Aku membuang pandang ke luar jendela kelas dengan kepala terteleng ke sebelah kiri. Tahun ni aku tidak lagi duduk di tengah-tengah kelas. Tapi mejaku terletak di tepi berhampiran tingkap dan pintu.
Tangan kananku menongkat kepala sambil mataku memerhatikan titisan-titisan kasar yang turun membasahi bumi sejak 30 minit yang lalu.
Udara di dalam kelas terasa sejuk berangin. Tangan kiriku pula sibuk bermain dengan sebatang pen. Terpusing-pusing tubuh pen itu aku kerjakan.
Sesekali guruh berdentum garang membuatkan aku sedikit tersentak.
Kemudian, anak mataku mengerling ke arah rakan semejaku. Dia merupakan seorang gadis bertubuh sederhana kecil. Senyumannya menawan hati.
Kelihatan dia begitu rancak berbual dengan Juan di depan mejanya. Padahal dia ni pemalu orangnya. Tapi dengan Juan tidak pula dia tunjukkan sisi pemalunya.
Mungkin disebabkan Juan jenis terlebih ramah, maka deskmate baruku ini rasa selesa berbual dengan Juan.
Namanya Yasmin. Dia baru sahaja berpindah masuk ke sekolah ini awal tahun hari tu. Dulu aku dan dia pernah sekelas sewaktu di sekolah rendah.
Waktu itu, kami duduk di dalam kelas yang sama dari Darjah 4 hingga Darjah 6. Walaupun hubungan aku tidak terlalu rapat dengannya, tapi kami berdua masih boleh dianggap sebagai kawan. Kawan sekelas.
Dia duduk di sebelahku kerana sewaktu dia masuk ke kelas ini masa awal tahun hari tu, hanya meja di sebelah kiri aku sahaja yang tidak berpenghuni.
Fatihah tidak sekelas denganku pada tahun ini. Best friend aku yang tinggi lampai itu sekelas dengan kembar seirasnya.
Lepas tu, aku sedih sikit tahun ni sebab dah tak dapat nak tengok muka crush aku Si Ashraf. Dia dan Sujana telah pun berpindah ke sekolah lain.
Aku memandang ke luar kelas semula. Hujan masih belum berhenti. Tapi bunyi guruh sudah tidak kedengaran.
Tubuh aku tegakkan dan menghadap ke depan kelas. Aku jeling sikit jam tangan yang terlilit pada pergelangan tangan kananku.
Mana cikgu baru ni? Dah 15 minit lewat tak masuk pun kelas.
Sekarang waktu Balaghah. Ustaz Fadhlan yang sepatutnya mengajar subjek tersebut sudah tidak ada lagi di sekolah ini kerana berpindah ke sekolah lain.
Classmate aku tahun lepas pun ramai juga yang pindah sekolah. Aku ingatkan Khairil seorang je yang pindah. Tak sangka pula crush aku turut ikut berpindah. Oh ya, Laila pun dah pindah.
Ingat lagi tak Laila? Alaaa, ingat tak kes yang Ustaz Fadhlan baling kerusi kat dia tapi alhamdulillah tak kena kat dia tu. Ingat tak? Haaa, saja la nak cakap; sampai sekarang aku tak tahu pun punca Ustaz Fadhlan mengamuk masa tu.
Student pindah. Cikgu pun pindah. Haih.
Tapi ada seorang cikgu baru yang datang ke sini masa awal tahun hari tu bagi menggantikan Ustaz Fadhlan.
"Kita pernah jumpa la Merah tahun lepas. Kau tak ingat ke?"
Aku sengih segaris saat kupandang guru baruku itu. Santai betul ustaz ni beraku-kau dengan aku.
"Saya bukan tak ingat, ustaz... tapi saya tak tahu pun kita pernah jumpa," balasku.
Sekarang ni waktu rehat. Ustaz baru ni datang melepak di kelas aku dan duduk di kerusi Taufiq di depan mejaku. Di kiri kananya ada dua tiga orang pelajar lelaki kelas aku termasuklah Juan.
"Dia ni tidur la tu ustaz masa ustaz bagi ceramah," sampuk Juan.
Aku tayang muka kelam. Ceramah apa? Bila masa aku pergi dengar ceramah?
"Kita pernah jumpa kat Kem Mahkota la Merah. Ingat tak wakil ustaz dari JAIJ yang bagi ceramah malam tu? Itu aku la tu..." terang ustaz baru tersebut.
Aku berkerut sambil otakku mencerna sesuatu.
"Oh, itu ustaz ke? Tapi saya tak ingat pun muka ustaz. Macam mana ustaz boleh ingat muka saya?" soalku tanpa lapik.
Pelik la weh, how come dalam ramai-ramai pelajar yang join kem kepimpinan tu, dia boleh ingat kat muka aku? Masalahnya aku tak ingat langsung muka dia.
"Ustaz bukan ingat kat muka kau seorang je Merah oi. Muka aku dengan Billy pun ustaz ingat juga. Tapi at least kitorang berdua kenal ustaz. Bukan macam kau. Kau tu je yang amnesia," kutuk Juan.
Ewah kawan baik aku ni, sesedap rasa dia amnesiakan aku.
"Aku boleh ingat muka kau sebab masa tu aku nampak kawan kau yang tinggi tu tidur kat sebelah kau. Kau tak tidur tapi kepala tersengguk-sengguk. Korang duduk bukannya belakang sangat pun," ujar ustaz itu kemudiannya.
"Ok sekejap... maksudnya, ustaz kerja JAIJ la eh sebelum ni?" Aku menyoal dengan muka confuse dan dijawab dengan anggukan dari ustaz baru itu.
Sedang aku melamun mengimbau kejadian tiga minggu lalu sambil kebosanan memutar pen dengan tangan kiriku, akhirnya muncul juga cikgu baru itu di muka pintu kelas.
Edited: 07012022
YOU ARE READING
Merah.
Ficção AdolescenteKBSM (kenangan budak sekolah menengah). Genre: Teen Fiction Watak-watak: Umairah. Uwais. Juan. Fikri. Yasmin. Fatihah. Faqihah. (aku guna semua nama anak-anak saudara aku) Cover by @lonelykidz95 (IG: garf_shadow) Start: Jun 25,2020 End: -