Loceng akhir menjerit menandakan tamatnya persekolahan pada hari ini. Aku dan Yasmin berdiri sambil mengemas buku-buku untuk pulang ke rumah. Yang stay kat asrama dah ready nak balik ke dorm masing-masing.
"Bye korang!" ujar Juan sambil menyandang beg sekolahnya pada bahu kanan dan melambai tangan ke arah aku dan Yasmin.
"Ba-bye Yan," balas Yasmin sambil melambai kembali ke arah Juan.
Aku pula hanya angkat tangan kananku dan senyum senget memandang Juan yang sudah pun keluar dari kelas.
Semasa aku dan Yasmin nak beredar dari kelas, muncul Ustaz Hanif kat depan kita orang berdua. Dia memegang satu paper bag sederhana kecil pada tangan kanannya.
Waktu ini rakan sekelas aku yang lain semuanya sudah mengosongkan kelas. Kini hanya tinggal aku dan Yasmin sahaja bersama Ustaz Hanif.
"Hai Ustaz! Tak balik lagi ke?" tegur aku ramah dengan senyuman tertampal di wajah.
"Sekejap lagi aku balik. Aku nak bagi kau something," balas Ustaz Hanif sambil menghulur paper bag kepadaku yang sejak tadi ada di tangannya.
"Apa ni ustaz?" soalku hairan, tapi tetap juga kusambut paper bag tersebut lalu kulihat isinya.
Terdapat satu kotak macam kotak jam tangan di dalam beg kertas itu.
"Hadiah birthday. Hari tu aku tak sempat beli hadiah time birthday kau and just dapat belikan kek je," jawab Ustaz Hanif sambil tersenyum ke arahku.
Mendengar jawapannya, aku berkerut spontan. Dah kenapa rajin sangat ustaz bagi aku hadiah?
Yasmin pula dah serupa bodyguard berdiri tegak kat sebelah aku tanpa berkata apa-apa.
"Errr, tapi saya tak minta pun ustaz bagi saya hadiah..." kataku dengan kerutan masih di dahi.
"Merah, kau lupa ke aku pernah bagitahu kau yang Ustaz Hanif suka kat kau?" Yasmin menyampuk secara spontan.
Yasmin ni bercakap tak ada nak cover cover langsung. Main cakap lepas je. Kalau dia bisik kat telinga aku tak apa la juga.
Memang kelmarin Yasmin ada bagitahu aku macam tu. Tapi sebab dia tak forward pun mesej yang dia cakap nak bagi aku tu, jadi sampai sekarang aku tak percaya apa yang dia cakap. Aku anggap kata-kata Yasmin waktu tu hanya gurauan semata.
Aku tengok Ustaz Hanif macam tak keruan lepas dengar bicara Yasmin sebentar tadi.
Sekejap-sekejap tangannya mengusap tengkuk.
Sekejap-sekejap kepalanya tertunduk.
Sekejap-sekejap dia betulkan cermin mata dia.
Sekejap-sekejap dia buka songkok di kepalanya. Lepas tu dia meraup rambut dan memakai semula songkoknya.
Semua nampak serba tak kena.
Takkan la ustaz ni betul suka kat aku? Macam tak logik je. Aku budak sekolah kut, baru 16 tahun.
Setahu aku, umur Ustaz Hanif; 32 tahun. Umur dia sebaya dengan adik mak aku yang second last. Mak saudara aku la, aku panggil Achik.
Muka ustaz memang nampak muda. Nampak macam umur dua puluhan. Tapi kalau umur dia dua puluhan sekalipun, aku still rasa pelik bila seseorang cikgu tu suka kat pelajar dia.
🍭
Usai solat Asar, aku mencapai MP4 merah-putih di atas meja belajarku. Kaki kubawa ke katil bujangku lalu badan kurebah atas tilam empuk bercadar Power Rangers.
Setelah menyumbat masuk earphone ke dua-dua belah telingaku, aku mulai memilih satu lagu di dalam playlist MP4 pemberian Fatihah.
Hadiah birthday yang Fatihah bagi aku hari tu adalah seketul MP4 comel berwarna merah putih ni. Time aku dapat tu, dalam MP4 ni dah tersedia dengan beberapa bacaan ayat Al-Quran yang dialunkan oleh Syeikh Misyari Rasyid Al-Afasi.
Tak banyak, cuma ada lima surah sahaja yang Fatihah masukkan. Surah As-Sajdah, Surah Al-Mulk, Surah Al-Waqi'ah, Surah Luqman dan Surah Yaasiin.
Tahun ni aku kena hafal Surah Al-Waqiah. Tahun lepas aku dah hafal Surah Al-Mulk. Masa tingkatan 2, aku hafal Surah As-Sajdah. Untuk tahun depan; tingkatan 5 nanti kena hafal Surah Yaasiin dan Surah Luqman pula.
Sekolah aku memang tiap tahun ada surah tertentu yang kita orang kena hafal untuk subject Al-Quran dan Tajwid.
Bagus juga Fatihah masukkan surah-surah tersebut dalam MP4 ni. Nanti boleh la aku ulang hafalan surah yang aku dah pernah hafal dan start dengar surah yang akan aku hafal. Kadang-kadang, daya pendengaran juga memainkan peranan penting untuk mudah menghafal.
Tapi sekarang ni aku tak buka playlist surah-surah tersebut. Dah petang macam ni tak berapa masuk kalau aku menghafal. Banyak la alasan kau ek Merah. Padahal memang kau nak buang masa layan lagu.
Lagu Boulevard of Broken Dreams nyanyian Green Day menghiasi deria dengarku. Sambil tu tanganku mengambil beg kertas yang diberi Ustaz Hanif. Beg kertas ni aku letak kat tepi bantal masa balik sekolah tadi.
Dengan posisi berbaring, aku mengeluarkan kotak sederhana kecil dari dalam paper bag itu. Tepat seperti jangkaanku, seutas jam tangan terletak elok di dalam kotak tersebut.
Bibir kukoyak sengih segaris ketika membelek jam tangan berwarna merah jambu lembut itu. Aku tahu la Ustaz Hanif memang pencinta warna pink, tapi yang dia pergi bagi aku jam tangan color pink ni dah kenapa?
Serius aku tak tahu nak gelak ke nak nangis bila dapat hadiah ni. Jam tangan ni lawa, simple je; jenama Swatch. Cuma masalahnya aku tak minat warna pink.
Alahai... tapi sebab orang dah bagi, aku guna je la. Walaupun hakikatnya aku lebih suka kalau jam tangan ni warna hitam atau merah.
🍭🍭🍭
10122020
Edited: 25022022
YOU ARE READING
Merah.
Roman pour AdolescentsKBSM (kenangan budak sekolah menengah). Genre: Teen Fiction Watak-watak: Umairah. Uwais. Juan. Fikri. Yasmin. Fatihah. Faqihah. (aku guna semua nama anak-anak saudara aku) Cover by @lonelykidz95 (IG: garf_shadow) Start: Jun 25,2020 End: -