"Yan."
Aku memanggil Juan yang sedang berbual dengan seorang senior lelaki tingkatan 4. Senior tu berdiri dan beratur di depannya.
"Apa?" Balas Juan selepas dia menoleh ke arah aku.
"Nanti kat dalam hutan... hmmm, aku... nak... aku nak... nak..."
"Kau nak apa? Cakap je la. Sejak bila kau jadi gagap ni?"
Hampir bertaut kening Juan saat ini. Tubuhnya dipusing menghadap aku.
"Aku nak pegang baju kau boleh tak masa jalan dalam hutan kejap lagi? Aku takut tertinggal jauh nanti sebab aku jalan lambat." Kali ini baru lancar bicaraku.
Tadi tu tergagap sebab aku ragu-ragu untuk menyuarakan permintaanku itu. Terbit juga rasa bimbang di hati aku andai Juan tak izinkan aku pegang hujung baju yang dia pakai.
Manalah tahu dia fikir aku ni mengada-ngada ke. Sengaja nak menggedik dengan dia ke. Padahal aku cuma nak kurangkan rasa takut je.
"Ceh itu je? Ingatkan apa bendalah tadi sampai tergagap-gagap. Boleh, tapi ada syarat!" Juan kemam bibir sambil berpeluk tubuh.
"Apa dia?" Laju aku bertanya.
"Pegang baju je, jangan pegang benda lain," usai berkata begitu, Juan berpaling memandang ke depan semula selepas dia hulur sengih segaris.
"Benda lain? Benda apa?" Aku bertanya kebingungan.
Aku dan ahli kumpulanku yang merupakan kumpulan terakhir mulai bergerak untuk masuk ke hutan.
Harapan aku untuk aktiviti ini dibatalkan bagi ahli kumpulanku ternyata tidak kesampaian. Sebab sedari tadi hujan hanya turun renyai-renyai sahaja.
"Jangan raba bontot aku." Juan menoleh sekilas ke belakang sambil meneruskan langkah kakinya menapak masuk ke dalam hutan. Aku sempat menangkap senyum kejinya sebentar tadi.
"Eiii bengong. Kau ingat aku pervert ke?" Aku mendengus geram sambil tangan kiriku mula naik memegang hujung fabrik t-shirt di bahagian pinggangnya.
Juan hanya tergelak tanpa menoleh.
.
.
.
Keadaan hutan yang agak gelap dan suram membuatkan seluruh tubuhku terasa meremang.
Ditambah dengan kedinginan bayu malam yang sesekali bertiup lembut, terasa seram sejuk menyapa ke kulit tangan dan wajahku yang terdedah.
Suara dari ahli kumpulan aku yang berulang kali mengalunkan beberapa potong ayat suci Al-Quran termasuk ayatul Kursi bersatu dengan irama dari bunyi cengkerik dan unggas yang bersahutan di dalam hutan.
Kami berjalan mengikut arah lilitan tali pada setiap pokok yang dijadikan checkpoint. Tanganku masih setia memegang erat hujung baju Juan. Manakala bahu aku pula dicengkam kuat oleh tangan Sujana sedari tadi.
Masing-masing tak mahu tertinggal dan terpisah antara satu sama lain. Sebab tu aku pegang baju Juan dan Sujana pegang bahu aku.
Sedang aku fokus berjalan sambil melafaz ayatul Kursi, tiba-tiba kasut aku sebelah kanan part belakang atas buku lali kena pijak dengan Sujana. Mungkin dia terpijak sebab tubuhnya agak rapat dengan tubuh aku.
Aku panik. Kasut sukanku sebelah kanan dah pun tertanggal dari kakiku dan tercicir kat belakang sana. Weh aku sayang gila kat kasut sukan aku tu! OMG, dah la aku jarang guna.
Dalam keadaan fikiran aku yang sedikit cemas, pegangan tanganku pada hujung baju Juan terlepas akhirnya. Tangan Sujana juga entah bagaimana sudah tiada pada bahu aku.
Aku mencangkung ke tepi sedikit dan cuba mencari kasut merah hitam kesayanganku itu. Di dalam kegelapan aku meraba-raba kawasan yang kami lalu sebentar tadi dan aku terus mencapai kembali kasutku itu bila aku terpegang apa yang kucari.
Belum pun sempat aku berdiri, tiba-tiba satu 'benda' putih terjatuh kat depan aku dari atas pokok tempat aku tengah mencangkung sambil pegang kasutku yang aku baru jumpa tadi.
"Allahuakbar!" Jeritku spontan sambil terduduk dan berundur ke belakang.
Aku hampir nak terkencing, terkentut dan terberak dalam masa yang sama bila tengok benda putih yang terjatuh tu merupakan bayi yang dibungkus dengan kain putih.
Bukan kain lampin, tapi nampak macam kain kafan yang bertompok seakan tompokan darah.
Serentak itu aku mula menangis ketakutan. Badanku terasa menggeletar. Tangan kiriku masih menggenggam kemas kasut sukan kesayanganku. Aku tak berani nak mendongak ke atas untuk tengok siapa yang jatuhkan bayi itu dari atas pokok.
Jadi, aku berdiri dan berjalan sambil menunduk ke bawah. Tapi sekali lagi aku terkejut bagai nak mati bila mataku terpandang seketul batu nisan yang elok terpacak di depan kakiku.
Tanpa berlengah, aku terus memecut laju sambil memegang kasutku ke arah ahli kumpulanku yang semakin menjauh di hadapan sana. Tak sempat dah nak sarung kasut tu ke kaki.
Kali ni aku tak menjerit, tapi aku berzikir dan berselawat di dalam hati walaupun aku rasa bacaanku agak kucar-kacir dan berterabur.
Bila dah sampai di kelompok ahli kumpulanku, aku memperlahankan larianku lalu berjalan paling belakang sekali. Namun kami satu kumpulan dikejutkan pula dengan kemunculan pocong dari arah sebelah kanan kami.
Habis semuanya menjerit histeria dengan aku-aku sekali ikut menjerit.
Aku yang baru saja nak menarik nafas kelegaan sebab penat berlari dari ketakutan sebentar tadi kini mula menyumpah seranah dalam hati.
Dengan penuh tekad, aku pejamkan mata lalu terus memecut ke hadapan memotong dan meninggalkan kesemua ahli kumpulanku yang lain di belakangku.
Habis semua benda aku rempuh. Lantaklah kalau tangan, lengan atau kaki aku calar balar sekalipun. Aku dah tak peduli!
Yang penting aku nak keluar dari hutan ni dengan kadar segera!
.
.
.
Keesokannya...........................
🍎🍎🍏🍏 sambung esok je la ek. 💕
Edited: 28122021
YOU ARE READING
Merah.
Teen FictionKBSM (kenangan budak sekolah menengah). Genre: Teen Fiction Watak-watak: Umairah. Uwais. Juan. Fikri. Yasmin. Fatihah. Faqihah. (aku guna semua nama anak-anak saudara aku) Cover by @lonelykidz95 (IG: garf_shadow) Start: Jun 25,2020 End: -