🦋 enam belas.

124 30 14
                                    

"Merah..."

Aku menoleh ke kiri bila namaku diseru seseorang.

Mataku menyapa tubuh Khairil yang sedang berdiri di tepi mejaku. Dia menyua kemeja sekolahnya berserta dua batang marker pen color hitam dan biru ke arahku.

Badannya kini hanya berbalut sehelai t-shirt lengan pendek berwarna putih.

Aku menyambut baju dan marker pen tersebut. Kemudian, aku hamparkan baju sekolah lengan panjangnya ke atas mejaku. Baju tersebut telah pun berconteng dengan pelbagai ucapan perpisahan dan tanda tangan dari kawan sekelasku yang lain.

Penutup marker pen warna hitam aku buka lantas aku coretkan sesuatu di ruang kosong yang masih belum diconteng pada kemeja putih milik Khairil.

Setelah siap, aku melihat tulisan tanganku itu.

W [MERAH]

"Kenapa W?" Dia bertanya merujuk pada tulisan yang baru kucoret.

"W ni aku," balasku lalu menjelaskan maksud W tersebut.

Nama penuh aku; Umairah Umar.

Bila huruf U di depan namaku dan abah digabungkan, maka terciptalah double U.

Sebutan double U pula menghasilkan huruf W.

"Oh macam tu," ujarnya sambil memicingkan anak matanya pada tulisanku dan terangguk-angguk selepas mendengar penjelasanku.

"Umairah Umar. UU. Double U. W. Uwuuu, nice. Aku ingatkan kau tulis W sebab huruf M dekat nama Merah kau tu, kau terbalikkan," sempat dia memberi komen lalu mengambil semula kemeja sekolahnya dan pergi ke meja Fatihah pula.

Khairil ni kawan sekelas aku sejak Tingkatan 1. Tapi aku tak terlalu rapat dengan dia. Katanya tahun depan dia akan berpindah ke sekolah lain.

Jadi, dia mahu kami satu kelas bagi ucapan terakhir atau sekurang-kurangnya tanda tangan kat baju sekolah dia ni untuk disimpan sebagai kenangan.

Aku tak faham sebenarnya kenapa mesti kena conteng kat baju sekolah. Kenapa bukan kat buku sekolah? Beg sekolah? Kasut sekolah? Why?

Tapi dah dia yang suruh conteng baju sekolah dia, aku follow je la.

Aku tarik kerusiku merapat ke meja Fatihah. Meja kami masih berjarak dalam 1 meter sebab tadi baru je habis exam, so masing-masing malas nak susun meja bagi rapatkan semula macam biasa.

Kepala kujengah sedikit melihat ke atas meja Fatihah untuk mengintai coretan yang bakal teman baikku tinggalkan pada baju kemeja Khairil.

Fatihah kini sedang melakar dua karikatur gadis bertudung yang agak comel di sebelah coretan W [MERAH] hasil tulisan tanganku.

Di bawah lukisannya itu, Fatihah menulis namanya dan namaku berserta singkatan perkataan best friend forever di dalam kurungan. Wah, terharunya!

Teeya X Merah (BFF ♡)

Melihat pada lukisan comel yang baru dilukis Fatihah, membuat ingatanku berlari ke belakang waktu, menjejak kenangan yang telah setahun berlalu.

April 2006.

Cikgu Latif yang mengajar kami subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 telah membawa kami satu kelas ke sebuah Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim di daerah Kulai.

Tujuan beliau adalah mahu kami membantu menghias dan bergotong-royong di rumah kebajikan tersebut.

Selepas aku selesai menyapu sampah di sekitar halaman rumah kebajikan itu, aku pergi ke arah Fatihah.

Merah.Where stories live. Discover now