🦋 sembilan belas.

100 32 3
                                    

Semasa waktu rehat, aku mengheret Yasmin pergi melepak ke kelas Fatihah. Teman baikku yang seorang tu malas nak ke kantin.

Tahun ini Fatihah jadi pengawas sama macam aku dan dia tidak lagi memegang jawatan sebagai pustakawan sekolah.

Sebenarnya dah banyak kali dah aku bawa Yasmin lepak sekali dengan Fatihah time rehat. Yasmin okay aje. Walaupun dia ni pemalu, tapi dia senang bawa diri.

Masa mula-mula kenal dengan Yasmin, Fatihah tak banyak bercakap. Yasmin sampai fikir Fatihah tu sombong. Tapi lately ni barulah nampak Fatihah macam dah selesa nak berbual dengan Yasmin.

Sememangnya Fatihah sejenis manusia yang agak susah untuk didekati pada mulanya. Tapi disebabkan Yasmin ni pandai ambil hati dia, lama kelamaan dia terima juga kehadiran Yasmin.

Yasmin segera mengambil tempat di depan meja Fatihah sebaik saja kami berdua masuk ke kelas gadis tinggi lampai itu melalui pintu belakang kelas.

Kemudian Yasmin meletakkan paper bag yang berisi dua biji tupperware ke atas meja Fatihah.

Manakala aku pula terus menarik kerusi tempat duduk Fikri yang terletak di sebelah meja Fatihah dan melabuh duduk di situ.

Kembar Fatihah; iaitu Fikri selalunya makan dekat kantin dengan kawan-kawan dia. Di sekolah ni, hanya Fatihah seorang sahaja yang mempunyai deskmate lelaki.

Itu pun sebab lelaki yang duduk semeja dengan Fatihah adalah kembarnya. Maka cikgu memberi kelonggaran dan pengecualian kepada pasangan kembar seiras itu.

Kalau nak diikutkan, sekolah aku ni mana pernah ada student lelaki dan perempuan yang duduk semeja as deskmate sebelum-sebelum ni.

"Rajinnya bawa bekal. Siapa yang bawa ni? Kau eh Minmin?" tanya Fatihah.

"Teka ah..." sampukku sebelum sempat Yasmin menjawab.

"Eleh, tak payah teka. Confirm bukan kau yang bawa," balas Fatihah sambil mencebik ke arahku.

"Wah, bukan main confident ek kau..."

"Bro, selama tiga tahun kita jadi member, pernah ke kau bawa bekal? Setahu aku... tak pernah. So... of course la bekal ni Minmin yang bawa," tukas Fatihah yakin.

Yasmin hanya tertawa sopan melihat ulah kami berdua.

"Nah, makan la. Jangan gaduh pasal aku."

Aku dan Fatihah berpandangan sesama sendiri sambil membuat reaksi 'what the fish' kepada Yasmin. Bila masa pula kitorang berdua gaduh pasal dia?

"Kau bawa bekal apa Minmin?" tanyaku lalu mengambil salah satu sudu yang terdapat bersama bekal tersebut.

Fatihah membuka kedua-dua penutup tupperware yang telah dikeluarkan Yasmin dari paper bag sebentar tadi.

"Uwuuu... nasi goyeng and sandwich!"

Bersinar-sinar mataku melihat isi bekal itu.

"Merah, ni nama dia nasi goreng, bukan nasi goyeng," perli Fatihah sambil menarik rapat tupperware berisi nasi goreng kampung ke arahnya.

Nasi goreng kampung la kut sebab aku nampak ada kangkung dan ikan bilis dalam nasi goreng tu.

Dia mula menyudu nasi tersebut lantas disuap masuk ke mulutnya. Dikunyah perlahan kemudian wajahnya berkerut.

"Kenapa Teeya? Tak sedap ke?" soal Yasmin serba salah.

Tanpa menunggu jawapan Fatihah untuk soalan Yasmin itu, aku terus mengambil sesudu nasi goreng tersebut dan bismillah...

Merah.Where stories live. Discover now