🦋 tiga.

284 36 25
                                    

Hai. Sebelum terlupa, for your information; latar masa untuk cerita ni adalah pada tahun 2007 — 2010. Happy reading! ♡
ㅡkynagafar

🍎🍎🍎

Aku meliarkan pandangan ke serata kelasku mencari seseorang. Riuh rendah melatari ruang kelasku saat ini.

Tadi sebelum Cikgu Izro Aina keluar kelas, dia sempat menyuruh aku, Nabil, Taufiq, Khairil dan Sufian untuk siapkan latihan yang tertangguh tu, hari ini juga. Dan dia nak kami berlima hantar latihan tu sebelum balik sekolah.

Sekarang ni sepatutnya subjek Mantiq. Tapi kebetulan Ustazah Rose tak masuk kelas dan tiada guru relief. Maka sempatlah aku menyiapkan kerja sekolahku itu sebelum guru mata pelajaran Sejarah masuk. Kerana sekejap lagi masa untuk subjek Sejarah pula.

Mejaku berada di bahagian tengah kelas. Tempat dudukku tidak terlalu depan dan tak terlalu belakang.

Aku menyorong buku latihan Sains milik Fatihah ke sisi lengan kirinya.

"Teeya, thank you," ucapku dengan muka tak tahu malu sebab baru lepas copy jawapan daripada buku kawan baikku itu.

"Takde hal, bro," jawab Fatihah ringkas tanpa menoleh. Khusyuk betul dia menconteng mejanya dengan liquid paper.

Sesekali dia menggoncang badan liquid paper itu dan kemudian memicitnya ke atas meja melakar wajah Alviss. Salah satu watak dalam anime Märchen Awakens Romance.

Permukaan meja gadis itu sudah hampir dipenuhi dengan bermacam wajah character anime kegemarannya yang dilukis sendiri.

Meja kelas kami kesemuanya berbalut dengan kertas pembalut hadiah berwarna hitam plain. Di atasnya pula dilapisi dengan plastik lutsinar. Contengan Fatihah itu berada pada permukaan plastik jernih tersebut.

"Nak?"

Aku menyua seketul lollipop strawberry kepada Fatihah di saat mulutku turut mengulum lagi seketul lolipop berperisa yang sama.

"Selain flavour strawberry takde ke?"

"Tak ada."

Sengih segaris kutayang dengan batang lolipop terkepit pada bibir.

"Strawberry pun strawberry laaa... thanks bro," tuturnya ketika mengambil gula-gula lolipop tersebut dari tanganku.

"Most welcome," balasku ceria.

Mataku kembali melilau mencari kelibat Nabil. Tadi dia cakap nak pinjam buku Sains aku kalau aku dah siap.

Kepala kutoleh ke belakang kelas. Terdapat dua tiga puak budak perempuan kelasku sedang sakan berbual dan bergelak ketawa.

Di hujung kelas berhampiran bakul sampah, Khairil memegang penyapu sambil membuat gaya sedang memetik gitar. Sufian yang berdiri di sebelahnya menyanyi entah lagu apa dengan mengepal penumbuk ala-ala tengah pegang mikrofon. Tapi tangannya tak pegang apa-apa pun.

Budak dua orang tu dah siap ke latihan Sains? Selamba je buat concert kat belakang kelas.

Aku pusing ke kiri. Kulihat crush aku sedang membaca komik. Sempat aku usyar tajuk komik di tangannya dengan kepala terteleng mengintai perkataan dicelahan jari jemarinya. Mind's Eye karya King Kong. Rakan di sebelah mejanya tekun menekan kalkulator sambil membuat latihan Matematik.

Di depan meja crushku pula terdapat ketua kelasku, Juan yang sedang berlawan gusti lengan dengan Taufiq.

Aku memerhati Taufiq yang begitu gigih mahu menumbangkan lengan Juan. Mamat tu dah siap ke homework Sains? Menyempat pula main gusti lengan.

Merah.Where stories live. Discover now