Aku menikmati penuh selera nasi goreng ayam masakan emak pagi ini. Sedang aku makan sambil berbual dengan mak, along datang merapati meja makan.
Dia sekadar mencicip secawan teh O suam sambil berdiri.
"Minum duduk, Uwais," tegur emak sambil menggeleng melihat kelakuan anak bujangnya itu.
Along meletak cawannya yang telah kosong ke tepi pingganku. Kemudian dia hulur tangan pada mak untuk bersalam.
"Tak nak makan dulu ke nasi goreng mak?"
Soalan mak cuma dijawab dengan gelengan selepas kepalanya tunduk mencium belakang tapak tangan mak.
Along memang jarang bersarapan. Aku pula jenis tak boleh kalau tak sarap.
Selesai bersarapan, laju-laju kucuci pinggan dan cawan yang kuguna serta cawan along.
Kelam kabut aku lap tangan pada sapu tangan yang tergantung di sebelah peti ais bila telingaku menangkap bunyi enjin motosikal kapcai abah telah dihidupkan.
Aku kerling sikit jam tangan yang melilit pergelangan tangan kananku. Ceh, baru pukul 6.31 pagi. Tak relaks betul la along ni.
Beg sekolahku di atas meja makan pantas kucapai dan kugalas di kedua belah bahuku. Kaki kutuju ke ruang tamu mendapatkan abah yang sedang membaca akhbar Utusan Malaysia.
"Selamat belajar," ujar abah semasa aku salam cium tangannya.
"Insya-Allah," jawabku sambil mengangguk.
"Baik-baik pergi sekolah."
Emak pula menitip pesan sambil mencium dua belah pipiku selepas aku bersalam dengannya di muka pintu.
Aku turut mencium kedua-dua pipi emak. Aku tak cium pipi abah sebab aku segan.
Setiap hari, bersalam cium tangan dengan mak dan abah sudah menjadi rutin hidupku dan along sebelum kami berdua berangkat ke sekolah.
Selesai memakai kasut sekolah, aku menuju ke arah along yang sedang menungguku di atas motor.
Kaki kiriku memijak footpeg belakang belah kiri Honda EX5 abah. Manakala tangan kiriku memegang bahu along yang tersandang beg sekolahnya dan aku mendaratkan punggungku di atas pelana motosikal tersebut.
Aku tak reti duduk mengiring kalau naik motor. Takut jatuh terjongkang ke belakang masa motor bergerak. Jadi, bila aku naik kenderaan beroda dua ni, aku akan duduk kangkang macam biasa. Senang.
Lagipun aku pakai tracksuit kat sebelah dalam kain sekolah aku. Aku tak pakai 'kain dalam' sebab bila naik motor, nanti mesti nampak betis.
"Assalamu'alaikum mak, assalamu'alaikum abah, bye bye," laungku sederhana kuat sambil tanganku melambai ke arah mak saat motosikal yang along tunggangi mula meninggalkan pekarangan rumah.
Mak tak balas pun lambaian aku. Bila aku toleh lagi sekali, mak dah tutup pintu rumah. Alaaa, tak romantik la mak ni.
Aku dan along bersekolah jauh sedikit dari rumah kita orang. Naik motosikal ni cuma sampai di stesen minyak depan simpang nak masuk ke kawasan felda ni je.
Kemudian along akan tinggalkan dan parkir Honda EX5 milik abah ni di belakang pam minyak tersebut.
Kat belakang pam minyak tu ada satu car wash milik kawan along. Jadi, dia tumpang parking situ je setiap hari, kecuali hari Sabtu dan Ahad. Sebab sekolah cuti dua hari.
Angin pagi terasa sejuk menampar lembut ke wajahku yang duduk membonceng di belakang along.
Aku ukir senyuman paling indah sambil memejam mata dan mendepakan kedua-dua belah tanganku. Nyaman sungguh udara selepas subuh. Sejuk je rasa. Damai.
Aksiku yang tengah syok layan jiwa sambil feeling acah-acah macam dalam filem Titanic versi atas motor terhenti terus bilamana tiba-tiba motosikal yang ditunggang along termati mendadak di tengah jalan.
Ah sudah. Kenapa ni?
Edited: 06122021
YOU ARE READING
Merah.
Teen FictionKBSM (kenangan budak sekolah menengah). Genre: Teen Fiction Watak-watak: Umairah. Uwais. Juan. Fikri. Yasmin. Fatihah. Faqihah. (aku guna semua nama anak-anak saudara aku) Cover by @lonelykidz95 (IG: garf_shadow) Start: Jun 25,2020 End: -