🦋 empat.

209 31 13
                                    

Aku menunduk lalu mencapai pemadam tersebut. Sepantas kilat aku keluarkan semula pencil box dari dalam beg yang telah kusimpan tadi dan mengambil sebatang pen biru.

Badan kubongkokkan sedikit sambil menulis sesuatu di atas pemadam yang kuyakini milik Ashraf.

Tulisan tangan kidalku yang tertera pada pemadam itu kubaca dalam hati.

Hi Crush! ♡

Aku sengih segaris. Kakiku menapak dua langkah ke meja Ashraf lalu kuhulur pemadam itu kepadanya sambil bibir kukoyak senyum paling manis.

"Merah, komik kau esok eh aku pulangkan."

Lamunanku pecah bilamana suara Juan menyapa gegendang telingaku.

Aku masih statik berdiri di tempatku sambil memandang Ashraf dan pemadam yang juga masih terletak elok di hujung kasut sekolahku.

Serentak itu Ashraf melangkah setapak ke arah aku lalu dia mengambil sendiri pemadamnya itu dan menyumbat ke dalam poket beg galasnya.

Dia menggalas beg tersebut pada bahu kanannya dan menolak kerusinya ke bawah meja.

Kemudian dia berjalan santai menuju ke pintu depan kelas. Anak mataku mengekori langkah Ashraf sehingga tubuhnya menghilang di balik pintu dan dinding kelasku.

"Puas dah tengok anak teruna orang?"

Sekali lagi suara Juan menampan deria dengarku.

"Tak puas duh! Cepat sangat dia blah. Hmmm," balasku pura-pura hampa.

Gila kau tak puas? Aku tengok Ashraf setiap hari kut. Dah la tempat duduk dia pun dekat dengan aku.

Kali ini baru aku pusatkan mataku pada teman baikku, Juan yang sedari tadi berdiri di depan meja Ashraf. Dia berdiri di situ sebab meja dia memang kat depan meja Ashraf.

Di sekolah ni aku ada dua orang je kawan baik.

Satu; Fatihah. Dua; Juan.

Mereka berdua sedia maklum bahawa aku telah menyimpan perasaan suka terhadap Ashraf sejak tahun lepas.

"Eh bongoknya perangai." Juan menjulingkan mata ke atas. Dia berjalan dua tiga tapak dan berhenti di sebelah mejaku.

"Kau pun bongok, pinjam komik aku lama-lama nak buat apa? Kau tak habis baca lagi ke?" Soalku sambil mula mengezip beg sekolahku.

Hampir seminggu juga Juan meminjam lima buah komik milikku. Sebelum-sebelum ni kalau dia pinjam sepuluh buah komik aku, paling lama pun dia baca tiga hari je.

"Dah habis baca dah. Tapi bebudak dorm aku nak pinjam baca, so aku bagilah. Kau tak kisah kan?"

Dua tangannya diseluk pada saku seluar. Sengih segaris dipamer.

"Yan, aku bagi kau seorang je tau baca komik-komik aku. Asal kau pergi bagi bebudak dorm kau pulak? Haih," keluhan terlepas dari bibirku.

"Ye la, ye la. Esok aku bawak semua komik kau tu. Dengan aku pun nak kedekut," balas Juan dengan mulut dicemikkan tanda menyampah dengan perangai haji bakhilku.

Aku ni memang jenis berkira sikit kalau nak bagi orang guna barang aku.

Kalau aku bagi orang tu guna atau pinjam barang aku, maksudnya aku percaya kat orang tu. Aku cuma kedekut pada orang yang aku tak kenal dan tak rapat je.

"Korang sembang apa ni? Aku nak tidur pun tak senang."

Serentak kepalaku dan Juan menoleh ke meja Fatihah.

Gadis tinggi lampai itu kelihatan mamai. Dia menguap sambil menggeliat kecil di atas kerusinya.

"Kau sambung tidur ke lepas Cikgu Azrina keluar tadi?" Juan menyoalnya.

Fatihah mengangguk kecil lalu malas-malas dia mengemas beg untuk pulang ke rumah.

"Apahal kau tak balik je dari tadi? Boleh tidur kat rumah. Selesa sikit daripada kau tidur atas kerusi tu," ujar Juan.

"Aku tidur kat mana-mana pun selesa," balas Fatihah tanpa memandang Juan.

Lepas siap kemas beg, dia letak semula kepala atas meja dan pejam mata. Gaya macam nak tidur kat sini sampai esok.

Aku rasa kalau ada anugerah Ratu Tidur untuk kelas ni, juaranya pasti disandang oleh Fatihah.

Tok! Tok!

Aku panggung kepala ke muka pintu kelas; arah datangnya bunyi ketukan itu tadi. Kepala Juan turut berpaling ke pintu kelas kami. Kepala Fatihah je yang masih enak terteleng atas mejanya.







 Kepala Fatihah je yang masih enak terteleng atas mejanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Edited: 11122021

Merah.Where stories live. Discover now