projek kita. Masih banyak cara untuk aku dekat dengan kau dan musnahkan rumahtangga kau"
TIGA bulan kemudian.
Mellisa turun ke tingkat bawah. Kini dia dan Ammar sudah berpindah ke rumah Datin Ainul dan Dato' Adam. Dapur dituju. Dia mencari Datin Ainul kerana ingin bertanya ke mana Ammar pergi. Ammar tertinggal telefonnya di atas meja katil. Mellisa tidak dapat menghubunginya.
Mellisa menarik kerusi meja bar. Terlihat Datin Ainul sedang memasak bersama bibik-bibik.
"Mama..." panggil Mellisa. Ingin memberitahu tentang kewujudannya yang belum diketahui.
Datin Ainul berpaling.
"Lisa" Datin Ainul menghampiri Mellisa dan menarik kerusi di sebelah Mellisa.
"Ammar mana? Sejak pagi tadi lagi Lisa tak nampak" Mellisa bertanya.
"Oh, Dani. Dia ikut papa pergi main golf. Kejap lagi balik la diaorang tu" jawab wanita itu.
Mellisa mengangguk. Tidak pula Ammar memberitahunya yang dia ingin menemani Dato' Adam bermain golf. Mellisa menghidu bau masakan yang dimasak oleh Datin Ainul dan bibik-bibik. Sangat enak. Itu membuatkan perutnya terasa lapar.
Paha Mellisa disentuh. Datin Ainul senyum. Dia tahu apa yang difikirkan menantunya itu.
"Lisa nak makan?"
Mellisa tersentak. Bagaimana Datin Ainul dapat mengetahui bahawa dia sedang lapar?
"Tak apa la, mama. Kita tunggu papa dengan Ammar balik dulu" ujar Mellisa.
"Jangan tangguh-tangguh. Diaorang tu tak tahu bila nak balik. Lagipun, Lisa tak boleh fikirkan orang lain dulu. Dalam perut tu ada anak. Kalau Lisa tak lapar, mungkin anak tu yang lapar" kata Datin Ainul. Dia bangun dan menyiap nasi untuk Mellisa.
Segan pula Mellisa jadinya. Dia seperti menyusahkan Datin Ainul. Datin Ainul meletakkan pinggan-pinggan lauk-pauk ke atas meja bar. Kemudian dia meletakkan pinggan nasi di hadapan Mellisa.
"Basuh tangan dulu" pesan Datin Ainul.
Mellisa bergerak ke sinki untuk membasuh tangan. Lalu dia kembali duduk di kerusi.
"Makan banyak-banyak. Tak apa kalau gemuk sikit. Daniel tetap sayang" Datin Ainul mengusap belakang Mellisa.
Mellisa tersenyum. Datin Ainul sangat gembira ketika Ammar menemukannya dengan Mellisa. Pernah satu kali dia mendengar cerita dariapa anak lelakinya bahawa dia menjumpai seseorang yang bernama Dahlia dihujung namanya.
Adakah Ammar masih menyayanginya selepas apa yang dia buat sebelum subuh tadi?
Mellisa membuka matanya. Terasa sangat sesak untuk dia bernafas kerana Ammar memeluk dadanya terlalu erat.
"Abang, jangan la..." adu Mellisa. Dia mengalihkan tangan sasa Ammar dari dadanya. Tetapi lengan sasa itu masih erat memeluknya.
"Hmm..."
YOU ARE READING
CINTA Mellisa Dahlia 2 | SU |
Azione📌 ☞︎ baca CINTA Mellisa Dahlia dulu baru baca yang ni Book 2: CINTA Mellisa Dahlia 2 Forgive me for the description of this story Mula: 1/1/2021 Siap: - ⚠️ mengandungi kata-kata kesat.