🦋 sebelas.

130 30 18
                                    

Keesokannya, seawal pagi lepas dah mandi, solat subuh dan bersarapan, kami berbaris dan berkawad sebelum berangkat ke hutan rekreasi Gunung Lambak, Kluang.

Perjalanan dari Kem Mahkota Kluang ke Gunung Lambak memakan masa lebih kurang 15 minit dengan menaiki trak tentera.

Sesampainya di sana, kami membuat warming up terlebih dahulu sebelum memulakan ekspedisi mendaki gunung tersebut.

Belum pun sampai separuh gunung tu aku daki, nafasku dah terasa sesak. Badan aku pun dah rasa letih nak mampus. Aku berhenti mendaki dan memberi laluan kepada pendaki lain untuk melepasi aku.

Sebenarnya, tadi masa mula-mula naik gunung ni, aku naik dengan Fatihah. Tapi sekarang Fatihah dah jauh naik ke atas sana sebab aku cakap dengan dia tadi; aku tak boleh dan tak larat nak menyaingi kepantasan kaki dia mendaki.

Botol air mineral yang dibekalkan oleh kem komandan selepas kitorang memanaskan badan tadi aku buka penutupnya. Dengan rakus, aku menonggak air tersebut masuk ke mulut selepas mendongak sedikit.

.

.

.

Langkah aku yang baru setapak bergerak untuk meneruskan pendakian yang terhenti tadi kini tersekat sekejap bila namaku diseru oleh seseorang.

Tak perlu toleh pun aku tahu dah siapa gerangannya. Siapa lagi kalau bukan Juan a.k.a best friend aku? Suara dia ni dah lama terakam dalam kepala aku sejak kami berada di Tingkatan 1 lagi.

Masa tu kebetulan mejanya di depan meja aku. Jadi, dia yang boleh tahan peramah tu tegurlah aku. Dulu, masa mula-mula kenal, kami kerap berbual dan bertukar pendapat time cikgu tak masuk kelas.

Lepas je dia tahu aku ni suka baca komik dan suka kumpul komik, dia terus minta nak pinjam komik-komik aku. Sejak dari tu, aku dan Juan menjadi semakin akrab sampailah sekarang.

"Merah, kau ada air lagi tak? Nak sikit weh. Air aku dah habis." Juan bertanya saat dia berdiri di sebelahku. Tangannya naik menunjuk botol mineralnya yang telah kosong.

"Ada ni. Tapi aku dah minum separuh la, Yan. Kau mintalah air kat budak lelaki lain." Aku menggoyangkan sedikit botol kepunyaanku yang airnya sudah pun tinggal separuh di hadapan mukanya.

Takkan la dia nak minum air yang aku dah minum. Walaupun kitorang berkawan baik, tapi setakat ni memang tak pernah lagi aku dan dia berkongsi makanan dan minuman dalam satu bekas yang sama.

Baru saja aku nak turunkan botol itu, Juan dah pun menyambar pantas lalu meneguk air tersebut sampai habis. Dia meneguk air dari botol aku tu macam dia teguk botol sendiri!

Terlongo aku dibuatnya. Aku sendiri pun minum tak jejak pada mulut botol tu tau.

"Nah. Thanks Merah," ucap Juan sambil menghulur kembali botol mineral aku yang telah pun kosong.

Aku menyambut botol tersebut dan secara spontan aku mengetuk kepala Juan dengan menggunakan botol yang dah kosong tu.

"Auch. Weh sakitlah!" Dia mengusap kepalanya yang kena ketuk tadi.

"Tu makan dia. Siapa suruh kau habiskan air aku, bengong," bebelku ringkas.

Dia hanya tersengih tayang gigi lawanya. Kemudian aku dan Juan meneruskan pendakian bersama-sama.

"Merah, aku peliklah." Juan bersuara di sisiku.

"Apa yang kau pelik?" Tanyaku pula.

Aku kalau boleh malas nak bersembang semasa sedang mendaki. Penat weh bercakap sambil panjat gunung.

Merah.Where stories live. Discover now