🦋 sembilan.

155 31 29
                                    

Hari Jumaat, 23 Mac 2007. Tepat pukul 2.30 petang, aku berserta barisan pelajar-pelajar yang berjawatan di sekolah dan asrama; berkumpul di kantin bagi menanti kedatangan trak tentera.

Kami yang memegang pelbagai jawatan seperti pengawas, pengawas pusat sumber, pengawas koperasi, pengawas SPBT, semua ketua dan penolong ketua tingkatan serta ketua, penolong dan AJK aspura aspuri; perlu mengikuti Kem Kepimpinan dan Jati Diri selama dua hari satu malam di Kem Mahkota Kluang.

Aku duduk bersama Fatihah dan Sujana di salah sebuah bangku di kantin.

Fatihah duduk diam di sisi kananku sambil membaca komik Detective Conan milikku. Teman baikku ini merupakan pustakawan sekolah.

Manakala Sujana pula duduk di sebelah kiri aku. Sambil berbual dengannya, aku melihat matanya sering melirik ke arah Juan yang berada agak jauh dari kami.

Sujana ni sepupu kepada crushku, Ashraf. Dia merupakan penolong ketua tingkatan di kelasnya. Aku tidak la terlalu akrab dengan dia ni. Tapi boleh la kalau nak diajak berbual.

"Sue, kau dah get back ke dengan Yan?" Aku bertanya. Sekadar basa-basi. Walhal aku sudah pun mengetahui jawapan untuk soalanku itu.

"Belum lagi," jawabnya sambil membetulkan cermin mata segi empatnya.

"Belum? Maknanya kau memang nak get back la eh dengan dia?" Aku senyum dalam hati. Juan ada bagitahu aku semalam, dia dah tolak 'lamaran' Sujana kali ini.

Tak sangka akhirnya Juan ikut juga nasihat aku. Ehek.

"Aku tak nak pun sebenarnya. Tapi aku kesian dekat Yan sebab dia ada minta nak couple balik dengan aku hari tu. Aku kalau boleh tak nak dah couple couple ni. Lagipun tahun ni kita kan nak PMR, so aku nak focus belajar je." Sujana menjawab panjang lebar.

Aku hanya menge-oh-kan sahaja kata-katanya itu. Bibirku yang tadinya terbentuk huruf O kemudiannya tersungging senyum sinis selepas wajah aku berpaling dari dia dan memandang ke depan.

Elok la tu. Juan cakap; Sujana yang minta nak couple balik.

Sujana pula kata; Juan yang nak get back.

Tapi aku lebih percaya kata-kata Juan. Of course la aku percaya Juan. He is my best friend kut.

Aku tak pasti sama ada Sujana tahu atau tidak; aku ni berkawan baik dengan Juan. Aku dan Juan jarang berkepit. Berbual pun kadang-kadang.

Dalam pukul 3.00 petang, kami mulai bertolak ke kem tentera yang terletak di Kluang dengan menaiki tiga buah trak askar yang telah pun tiba 15 minit tadi.

Aku menaiki trak tentera yang dipandu oleh abang askar hensem; bernama Nazri. Ada nama kat baju seragam dia yang berceloreng tu, sebab tu aku tahu nama dia.

.

.

.

Aku bersama para peserta Kem Kepimpinan dan Jati Diri tiba di Kem Mahkota Kluang pada pukul 4.05 petang. Selepas sesi pendaftaran, penyelaras kem menerangkan serba sedikit tentang aktiviti yang bakal dilakukan.

Kemudian, kami diagihkan tempat penginapan di dalam kem tentera ini. Selesai menunaikan solat fardu asar, kami menikmati makan malam di dewan makan kem around 6.00 p.m.

"Nah ambil ni, your favourite."

Dua keping tomato hiris, aku letak ke pinggan Fatihah. Aku dan dia duduk sebelah menyebelah ketika makan.

"Thanks bro," jawab Fatihah sambil menyumbat masuk hirisan tomato itu ke dalam mulutnya. Dia mengunyah buah tersebut dengan penuh nikmat.

Sebenarnya sampai sekarang aku confuse tomato ni sejenis buah atau sayur. Tapi dia bulat macam bentuk buah, jadi anggap je la dia buah.

Merah.Where stories live. Discover now