QUEEN melangkah masuk ke dalam bilik tahanan Black Dragon. Lampu yang malap itu dibuka bagi menerangi bilik yang gelap gelita. Dia menggeleng kepala melihat dua orang manusia yang tidur hanya beralaskan kotak sahaja. Sudah dua minggu mereka itu dikurung di bilik tahanan markas Black Dragon ini.
"Kesian... bos sendiri yang akhiri hidup korang" Queen senyum. Sinis.
Mellisa menyepak perlahan kaki dua orang manusia itu. Seorang lelaki dan seorang perempuan, mereka menggelepar ketakutan. Masing-masing merapatkan diri pada satu sama lain.
"Kau siapa?! Lepaskan kitaorang la!" si lelaki bertanya. Mellisa melangkah ke arah mereka berdua. Ikatan penutup mata dibuka laju.
Wajah Mellisa nampak samar-samar kerana cahaya mula masuk ke mata dua orang itu. Lagilah mereka mengundur ke belakang sehingga rapat ke dinding.
"Pu... puan?" tegur perempuan di sebelah lelaki itu. Hatinya berada lega kerana isteri kepada bos mereka ada bersama mereka.
"Ya?" Mellisa senyum.
Dua orang mangsa itu bergerak lagi merapati Mellisa sambil melutut.
"Tolong lepaskan kami puan" rayu si lelaki.
"Korang ni nama apa?" tanya Queen.
"Zahra" jawab yang perempuan dalam ketakutan. Biar benar isteri bosnya ini. Dalam keadaan mereka berdua masih terikat, sempat tanya nama.
"Osman. Tolong lepaskan kami puan. Saya merayu..." rayu Osman.
Dia sudah tidak sanggup untuk berada di dalam bilik ini. Bau darah yang sangat hanyir membuatkan dia dengan Zahra tidak boleh bernafas. Perutnya juga lapar. Mereka hanya dibenarkan makan dan minum hanya sekali sehari saja.
"Puan... tolong lepaskan-" tidak sempat Zahra ingin menghabiskan ayatnya.
"Lepaskan siapa?" tanya Ammar dingin. Ammar Daniel a k a bos kepada Osman dan Zahra.
Queen bangun. Dia berjalan ke arah Ammar.
Osman dan Zahra terkedu. Mereka terdiam melihat wajah lelaki itu. Pemilik wajah yang beku itu kini berdiri di hadapan mereka berdua. Itu bos mereka. Ammar!
"Tolong jangan apa-apakan kami, Tengku" pinta Osman. Air mata jantannya mengalir keluar.
Ammar melutut di hadapan Osman dan Zahra. Dia mencengkam kuat pipi lelaki itu sehingga Osman mengadu sakit.
"Kau menangis, Osman? Buat malu kaum saja kau ni..." ujar Ammar. Dia menolak kepala Osman sehingga lelaki itu jatuh ke belakang.
"Tengku cakap saja apa yang Tengku nak kami buat. Kami sanggup lakukan asalkan Tengku lepaskan kami" Zahra pula membuka mulut.
Ammar senyum sinis. Beberapa orang suruhannya masuk ke dalam bilik tawanan itu. Sama juga dengan Hyde. Agak kesian mereka melihat Zahra itu. Zahra itu merupakan mangsa perempuan pertama Ammar yang bakal merasai kekejamannya.
"Kau yakin kau boleh lakukan apa saja?" tanya Ammar.
Zahra mengangguk. Laju.
"Senang je. Kau jangan menangis dengan pertunjukan aku nanti" Ammar berdiri. Dia berpeluk tubuh.
"Maksud Tengku apa?" tanya Osman.
"Aku tak nak dia menangis masa aku sebat belakang kau" ujar Ammar. Sangat ngeri.
Zahra dan Osman tercengang. Ammar memetik jari. Orang-orang suruhannya tadi mula mengangkat Osman dan menanggalkan pakaian lelaki itu. Kemudian mengikat lelaki itu pada satu tiang besi. Zahra menggelengkan kepalanya. Apa yang akan berlaku kepada Osman... dan dirinya?
YOU ARE READING
CINTA Mellisa Dahlia 2 | SU |
Azione📌 ☞︎ baca CINTA Mellisa Dahlia dulu baru baca yang ni Book 2: CINTA Mellisa Dahlia 2 Forgive me for the description of this story Mula: 1/1/2021 Siap: - ⚠️ mengandungi kata-kata kesat.