🦋 dua.

383 37 15
                                    

"Kau naik motor Akram," arah along sambil memandang aku.

Aku hilang kata-kata untuk beberapa saat.

Sedang aku kelu termangu dengan arahan tadi, along menoleh ke arahku yang masih kaku berdiri di sisi kirinya.

"Oi, tercegat apa lagi? Cepatlah naik motor tu, kita lambat sampai depan, lepas tu tertinggal bas nanti jangan nak salahkan aku," bebel along yang sedang duduk di atas Honda EX5 abah.

Tangan kanan dan kirinya kulihat sudah pun melekap pada handle grip.

Tadi selepas motosikal kapcai abah ni termati secara mengejut, along suruh aku turun.

Kemudian dia tolak motor ke bahu jalan. Dia buka pelana motor dan periksa kondisi motor. Lepas tu dia cuba hidupkan enjin motosikal ni beberapa kali, tapi gagal dihidupkan.

Aku tanya along; minyak habis ke? Tapi dia buat bodoh je tak layan soalan aku. Siot punya abang.

Jadinya aku tak tahulah apa masalah motor ni dan aku pun tak tahu apa masalah along yang kedekut sangat nak bersembang dengan satu-satunya adik yang dia ada kat dunia ni.

Selang beberapa minit kami berdua tersadai di tepi jalan, muncul sebuah motosikal melintasi kami.

Along terus menahan motosikal tersebut dan meminta bantuan lelaki berseragam Sekolah Menengah Kebangsaan itu untuk tolong tolakkan motor abah ni sampai ke stesen minyak depan sana.

Sebab bas sekolah yang aku dan along selalu naik untuk ke sekolah kami, akan ambil kita orang kat tepi simpang yang berhampiran dan berhadapan dengan pam minyak tu.

Anak mataku bersilih ganti bergerak memandang along dan kemudian ke arah Akram yang setia menanti aku untuk membonceng motosikalnya.

Jadah apa aku kena naik motor lelaki lain? Along aku ni tak betul ke apa?

Aku dan along memang la kenal Akram ni. Dia tua setahun daripada aku dan muda setahun daripada along.

Dulu masa sekolah rendah, kita orang sama-sama satu sekolah. Bila dah masuk sekolah menengah, aku dan along bersekolah luar dari kawasan felda. Akram pula bersekolah kat dalam kawasan felda ni.

Berbalik kepada permasalahan motor tak hidup.

Tahulah motor abah tu rosak, tapi tak boleh ke along yang bawa motor Akram ni sekejap dan Akram naik motor abah? Lepas tu aku bonceng along dan along tolaklah motor abah yang Akram naik tu nanti. Ke macam mana sepatutnya?

"Oi Merah. Cepatlah! Kita dah lambat ni," sergah along.

Aku yang terkejut dengan sergahan abangku itu terus naik ke atas pelana motosikal abah.

"Naik dengan Akram la bongok," suara along sedikit meninggi.

Aku memasamkan muka sambil turun dari motor abah dan berpindah naik ke atas pelana motosikal Akram dengan penuh keterpaksaan.

Badan motosikal Suzuki Smash Revo milik Akram tidak terlalu tinggi, jadi mudah saja aku naik ke atas pelana motornya tanpa perlu memaut bahunya.

Beg sekolah yang aku galas di belakang, kutukar ke posisi hadapan tubuhku. Halal gap. Aku biarkan kedua-dua belah tanganku memegang palang belakang motor Akram.

Motosikal Akram mulai bergerak dan kaki kanannya menolak motosikal abah yang dinaiki along.

Sempat kujeling tanda geram ke arah along yang langsung tak tengok pun aku.

Bencinya! Kenapalah aku ada abang yang macam ni. Ergh!




.

.

Merah.Where stories live. Discover now