🦋 dua puluh lapan.

87 31 11
                                    

Juan mengembalikan majmu' syarif kepadaku selepas dia selesai menyemak hafalanku.

"Kau tolong tasmi' aku pulak," pinta Juan sambil bersandar pada dinding tepi tangga blok C.

"Sampai ayat berapa?" soalku lalu membuka majmu' syarif warna hitam kepunyaanku itu pada Surah Al-Waqi'ah.

"80 je la," balasnya ringkas.

"Apa dia Yan? Lapan puluh je kau cakap? Je? Banyak tu weh kau hafal," sampuk Yasmin sambil tayang muka teruja. Kepalanya terteleng ke belakang memandang Juan yang duduk di sebelah kanan aku.

Kami bertiga sedang melepak di anak tangga aras empat blok C. Aras tiga dan aras empat blok C tidak berpenghuni.

Kelas kami terletak di blok B.

Aku dan Juan duduk sebelah menyebelah di anak tangga kedua paling atas. Tapi masih ada ruang di tengah-tengah antara kami berdua. Yasmin pula duduk di depan anak tangga yang aku sedang duduki.

Kami bertiga sengaja lepak kat sini sebab malas nak masuk kelas. Sekarang ni masa untuk subjek Ekonomi Asas.

Cikgu yang mengajar subjek Ekonomi Asas jarang masuk kelas. Kalau cikgu tu masuk kelas pun, bukannya dia mengajar. Disuruhnya kita orang belajar sendiri ikut buku teks.

"Mana ada banyak. Aku belum habis hafal satu surah. Lagipun ayat dalam Waqi'ah semuanya pendek-pendek," ujar Juan sambil senyum senget.

"Weh 80 kira banyak la tu, Yan. Sikit je lagi kau nak habis hafal Waqi'ah. Aku ni baru hafal sampai ayat 39. Merah pulak dah hafal sampai ayat 65. Ish, tak aci la korang ni," bebel Yasmin sambil memuncung.

Keseluruhan ayat dalam Surah Al-Waqi'ah ada 96 ayat. Aku tahu ayat dalam surah tersebut semuanya pendek-pendek.

Tapi bila nak menghafal; kadang aku terkeliru dengan ayat yang hampir sama sebutannya. Sehingga jika tidak berhati-hati, ayat sebelum dan selepas boleh tertukar tempat semasa aku menghafal.

"Wahai Yasmin Shahira, lepas aku tasmi' Muhammad Juan, kau ready je la. Sekejap lagi aku nak tasmi' kau pulak," kataku tegas sambil menyebut nama sebenar Minmin dan Yan.

"Tapi aku baru hafal sikit..."

"Cuba tengok muka aku ni. Nampak ke macam ada aku kisah?"

🍭

"Merah, kau tahu tak Yan dah jadi adik angkat Anep?"

Yasmin bertanya selepas dia selesai menghafal 40 ayat Surah Al-Waqi'ah yang ditasmi' oleh aku. Bertambah satu ayat yang dihafalnya.

Aku sekadar mengangguk terhadap soalan Yasmin itu. Semalam Juan ada cakap dengan aku; Ustaz Hanif melamar dia untuk jadi adik angkat guru tersebut.

"Oh, aku ingatkan kau tak tahu. Merah, kau masih tak suka lagi ke kat Anep?" Yasmin menyoal sambil tangannya mencapai sebungkus jajan super ring saiz kecil di sisiku.

"Kenapa la kau tanya soalan yang kau dah tahu jawapannya?" keluhku.

"Aku tanya je. Mana la tahu kut kut hati kau dah terbuka untuk terima cinta Anep ke kan?" Dia mengoyak baju super ring yang diambil sebentar tadi.

Aku hanya diam tak membalas kata-kata Yasmin itu. Sebaliknya aku menyua ke depan muka Juan seketul air kotak milo yang baru saja aku cucuk strawnya.

Jejaka tersebut segera menyedut air kotak yang kupegang sambil tangannya sibuk membuka pembalut lollipop perisa strawberry kesukaanku.

Kemudian Juan menyuap lollipop itu ke mulut aku. Selepas lollipop strawberry tersebut selamat masuk ke mulutku, Yasmin yang memandang kami sedari tadi terus menganga hampir nak jatuh rahang.

Merah.Where stories live. Discover now