🦋 dua puluh empat.

97 29 13
                                    

Jumaat; hari ini merupakan hari terakhir mid-year exam.

Disebabkan esok ada Majlis Anugerah Kecemerlangan & Mesyuarat PIBG, kami para pelajar diminta untuk bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah setelah kami selesai menduduki kertas terakhir sebelum waktu rehat tadi.

Lepas dah siap gotong-royong, kami melepak kat kelas masing-masing.

Sekarang ni aku dengan Yasmin tengah duduk berborak di belakang kelas kita orang. Kami berdua melepak betul-betul kat bawah kipas siling.

"Merah, aku ada benda nak cakap kat kau ni," ujar Yasmin.

Mulutnya rancak mengunyah ais krim malaysia perisa oren asam boi yang berharga 20 sen dan dibeli di kantin sekolah.

"Apa?" soalku ringkas.

Aku juga sedang menikmati ais krim malaysia yang berperisa sama seperti Yasmin.

"Hari tu, hmmm last week, Anep ada message aku. Dia suruh aku bagitahu something kat kau," jelas Yasmin.

"Anep mana pula ni?"

Berkerut dahiku menyoal Yasmin.

"Aduh kau ni. Ustaz Hanif tu la. Anep mana lagi," balas Yasmin sambil menggaru pipinya.

"Aik, sejak bila pula kau ada number dia? Korang mesej benda apa je?" tanyaku.

"Baru je bulan lepas aku minta nombor dia. Supaya senang nak tanya benda aku tak faham untuk subjek yang dia ajar. Tapi takde la aku mesej dia selalu sangat. Kadang-kadang je aku mesej. Tapi last week tiba-tiba dia mesej aku dulu," beritahu Yasmin.

"Dia mesej apa?" Aku bertanya basa-basi.

Ais krim yang kumakan tadi telah pun habis. Kemudian aku tiup plastik ais krim 20 sen itu sehingga mengembung dan bersedia untuk aku letupkan.

"Dia cakap..."

Pop! Serentak itu plastik ais krim yang ditiup aku sebentar tadi pecah dan terkoyak selepas aku letupkan sehingga membuatkan suara Yasmin tenggelam.

"Apa dia Minmin? Tadi aku tak dengar sebab bunyi plastik ni meletup," kataku sambil tersengih.

"Haih, kau ni kan... aku cakap... dia suka... kat kau!"

"Siapa yang suka kat aku?" Terkebil-kebil aku memandang Yasmin.

"Anep," jawab Yasmin sepatah.

"Ceh, kau ingat aku nak percaya?" balasku berserta senyum senget.

Gila ke apa ustaz tu nak suka aku? Macam pelik je cikgu suka kat pelajar. Dah tu kalau aku ni lawa takpe la juga. Ini muka pun macam kentang, lepas tu perangai pula entah apa-apa. Fikir aku nak percaya ustaz tu suka aku? Heh. Memang tak la.

"Kau tak percaya sudah. Nanti balik, aku forward message Anep tu kat kau."

"Tapi beb... kalau betul dia suka aku, asal dia tak cakap sendiri je dengan aku? Asal dia suruh kau yang cakapkan?" soalku penuh musykil.

Bunyi macam tak puas hati pun ada juga sebenarnya. Kenapa Ustaz Hanif nak guna orang tengah? Padahal aku selalu je bersembang dengan dia kat kelas semasa waktu rehat kalau dia datang melepak dengan budak-budak lelaki kelas aku.

Yasmin jongket bahu terhadap soalanku itu tadi.

"Mana la aku tahu. Mungkin dia segan kut nak cakap sendiri dengan kau."

Aku mencebik.

"Segan apa bendanya? Selama ni elok je dia berhuhu-haha dengan aku."

"Itu berhuhu-haha memang la dia tak segan dengan kau Merah oi. Bila tiba bab perasaan ni, mesti la dia segan. Kau ni mesti tak pernah suka someone kan?" serkap Yasmin.

Merah.Where stories live. Discover now