🦋 enam.

179 35 11
                                    

Bas sekolah yang aku naiki meluncur separa laju membelah jalan raya. Suara penyampai radio yang berceloteh diselangi dengan iklan bergema di segenap ruang bas.

Beraneka lagu turut diputarkan oleh DJ tersebut di corong radio menemani perjalanan pulang kami dari sekolah.

Lagu Tak Tercapai Akalmu nyanyian Elyana menjadi santapan halwa telinga kami di dalam bas saat ini.

Aku membuang pandang ke luar jendela bas. Menikmati lukisan alam serta kebesaran Tuhan Yang Maha Agung.

Langit cerah kebiruan. Di dadanya terdapat gumpalan-gumpalan awan putih yang menggebu bak alusmitai. Daun-daun pepohon kelapa sawit melambai-lambai di sepanjang tepi jalan.

"Merah..."

Aku berpaling ke kanan. Memandang seniorku yang duduk di sebelahku.

"Boleh tolong bagi surat ni dekat Uwais tak?"

"Surat apa ni kak?"

Aku menyambut sekeping sampul surat warna merah jambu yang dihulur oleh Kak Wani.

"Surat cinta," balasnya pendek.

Mataku terkebil. Surat cinta untuk Uwais? Along Uwais? Whoa, tak sangkanya along ada peminat.

"Kak Wani suka abang Merah ke?" soalku penuh teruja.

Bagus juga kalau kakak Tingkatan 4 ni jadi awek along. Aku suka personaliti dia. Lemah lembut, sopan santun, bibir dia selalu nampak macam tengah tersenyum. Walhal dia tak senyum pun. Sedap mata memandang. Muka dia manis la senang cakap.

"Bukan akak. Tapi kawan sekelas akak."

Kak Wani membalas sambil melebarkan senyumnya.

Alaaa, kenapa bukan dia?

"Siapa?" Aku bertanya sepatah. Nada aku sedikit hampa sebab aku mengharap dia yang sukakan along. Bukan orang lain.

"Siapa apa?"

"Siapa nama kawan akak yang bagi love letter ni?"

"Erina. Merah kenal ke dia?"

"Hmmm, yang mana satu ek? Dia stay hostel ke?" Aku tak kenal pun geng Kak Wani ni. Tapi kadang ada juga terperasan dia biasa berjalan dengan tiga orang pelajar aspuri bila di sekolah.

"Haah dia budak asrama. Dia yang chubby chubby sikit tu."

"Hmmm tak kenal la kak."

Aku memang tak berapa kenal dengan senior dan junior yang tinggal di asrama.

Kak Wani tergelak mendengar jawapan jujurku. Orang lawa ni, bila ketawa pun nampak menawan ek.

"It's okay, Merah just tolong bagi surat ni kat Uwais, cakap ada junior dia bagi. Tolong tau. Actually Erina suruh akak yang bagi kat Uwais, tapi seram pulak akak tengok muka abang Merah tu asyik serius je."

Aku hanya mengangguk sambil merenung sampul pink lembut itu. Kubaca dalam hati tulisan tangan yang tertera di atasnya.

Terbang melayang mencari Uwais ♡

Automatik aku mencebik dengan hujung bibir terjongket sedikit. Esok lusa aku nak tengok la siapa kawan Kak Wani yang suka along ni. Macam mana dia boleh suka kat along yang muka ketat perangai kekwat tu?

Sesampainya kami di simpang masuk ke felda, bas pun berhenti lalu menurunkan kami.

"Call abah, bagitahu motor rosak."

Aku memandang belakang tubuh along yang berjalan melepasiku selepas dia memberi arahan tadi kepadaku.

Along ni kerja dia mengarah je.

Merah.Where stories live. Discover now