🦋 dua puluh enam.

91 32 16
                                    

Waktu rehat hari ni aku malas nak pergi kantin. Macam biasalah, aku lebih suka melepak dalam kelas. Kalau rajin sikit, aku akan lepak kat maktabah.

Yasmin dan Juan dah ke kantin untuk menjamu selera. Aku minta diorang berdua tapaukan aku kuih bingka ubi.

Aku tongkat kepala dengan tangan kanan dan melihat Fatihah yang sedang melukis sesuatu pada text pad milik Yasmin. Dia melukis sambil duduk di tempat Yasmin di sebelah kiriku.

"Teeya, Minmin suruh kau lukis apa weh?" soalku sambil memasukkan tangan ke dalam poket beg sekolahku yang kuletak di dalam laci mejaku.

Kemudian aku keluarkan dua biji gula-gula hacks. Satu perisa honey lemon dan lagi satu perisa blackcurrant.

Aku menyua gula-gula hacks yang berperisa blackcurrant kepada Fatihah. Manakala perisa honey lemon aku letak di dalam pencil case milik Yasmin.

Aku memang dah terbiasa bawa gula-gula pergi sekolah untuk makan time cikgu tak masuk kelas dan bagi kat kawan-kawan aku. Selalunya aku ambil stok gula-gula yang ada kat kedai abah.

"Thanks bro. Aku lukis gambar Minmin dengan balak dia," jawab Fatihah. Serentak itu dia membuka baju gula-gula yang aku beri tadi dan dia makan dengan senyuman.

Aku jengah sedikit pada lukisan yang dilukis Fatihah. Terdapat dua figura karikatur yang comel dan handsome terlakar pada dada text pad tersebut.

Semestinya yang comel tu gambar Yasmin dan yang handsome tu Akram, pakwe Minmin. Walaupun Fatihah tak berapa mahir melukis potret, tapi lukisan karikatur yang dihasilkan sangat cantik dan kemas.

Kadang aku jealous betul dengan Fatihah ni tau. Dah la cantik, pandai, lepas tu lengkap dengan pakej kreatif dan berseni orangnya.

"Nah bingka ubi kau," ujar Juan yang baru masuk ke kelas lalu meletakkan satu plastik kecil berisi kuih kegemaran aku di atas mejaku.

Aku hulur duit untuk harga kuih tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada Juan yang sudah pun duduk di kerusinya di depan meja Yasmin.

"Tak payah bayar. Macam biasa, ada orang belanja kau," jelas Juan. Dia tidak mengambil duit yang kuhulur.

"Siapa yang rajin sangat belanja aku ni Yan? Kau eh?" tekaku dengan nada sarkastik. Aku tahu mesti bukan Juan yang belanja.

"Anep yang belanja..." celah Yasmin sambil menarik kerusi di sebelah Juan lalu duduk menghadap aku, Fatihah dan Juan. Wajahnya begitu bersahaja semasa menuturkan ayat itu tadi.

Taufiq yang baru nak duduk di tempatnya terpaksa berlalu dari situ dan dia pergi bersembang dengan rakan sekelas kami yang lain di meja belakang apabila kerusinya diduduki Yasmin.

Waktu rehat berbaki 13 minit lagi. Aku menikmati tiga ketul kuih kesukaanku itu dengan begitu pantas.

"Kau biar betul Minmin..." kataku antara percaya dengan tidak selepas aku menghabiskan kunyahan terakhir kuih bingka ubi itu.

"Yup betul. Sebelum-sebelum ni pun memang Anep yang belanja kau kuih tu, Merah. Dia cakap dengan kita orang, especially bebudak aspura, jangan kacau kau. Dia kata, kau; dia punya," terang Juan sambil memandang aku, Yasmin dan juga Fatihah.

"What the---," aku mati kata bila dengar bicara Juan.

"See... aku cakap dah, dia syok kat kau. Kau yang tak percaya..." bebel Yasmin sambil tengok aku.

"Weh korang, sekejap... Anep mana ni?" Fatihah menyoal dengan kerutan di wajah.

"Ustaz Hanif." Yasmin menjawab ringkas.

Merah.Where stories live. Discover now