Kami berdiri dan membaca doa sebelum belajar. Selepas itu kami semua disuruh duduk oleh Ustaz Hanif, iaitu guru baru yang menjadi pengganti Ustaz Fadhlan.
Dia berkaca mata, mempunyai ketinggian yang sederhana, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Tubuhnya sedikit tegap tapi tidak la sampai tergolong dalam kategori sado.
Lengan kemeja rona hijau gelap yang tersarung pada tubuhnya dilipat hingga ke paras bawah siku.
Ustaz Hanif mengajar dua mata pelajaran di kelas aku untuk tahun ini. Balaghah dan PSI (Pendidikan Syariah Islamiah).
Mulutnya laju menerangkan bait-bait perkataan yang terdapat di dalam kitab Balaghah yang dilipat sambil kakinya dibawa mengelilingi seluruh kelas.
Tangan kanannya memegang kitab. Tangan kiri pula direhatkan di dalam saku seluarnya.
Sejak dari awal tahun hari tu, aku perhatikan Ustaz Hanif ni sejenis yang suka mengajar sambil berjalan. Sesekali je dia berhenti sebentar kat depan meja guru. Lepas tu dia sambung balik berjalan sambil mulut tak henti-henti bercakap.
Suaranya bertelingkah dengan suara hujan di luar kelas yang kini mulai turun renyai-renyai.
Dah serupa machine gun memuntah peluru pula aku tengok gaya dia bercakap. Sekejap berbahasa arab, sekejap berbahasa melayu.
Hari ni dia menerangkan tajuk Gharabah yang berada di bawah tajuk Fasohah Kalimah. Aku cuba sedaya upaya untuk mencerna dan menghadam setiap penerangannya yang terlalu laju pada pengamatanku.
Akhir sekali, Ustaz Hanif menyuruh kami satu kelas untuk menghafal satu contoh bagi lafaz gharabah yang terdapat di dalam kitab Balaghah itu.
Ayat yang kami perlu hafal tu berbunyi begini:
مَالَكُمْ تَكَأْكَأْتُمْ عَلَيَّ كَتَكَأْكُئِكُمْ عَلَى ذِي جِنَّةٍ، افْرَنْقِعُوا عَنِّي
Aku baca ayat tersebut sambil berkerut dahi. Apahal lidah aku rasa tergeliat bila membaca ayat ni? Duh, berbelit nak menyebutnya.
"Aku bagi korang masa lima minit untuk hafal. Lepas lima minit, aku akan panggil nama korang secara random untuk hafal kat tempat masing-masing," ujar Ustaz Hanif santai sambil memeluk tubuh. Kitab masih tergenggam di tangannya.
Kini dia berdiri di depan meja guru dan memandang ke seluruh kelas.
Dari awal tahun lagi aku pelik sikit tengok style Ustaz Hanif ni. Dia langsung tak sama macam cikgu-cikgu lain. Sebab dia seorang je yang bahasakan diri dia as 'aku' ketika mengajar.
Bukan saya-kamu, bukan ana-antum. Tapi aku-korang.
Bila dia berbual dengan aku atau pelajar lelaki khususnya, dia akan guna kau-aku saja.
"Lima minit je ke ustaz? Mana sempat nak menghafal kalau lima minit," seloroh Juan membantah sambil tergelak.
Aku setuju dengan Juan. Kalau bagi 15 minit pun, belum tentu aku berjaya menghafal ayat tersebut. Walaupun nampak pendek je ayatnya, tapi ayat tu agak berbelit sebenarnya.
"Okay, kalau macam tu korang hafal next time je la. Sekarang aku just nak dengar korang baca ayat tu dulu. Yan, kau try baca ayat tu," pinta Ustaz Hanif sambil memandang Juan dengan senyuman yang cukup bersahaja.
Awal-awal dulu aku agak bingung dengan perwatakan ustaz ni. Dia kelihatan macam terlalu rapat dengan pelajar-pelajar lelaki. Terutamanya pelajar aspura.
