BAB 28

410 57 8
                                    

ZARIQ menarik kerusi di hadapan seorang wanita. Sebaik saja melabuhkan punggung di atas kerusi itu, hujan segera membasahi bumi.

"Mujur awak sempat sampai. Kalau tak, haa mandi hujan la" kata Fielliya. Kepalanya ditoleh ke tepi. Melihat rintik-rintik hujan yang laju turun itu.

"Itulah. Nasib baik sempat bawa payung. Kau dah order ke?" tanya Zariq.

"Belum. Saya tunggu awak" Fielliya menggeleng.

"Kau dah cakap dekat bos kau ke?" Zariq bermain dengan rambutnya. Fielliya yang terpaku dengan wajah Zariq mengabaikan pertanyaan lelaki itu.

"Fie... kau dah cakap dekat Ammar ke?" Zariq memetik jari.

Fielliya kembali ke alam nyata. "Tanya apa?"

Zariq membuat muka. Ingin saja dia menggigit hidung wanita itu.

"Kau dah cakap dekat Ammar ke yang kita nak bertunang minggu depan?" Sudah tiga kali dia memutarkan soalan yang sama.

"Oh... belum. Sa... saya tak ingat..."

"Tak ingat ke... atau sebab lain?" Zariq membongkokkan badannya untuk melihat wajah Fielliya. Selepas tersedar dan kembali ke alam nyata, wanita itu menunduk saja. Jaga pandangan.

"Sebab apa?" tanya wanita itu.

"Ye la... kut-kut kau nak jadi bini kedua mamat tu ke. Mana la tahu kau masih berharap. Dia pun kacak kemain lagi sekarang. Mana sama dengan aku ni" agak kecewa bunyinya.

Tiba-tiba saja dia ingin bandingkan dirinya dengan Ammar itu. Siapa saja yang suka pada lelaki seperti Zariq itu? Sudahla nakal, biadap pula tu.

Jauh di sudut hatinya, dia juga ingin merasa hidup berumahtangga dengan insan yang dia cinta. Fielliya menggeleng. Gila kau, mahu kena pecat kerja terus kalau dia masih simpan perasaan terhadap Ammar.

"Awak gila ke? Nanti saya nak cari makan dekat mana?" tanya Fielliya.

"Yang awak nak bandingkan diri awak dengan dia ni dah kenapa? Dia tu dah kahwin la. Dah nak jadi bapak budak. Seteruk-teruk saya ni, tak tergamak la nak rampas suami orang. Awak dah cukup dah bagi saya. Kacak ke, tak kacak ke, saya tak kesah. Yang penting saya kena ikhlas. Saya ikhlas terima awak, Zariq. Itu pun awak masih musykil lagi ke?" panjang lebar Fielliya melepaskan yang terbuku di hati.

Zariq mengecilkan matanya. "Yang kau nak emo ni kenapa?"

"Saya tak emo. Saya tak marah pun. Tapi awak tu, macam tak percayakan saya saja" kata Fielliya.

"Aku yang tak percayakan kau ke, kau yang tak yakin dengan cinta aku?" Zariq berpeluk tubuh. Saja dia menguji kesabaran Fielliya itu.

Fielliya mengecilkan matanya. Bedosa tak kalau dia nak potong lidah si Zariq ini?

"Suka hati awak la. Saya tak nak bertengkar dengan awak. Buatnya berlaku apa-apa, putus sebelum bertunang kita ni" Fielliya berpaling ke arah seorang pelayan restoran. Dia memanggil pelayan itu. Zariq di hadapan, tersenyum kemenangan.


SELESAI makan, Fielliya kembali ke tempat kerja. Dengan beraninya dia mengetuk pintu pejabat Ammar. Lalu dia menguak pintu itu.

"Oh, kau rupanya" kata Ammar. Dia ingatkan Mellisa yang datang. Sudah berkali-kali dia menelefon wanita itu.

Fielliya masuk. Dia berjalan menghampiri Ammar yang nampak gusar berdiri sambil meletakkan telefon di telinga.

"Sayang... kenapa tak angkat telefon?" Akhirnya Ammar mengalah. Pandai-pandai la Mellisa menelefon dia semula.

Ammar pandang Fielliya. "Kenapa? Aku ada apa-apa ke petang ni?" tanya Ammar. Fielliya menggeleng.

"Aku masuk ni cuma nak bagitahu kau seuatu." ujar Fielliya.

CINTA Mellisa Dahlia 2 | SU |Where stories live. Discover now