Ustaz Fadhlan sedang mengajar subjek Balaghah di hadapan kelas. Aku toleh ke kiri. Ashraf selamba sahaja tidur di mejanya seperti biasa.
Sebenarnya Ustaz Fadhlan tak suka pelajar dia tidur semasa dia sedang mengajar. Dia cakap, pelajar yang tidur time guru mengajar adalah pelajar yang tiada adab.
Dah banyak kali Ustaz Fadhlan tegur Ashraf agar jangan tidur ketika dia sedang mengajar.
Namun, crush aku Si Ashraf ni bagai tidak berperasaan. Teguran ustaz tersebut ibarat masuk ke telinga kanan dan keluar ikut telinga kirinya.
Pernah sekali dia membalas teguran Ustaz Fadhlan, tapi sekali itulah dia balas dan lepas daripada itu dia memang akan tidur sampai waktu mata pelajaran ustaz tu habis.
"Biar bodoh tapi beradab; daripada pandai tapi kurang ajar." Sampai sekarang aku masih terngiang akan kata-kata Ustaz Fadhlan waktu dia menegur crushku yang suka tidur dalam kelas.
"Saya tidur sebab tak ambil aliran arab." Namun dibalas lebih kurang begitulah ayat Ashraf masa tu.
Gaya dia bercakap dengan intonasi bersahaja cukup mencabar kewibawaan seorang guru seperti Ustaz Fadhlan.
Ashraf ni pendiam. Sama pendiam macam Fatihah sikit. Fatihah biasanya cuma berkomunikasi dengan aku je dan jarang nak berbual dengan orang lain.
Tapi Fatihah jenis dengar kata, Ashraf pula jenis ikut kepala dia. Crush aku tu tak memberontak, jauh sekali meninggikan suara di depan para guru.
Dia hanya bercakap dengan nada suara yang rendah tapi berserta wajah kosong. Beku. Datar.
Seperti yang Ashraf katakan kepada Ustaz Fadhlan pada waktu itu, dia memang tidak mengambil aliran arab pada tahun ini. Oh lupa nak bagitahu, aku bersekolah di Sekolah Menengah Agama.
Dalam kelas aku, Ashraf satu-satunya pelajar yang tidak mengambil aliran arab.
Maksud aku, dia hanya belajar untuk mata pelajaran akademik sahaja. Iaitu mata pelajaran untuk menduduki peperiksaan PMR (Penilaian Menegah Rendah).
Jadi, setiap kali ada kelas untuk mata pelajaran aliran arab, Ashraf akan tidur di tempatnya. Amat susah nak tengok dia keluar kelas; meronda dan mengukur kawasan sekolah macam pelajar lain. Dia lebih memilih tidur berbanding merayau.
Kalau time mata pelajaran akademik, aku perhatikan Ashraf biasanya akan tidur semasa subjek Sejarah dan Geografi.
Aku dan rakan sekelasku yang lain semuanya ambil dua aliran di sekolah ini. Aliran arab dan akademik.
Aku pandang ke hadapan semula. Kelihatan raut wajah Ustaz Fadhlan begitu serius mengajar sambil berdiri di belakang meja guru. Aku rasa dia dah malas nak ambil tahu perihal Ashraf. Sebab tu kut dia biarkan je Ashraf tidur.
Selang beberapa minit kemudian, aku halakan kepalaku ke kanan pula.
Kulihat Fatihah sedang menyalin nota dan makna-makna perkataan yang diterangkan oleh Ustaz Fadhlan.
Fatihah hanya cemerlang dalam mata pelajaran akademik. Bila tiba mata pelajaran arab, dia akan memberi seratus peratus tumpuan dalam kelas agar dia tidak tercicir di belakang.
Ajaib sungguh ratu tidur ni boleh menahan matanya daripada terlena.
Spontan kepala Fatihah tertoleh ke arahku.
"Merah, Ustaz Lan panggil kau tu," bisik Fatihah.
Serentak itu telingaku menangkap suara seseorang memanggil nama penuhku.
"Umairah binti Umar."
Pantas kepalaku menala ke arah Ustaz Fadhlan yang menyeru namaku di hadapan kelas.
🍎🍎🍎🍏🍏🍏 to be continued.
Edited: 20122021
YOU ARE READING
Merah.
Teen FictionKBSM (kenangan budak sekolah menengah). Genre: Teen Fiction Watak-watak: Umairah. Uwais. Juan. Fikri. Yasmin. Fatihah. Faqihah. (aku guna semua nama anak-anak saudara aku) Cover by @lonelykidz95 (IG: garf_shadow) Start: Jun 25,2020 End: -