Menurut Juan, ustaz ni turut memegang jawatan sebagai warden aspura. Mungkin sebab tu la kut dia agak akrab dengan student lelaki.
Gaya Ustaz Hanif bersembang tak macam cikgu dengan pelajar. Tapi lebih kepada macam rakan sebaya.
Tengoklah, dia panggil Juan pun hanya dengan nama panggilan; Yan. Kalau berbual dengan aku pun selamba je dia panggil nickname aku. Tak adanya dia nak panggil aku Umairah seperti guru-guru lain memanggilku.
Selepas Juan selesai membaca ayat itu, Ustaz Hanif meminta pula lagi dua tiga orang pelajar lelaki kelas aku untuk membaca ayat yang sama.
"Merah, try baca ayat tu," ujarnya sambil mendaratkan sebelah punggungnya ke atas meja guru.
Aku terpempan bila namaku dipetik oleh cikgu baru itu.
"Saya cuba eh," kataku selepas berdiri dan tersengih sedikit.
Dia hanya tersenyum dan mengangguk ke arahku.
"Tafaddhal..." balasnya.
Aku mengangkat sedikit kitab Balaghahku separas dada dan mulai mengeja ayat tersebut.
"Maa lakum taka'ka'tum 'alayya kataka... emmm katak... ikum... kataktak..." suaraku tersekat bila tiba pada perkataan katak itu.
Budak kelas aku dah start gelakkan aku. Aku toleh ke kiri, Yasmin sedang ketawa sambil menekup mulutnya. Juan juga ketawa tak ingat dunia. Siot la diorang ni.
"Teruskan Merah... yang depan dah betul dah tu. Kau cuba sebut slowly the next words..."
Aku terkial-kial menyebut perkataan yang dimaksudkannya.
"Okay takpe Merah. Slowly, kau just follow macam apa yang aku sebut ni, alright? Kataka'kuikum 'alaa zii jinnah," satu persatu Ustaz Hanif menutur ayat itu sambil melihatku agar aku dapat mengikut sebutan tersebut.
Wajahnya masih setia dengan senyuman. Dia tak ketawakan aku pun.
Aku mengikut seperti yang diajarkan kepadaku secara perlahan-lahan. Kemudian dia meminta untuk aku mengulang semula membaca ayat tersebut min awal ila akhir.
"Maa lakum taka'ka'tum... 'alayya kataka'kuikum... 'alaa zii jinnah... ifranqi'uu 'annii..." lafazku masih lagi terbata-bata.
Tapi kali ini aku berjaya menyebut keseluruhan ayat!
"Aiwah, ahsanti!"
Puji Ustaz Hanif sambil menepuk tangan dengan kitabnya dan rakan sekelasku yang lain turut ikut bertepuk tangan. Ceh, tadi bukan main lagi gelakkan aku diorang ni.
Aku sekadar tersenyum.
Ustaz Hanif masih lagi tersenyum.
Yasmin di sisiku juga tersenyum.
Juan di depan Yasmin ikut tersenyum.
Bebudak kelas aku pun semuanya tersenyum.
Dunia turut tersenyum.
Senyum, tak perlu kata apa-apa...
Korang pun senyumlah sikit. 🙂😊☺️😁😀😄
Haaa, kan comel tu! 🙊
🍎🍎🍎🍏🍏🍏 to be continued...
Vote & comment. Terima kasih. 🦋
Edited: 07012022
YOU ARE READING
Merah.
Teen FictionKBSM (kenangan budak sekolah menengah). Genre: Teen Fiction Watak-watak: Umairah. Uwais. Juan. Fikri. Yasmin. Fatihah. Faqihah. (aku guna semua nama anak-anak saudara aku) Cover by @lonelykidz95 (IG: garf_shadow) Start: Jun 25,2020 End: -