MELLISA keluar dari bilik tidur. Mencari kelibat sang suami yang menghilang sejak mereka selesai makan tadi.
"Abang..." panggilnya. Mellisa turun ke bawah. Bau asap rokok memenuhi kawasan dalam rumah. Dia menutup hidung.
"Kenapa ada bau asap rokok pula ni? Abang...!" Mellisa terkejut melihat Ammar memegang sebatang rokok. Ammar duduk di kepala meja makan. Sambil mengadap laptop. Dia berpaling.
"Kenapa? Terkejut macam nampak hantu saja" tanya Ammar. Mellisa bercekak pinggang. Nafas ditarik perlahan dan dihembus perlahan.
"Sejak bila merokok ni?!" tanya Mellisa. Dia mendekati Ammar dan telinga kanan suaminya itu dipulas. Serta merta wajah Ammar memerah.
"Aduh! Sakit Mel, sakit..." adu Ammar. Rokok terus dibuang ke ashtray.
"Abang memang perokok pun!" kata Ammar. Seraya dengan itu, semakin kuat Mellisa memulas telinga Ammar.
"Abang memang perokok pun? Sedar ke tak yang rokok boleh membahayakan kesihatan awak?! Bukan awak saja, kesihatan orang sekeliling awak pun akan turut terkena sama!" Tangannya melepaskan telinga Ammar. Satu benda yang Ammar tidak tahu. Mellisa tidak suka pada orang yang suka merokok.
Ammar mencebik.
"Bukan hari-hari. Tengok bibir abang ni. Bibir abang ni warna pink lagi tau! Jadi, abang bukan macam perokok-perokok yang lain" Ammar muncungkan bibirnya. Mellisa berpeluk tubuh. Ada saja jawapan dia! Gumam Mellisa.
"Dah la, pergi naik atas dan mandi. Kata nak beli barang dapur tadi..." Mellisa memusingkan badannya. Dia ingin ke halaman rumah untuk menyiram pokok bunganya. Bunga dahlia. Tidak sempat dia melangkah, Ammar terus menarik Mellisa dan diduduk di atas pehanya.
Tubuh Mellisa dipeluk kuat. Pipi itu diciumnya.
"Abang! Bau mulut abang busuk la!" kata Mellisa. Dia menolak kepala Ammar supaya jauh darinya. Ammar berdegil. Kedua-dua tangan Mellisa dipegangnya kasar dan kemas.
"Duduk sini diam-diam" kata Ammar. Dia menekan-nekan papan kekunci laptopnya. Mellisa mengeluh. Dia ternampak kotak rokok suaminya di atas meja makan. Masih banyak lagi.
ZARIQ mengetuk meja di hadapannya. Seorang wanita mengangkat kepala. Zariq senyum. Wanita itu mengerutkan dahi.
"Boleh aku duduk?" tanya Zariq. Tanpa dipelawa duduk, dia sudah menarik kerusi.
"Kalau aku tak suruh pun, kau memang nak duduk, kan?" Fielliya meletakkan telefonnya di atas meja. Dia bersandar pada kerusi kayu itu. Zariq sengih.
"Apa yang kau buat dekat sini?" tanya Zariq. Dia memerhati wajah putih itu.
Tanpa sedar, dia tersenyum sendiri. Wanita yang memakai baju kurung pahang berwarna merah bercorak bunga itu membuatkan dia tenang. Dan ingin memandang wajah itu lama. Seorang pelayan datang mengambil order Zariq.
"Aku baru balik dari majlis office mate aku. Dia kahwin hari ni" jawab Fielliya setelah pelayan itu pergi.
"Kau pula bila nak kahwin? Masih nak tunggu Ammar lagi ke?" tanya Zariq lagi. Pertanyaan kali ini berbunyi agak sinis sedikit. Wanita di hadapannya itu senyum nipis.
Fielliya teringat hari yang Mellisa pergi ke syarikat tempatnya bekerja. Di matanya, pasangan itu sangat bahagia. Ammar temui kebahagiaannya bersama Mellisa. Selama dia menjadi personal assistant kepada Ammar, tidak pernah dia melihat lelaki itu bergelak ketawa dengan perempuan lain. Asyik wajah bekunya saja menjadi tatapan. Tetapi apabila dia dengan Mellisa, senyuman lelaki itu hingga ke telinga.
"Kalau pasal jodoh, aku harapkan pada mama aku. Apa yang terbaik di mata dia, baik la untuk aku" jawab Fielliya bagi pertanyaan Zariq tadi. Zariq menegakkan badannya. Tangan kanan diletakkan di atas meja.
YOU ARE READING
CINTA Mellisa Dahlia 2 | SU |
Action📌 ☞︎ baca CINTA Mellisa Dahlia dulu baru baca yang ni Book 2: CINTA Mellisa Dahlia 2 Forgive me for the description of this story Mula: 1/1/2021 Siap: - ⚠️ mengandungi kata-kata kesat.