BAB 5

1K 80 30
                                    

TOK! TOK! TOK!

Ammar yang sedang asyik menonton televisyen segera ke pintu utama. Ketukan demi ketukan kedengaran semakin kuat.

"Sabar la kejap!"

Ammar berlari anak ke pintu dan segera membukanya. Seorang wanita dan seorang lelaki tua berusia lewat 50an tersenyum sambil melihatnya. Wanita tua itu memeluk Ammar.

"Rindunya mama pada kamu Daniel.." kata wanita tua.

Ammar membalas pelukan. Kerana wanita tua itu Datin Ainul Mardhiah, Mamanya. Setelah selesai berpelukan, Ammar menyalam tangan Datin Ainul.

"Nak salam mama sorang je ke?" Soal lelaki tua di sebelah Datin Ainul.

Ammar menyalam juga tangan lelaki tua itu. Dato' Tengku Adam Darius, Papanya. Dato' Adam mengusap kepala anaknya berkali-kali.

Setelah Ammar menamatkan pengajian, mama dan papanya berpindah semula ke Malaysia kerana sudah lama menetap di Korea sana atas sebab ingin meluangkan masa bersama anak dan keluarga.

Mereka juga menghadiahkan Ammar sebuah rumah banglo mewah yang berhampiran dengan pusat bandar.

Mereka juga menghadiahkan Ammar sebuah rumah banglo mewah yang berhampiran dengan pusat bandar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Erm... jom la masuk" pelawa Ammar. Mereka masuk ke dalam rumah. Dan duduk di ruang tamu.

"Kenapa mama dengan papa datang sini?" Soal Ammar.

Dato' Adam memandang isterinya di sebelah. Datin Ainul pula hanya memberi senyuman kepada anak lelakinya. Kemudian, Dato' Adam memberikan isyarat mata kepada Datin Ainul saat mata mereka bertembung.

"Erm... kami datang ni sebab nak bincang sesuatu dengan kamu.." beritahu Datin Ainul.

Ammar menjongketkan keningnya kepada Datin Ainul.

"What is it? Malas nak cakap banyak, straight to the point je la"

Ammar mengubah gaya kedudukannya. Dari kaki disilangkan terus duduk bersila di atas sofa. Bak lelaki Melayu terakhir gitu.

"..pasal majlis hari jadi kamu" sambung Datin Ainul.

Ammar yang seperti tidak berminat untuk mendengar menghela nafas berat.

"Mama dan papa nak teruskan ke?" Soalnya. Kedua orang tuanya mengangguk laju.

"Eh, mesti lah nak teruskan... kamu sorang je anak kami" jawab Dato' Adam.

"Daniel macam mana? Setuju tak?" Soal mamanya pula. Ammar menggaru tengkuknya dan dia memandang wajah kedua orang tuanya di hadapan. Lalu, dia mengangguk.

CINTA Mellisa Dahlia 2 | SU |Where stories live. Discover now