"Teeya ada?" Fikri bersuara selepas mengetuk pintu kelas kami.
"Ada ni tengah tidur," jawabku.
"Bila masa aku tidur?"
Terkejut aku dibuatnya bila tiba-tiba saja Fatihah menyangkal perkataanku.
Tadi rasanya kepala dia terlangkup atas meja. Aku toleh lagi sekali, eh dah berdiri pula. Beg sekolah digalas pada bahagian depan badannya. Kemudian tangannya naik mendakap beg tersebut.
"Bye Merah. Nanti jangan lupa mesej aku," pesannya sambil berjalan menghampiri Fikri yang masih menunggunya di tepi pintu kelas.
"Nak buat apa aku mesej kau? Buat habis kredit aku je."
"Dah tu homework Sejarah yang Cikgu Azrina bagi tadi, yang nak kena submit esok tu aku tak payah buat la eh?"
Dia menyoalku dengan nada sarkastik. Serentak itu langkahnya terhenti di depan meja guru.
"Takyah buat la Teeya. Aku pun malas nak buat. Nanti kalau kena denda, kita sama-sama kena denda. Relaks la, Cikgu Azrina biasa suruh diri atas kerusi je," balasku bernada santai.
"Eh kambing. Aku ni tinggi. Kalau aku kena denda berdiri atas kerusi, kau nak suruh kepala aku tercabut ke terkena kipas?"
Spontan kepala kudongak. Oh ya tak ya juga, aku lupa kipas siling betul-betul berada di atas tempat dudukku dan Fatihah. Tapi biar betul dia punya tinggi boleh sampai ke kipas? Lain la kalau dia panjat meja, ini panjat kerusi je kut. Macam tak logik je.
"Ok la ayam, nanti kambing hantar sms dekat ayam ya? Bye ayam, balik tu hati-hati. Jatuh bangun sendiri."
"Aku ada Fikri boleh tolong angkatkan kalau aku jatuh. Kau ada siapa?"
"Aku ada Allah..." jawabku dengan tangan dan kepala tertuju ke atas. Tadi nak jawab; aku ada along Uwais, tapi tak jadi la. Along aku bukan ambil berat pasal aku pun.
"Masya-Allah bro, deep bro... deep. Dah la Merah, layan kau ni sampai tahun depan pun tak habis. Ok bye, jumpa esok."
Aku membalas lambaian kawan karibku itu. Dia berjalan meninggalkan kelas bersama Fikri.
Fikri dan Fatihah merupakan kembar seiras berlainan jantina. Persamaan ketara yang terdapat pada wajah mereka berdua adalah mata.
Mata mereka berdua sama-sama sepet; baka daripada ibunya yang berketurunan Cina. Mereka juga berkongsi warna iris yang sama iaitu warna hazel.
Selepas pasangan kembar itu berlalu dari kelas kami, aku memandang Juan.
"Kau ada benda nak cakap dengan aku kan sebenarnya?" Tanyaku sambil mula menolak kerusi rapat ke meja menggunakan tubuhku.
Dari tadi Juan dan Fikri hanya jadi pemerhati saat aku menyembang dengan Fatihah.
"Sue minta nak couple balik dengan aku." Juan bersuara rendah. Dia memang selalu bercerita dengan aku perihal aweknya, Sujana.
Sujana ni pelajar dari kelas sebelah. Dia sekelas dengan kembar Fatihah, Fikri.
"Again? Duh, korang tak penat ke asyik putus sambung, putus sambung?" Aku meliarkan mataku ke sekeliling kelas. Kosong. Hanya tinggal aku dan Juan je sekarang ni.
Kami berdua berjalan seiring keluar dari kelas.
"Serius aku dah malas nak fikir pasal dia sebenarnya. So, aku nak minta pendapat kau. Patut ke aku get back dengan dia?"
🍎🍎🍎
Hi everyone. Korang perasan tak, aku taip setiap bab pendek-pendek? Haha. Actually aku malas nak taip panjang-panjang sekali harung.
Plus penat la nak taip panjang-panjang. Aku kadang pelik jugak tengok writers lain yang boleh taip satu bab sampai 3000 words, 7000 words. Pergh salute!
Korang tak kisah kan even story aku ni each chapter aku taip kontot-kontot? Ke korang prefer yang satu bab panjang terus?
ㅡkynagafar ♡
Edited: 14122021
YOU ARE READING
Merah.
Teen FictionKBSM (kenangan budak sekolah menengah). Genre: Teen Fiction Watak-watak: Umairah. Uwais. Juan. Fikri. Yasmin. Fatihah. Faqihah. (aku guna semua nama anak-anak saudara aku) Cover by @lonelykidz95 (IG: garf_shadow) Start: Jun 25,2020 End: -