"Along, kau okay tak? Tadi pagi kenapa kau kena berdiri kat atas pentas masa perhimpunan?"
Aku menyoal along selepas kami turun dari bas sekolah dan berjalan menuju ke belakang pam minyak.
Sehingga tiba di tempat motosikal kepunyaan abah diparkir, along tetap membisu seribu bahasa.
Soalan aku dibiar tergantung sepi tanpa jawapan. Aku mengeluh perlahan. Aku ni risaukan dia. Tapi boleh pula dia abaikan aku. Sedih tau kena brother-zone dengan abang sendiri.
Along naik ke atas pelana motosikal kapcai tersebut lantas menghidupkan enjinnya. Spontan tangan kiriku naik menekup mulutku yang sudah pun melopong. Manakala mataku pula sedikit terbeliak melihat along yang sedang duduk di atas motor.
Aku nak tanya along, bontot dia tak sakit ke kena rotan dengan abah kat sekolah pagi tadi. Tapi niat aku terkubur begitu saja bila memikirkan kebarangkalian soalan aku itu tidak akan dijawab olehnya.
Sesampainya di rumah, along terus menonong hendak masuk ke biliknya. Namun langkah kakinya terhenti saat namanya diseru separa tegas oleh abah yang sedang duduk di ruang tamu berseorangan.
"Nanti dah solat zuhur, makan..."
Abah seakan memberi arahan kepada along. Ayatnya terjeda seketika dan ekor matanya terarah pada along yang tidak memberi sebarang respon.
Aku yang sedang berdiri di belakang along melihat abangku itu mulai menapak untuk meneruskan langkahnya yang terhenti tadi.
"Uwais!" Lantang suara abah memanggil along untuk kali kedua.
Bahuku ternaik sedikit akibat terkejut.
Along kini berhenti betul-betul di hadapan pintu biliknya. Tanpa menoleh, dia menanti bicara abah yang seterusnya sambil mendongak sedikit.
Gerak tubuh along seolah sedang memberitahu bahawa dia bukan lagi anak kecil yang boleh disuruh dan diarah sesuka hati.
"Lepas makan nanti masuk bilik bacaan. Ada benda aku nak cakap. Dengar tak ni?" Ujar abah bersalut tegas.
"Dengar," sahut along sepatah dengan suara yang hampir tidak terdengar lalu meloloskan badan ke dalam kamarnya setelah dia memulas tombol pintu yang digenggam sedari tadi.
Baru saja aku nak masuk ke bilik aku, abah memanggil namaku pula.
"Merah, nanti lepas asar siap-siap."
Aku terpinga sekejap.
"Nak buat apa siap-siap?" soalku polos.
"Abah nak hantar Merah pergi kedai temankan mak. Hari ni mak jaga kedai sorang-sorang dari pagi," jelas abah sambil memandang aku yang kembali terpacak berhampiran sofa tempat abah tengah duduk.
"Ooo... okay. Boleh je. Teman mak sampai malam eh abah?" Aku bertanya mahukan kepastian.
"Sampai maghrib je. Nanti lepas maghrib abah datang, lepas tu Merah dengan mak bolehlah balik," terang abah.
Aku mengangguk tanda faham.
"Abah..."
Abah memandangku isyarat bertanya 'ada apa?' dan aku berjalan ke sofa merapati abah.
"Merah nak tanya sikit boleh?" Nada suaraku sedikit ragu.
Abah aku ni garang sebenarnya. Tapi biasanya dia garang dengan along je, dengan aku; dia tak garang pun. Namun begitu aku tetap rasa seram sejuk nak berbual dengan abah.
"Nak tanya apa?" Tertera kerutan di dahi abah.
"Merah nampak abah rotan along pagi tadi kat sekolah. Kenapa abah rotan along?"
Rasa nak je sambung tanya; salah along apa sih?
Haaa kau, terus jadi indo ye Merah.
Edited: 04012022
YOU ARE READING
Merah.
Teen FictionKBSM (kenangan budak sekolah menengah). Genre: Teen Fiction Watak-watak: Umairah. Uwais. Juan. Fikri. Yasmin. Fatihah. Faqihah. (aku guna semua nama anak-anak saudara aku) Cover by @lonelykidz95 (IG: garf_shadow) Start: Jun 25,2020 End: -