"Happy birthday Merah!"
Aku yang sedang sibuk mengemas beg sekolah untuk pulang sedikit terkejut dengan ucapan tersebut. Kepala kudongak memandang Fatihah. Entah bila dia masuk ke kelasku, aku pun tak perasan.
"Thanks Teeya... I thought you forgot my birthday. Sebab masa rehat tadi kau tak wish pun kat aku."
Hadiah yang dihulur Fatihah, aku sambut dengan wajah terharu.
"No biggie! Mana boleh lupa birthday my baby girl ni. Nanti merajuk 7 keturunan, letih aku nak pujuk," balas Fatihah.
Tangannya naik mengusap kepalaku. Dia menguntumkan senyuman indah lalu lesung pipit terhias di pipi kirinya.
"Apa barang merajuk sampai 7 keturunan? Ingat aku budak-budak ke nak merajuk segala? Aku dah matang okey? Dah 16 tahun dah."
Ceh, matang la sangat. Padahal dua bulan lepas aku mengaku; aku masih budak kecil time main buaian kat taman. Bulan ni tiba-tiba mengaku dah matang pula ek Merah.
"Kau matang? Kau?"
"Eleh jeles la tu dia tak matang lagi," balasku dengan senyum senget.
Tapi Fatihah sekadar tayang wajah malas nak layan.
"Kau tak nak balik ke bro? Jom turun together gether. Hadiah aku tu kau buka kat rumah je la," ujar teman baikku itu kemudiannya sambil mendakap beg sekolah yang disandang di depan badannya.
"Nak balik la ni. Tunggu sekejap eh, bagi aku kemas dulu beg aku," kataku lantas menyumbat masuk kotak hadiah sederhana kecil yang diberi Fatihah tadi ke dalam beg sekolahku.
"Weh Merah, sekejap weh. Jangan balik dulu."
Serentak kepalaku dan Fatihah menoleh ke arah Yasmin yang baru saja bersuara. Dia sedang berdiri di tepi tingkap kelas. Kepalanya sekejap-sekejap melilau ke luar jendela kelas melihat ke bawah sebab kelas kami di aras 2. Lepas tu sekejap-sekejap dia menoleh ke arahku dan Fatihah pula.
Aku kerut dahi.
"Kau dah kenapa Minmin? Jom la balik. Kang tertinggal bas, tak memasal je kang. Aku dah la belum ulang kaji subjek Perdagangan dengan EA," kataku sambil mengezip beg sekolah.
Paper untuk hari esok adalah dua mata pelajaran itu. Sekarang kami sedang berada dalam minggu peperiksaan pertengahan tahun.
"Alaaa, sekejap lagi kita balik la Merah. Tunggu sekejap je weh. Please," suara Yasmin seakan sedang merayu aku.
"Kau tengok apa kat bawah tu?" Soal Fatihah lantas gadis tinggi lampai itu menghampiri Yasmin.
"Tak tengok apa pun la," dalih Yasmin bagai menyembunyikan sesuatu.
"Ah kau, takyah nak auta. Kau tunggu diorang tu kan?"
Yasmin cuma tayang sengih segaris dengan pertanyaan Fatihah.
Kerutan di dahi aku semakin bertambah mendengar ayat Fatihah itu. Tanpa berlengah, aku turut melangkah ke sisi Yasmin dan Fatihah.
Mataku melihat ke bawah di celahan cermin tingkap kelas. Blok kelas aku ni boleh nampak bangunan kantin. Kebetulan pula waktu aku tengok ke bawah, motocross pink Ustaz Hanif baru sahaja berhenti di tepi kantin.
Buru-buru Juan yang membonceng motosikal color pink itu melompat turun dari pelana motor sambil tangannya memegang sesuatu.
Kemudian, Ustaz Hanif menuruni motosikalnya lalu berjalan seiring Juan menuju ke blok kami.
Aku dan Fatihah menala pandangan ke muka Yasmin; meminta penjelasan.
🍭
🍭
🍭Belum pun sempat Yasmin memberi penjelasan kepadaku dan Fatihah, muncul seorang lelaki berseragam sekolah di muka pintu kelasku. Di dada kiri kemeja putihnya tersemat lencana sekolah berserta tag nama Muhammad Juan.
YOU ARE READING
Merah.
Teen FictionKBSM (kenangan budak sekolah menengah). Genre: Teen Fiction Watak-watak: Umairah. Uwais. Juan. Fikri. Yasmin. Fatihah. Faqihah. (aku guna semua nama anak-anak saudara aku) Cover by @lonelykidz95 (IG: garf_shadow) Start: Jun 25,2020 End: -