BAB 29

469 61 9
                                    

SEMINGGU kemudian, Ammar sudah dibenarkan pulang ke rumah. Luka yang ada di badannya juga sudah semakin pulih. Cumanya retak di kaki kiri itu masih belum sembuh sepenuhnya. Setiap dua minggu sekali dia harus berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan susulan.

Pintu rumah dibuka oleh Mellisa. Dia tidak menjemput Ammar dari hospital kerana Ammar memberi tahu bahawa ibu bapa lelaki itu ingin datang ke rumah. Jadi Ammar meminta Mellisa supaya duduk di rumah dan sediakan beberapa jenis lauk untuk makan malam nanti.

"Bawa masuk beg pakaian aku. Letak dalam bilik" arah Ammar pada Hyde. Hyde mengangguk. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan masuk ke dalam rumah bosnya itu.

Mellisa menyalami tangan suaminya. Terubat juga rasa rindunya itu apabila melihat wajah ceria Ammar.

"Rindunya sayang..." Ammar mencubit geram pipi Mellisa. Dia melangkah masuk ke dalam rumah dengan satu tongkat.

"Baru tujuh hari abang tak balik rumah" Mellisa menutup pintu. Ammar berjalan perlahan-lahan ke ruang tamu dan duduk di sofa.

"Tujuh hari sayang kata? Tujuh hari abang tu dah macam tujuh tahun tau! Bosan tau tak" Ammar bersandar. Dia meletak tongkat di sisi kanannya. Dia mencapai alat kawalan jauh televisyen dan membuka televisyen.

Mellisa duduk di sebelah Ammar.

"Ye la, abang. Bukannya Mel tak lawat abang pun. Mel cuma tak teman abang tidur dekat sana je. Tu la, kenapa suruh Mel balik? Mula la nak merungut..." Mellisa berpeluk tubuh. Ammar menarik Mellisa ke dalam pelukannya. Dia menghidu bau wangian rambut Mellisa. Kemudian telinga wanita itu digigit perlahan.

"Geli la..." Mellisa menolak kepala Ammar menjauh.

Hyde turun dari tingkat dua. Dia mengecilkan mata melihat kemesraan bosnya itu bersama si isteri. Dia menghampiri pasangan itu.

"Hai... sakit-sakit pun sempat lagi nak menggatal? Dasar miang!" perli Hyde. Ammar dan Mellisa berpaling ke belakang.

"Lek ah. Kau apa tahu, kau single" balas Ammar. Hyde duduk di kerusi di sebelah Ammar.

Hyde menuncungkan bibirnya. Kalau bukan disebabkan Ammar itu bos dan merangkap kawannya sejak sekolah rendah, ingin saja dia menyepak kaki yang sakit itu.

"Aku single bukan sebab tak laku. Ramai je yang nak. Tapi aku ni memilih" kata Hyde. Dia harus mempertahankan dirinya!

Ramai saja yang ingin mendekati lelaki yang berdarah kacukan Melayu-Inggeris itu, tetapi sebelah mata pun dia tidak pandang. Dia tidak mahu perempuan yang hanya cintakan duitnya sahaja, dia mahukan perempuan yang ingin bersusah senang bersama.

"Jangan la memilih sangat. Nanti perempuan give up dengan kau" celah Mellisa. Dia menggosok-gosok tangan Ammar yang berada di perutnya kecilnya.

"Tak apa la sayang. Elok juga dia memilih. Bolah jadi sugar daddy untuk anak-anak kita" Ammar mengusik. Mellisa ketawa. Haish... sugar daddy.

Hyde menjeling. "Tak kuasa la aku nak layan budak-budak"

"Kau stay sini kejap. Makan malam dengan kitaorang. Mama papa aku dalam perjalanan" ujar Ammar. Mellisa mengangguk setuju.

"Boleh juga. Aku pun dah tahap kebulur ni"

"Tapi rumah aku bukan tempat kebajikan. Makan jangan nak lebih-lebih" Ammar senyum sinis. Tahu sangat dengan perangai Hyde itu. Kalau bukan dua pinggan nasi, pasti tiga.

CINTA Mellisa Dahlia 2 | SU |Where stories live. Discover now