🦋 lapan.

166 33 23
                                    

Saat ini aku sedang duduk di tepi meja guru di depan kelasku. Tadi selesai saja Ustaz Fadhlan mengajar, namaku dipanggil ke hadapan untuk menjawab kuiz bulanan bagi subjek Balaghah.

Kuiz yang ustaz ni buat adalah secara lisan. Dia menyoal beberapa soalan dan aku hanya perlu menjawab dengan lisan.

Keluhan terlepas dari bibir Ustaz Fadhlan. Aku hanya tersengih minta penampar apabila semua soalan yang diajukan olehnya sebentar tadi langsung aku tak dapat nak jawab.

"Anti tahu tak, zaman sekarang ni, kalau nak jadi model pun kena ada diploma tau sekurang-kurangnya. Bukan setakat SPM je. Kalau nak harapkan muka je cantik, tapi takde kelulusan, elok jadi suri rumah je," ayat Ustaz Fadhlan itu mematikan sengihanku.

Relaks la ustaz. Ustaz tak tahu ke? Kawan saya ada yang dah jadi model pun sekarang ni even belum ambil PMR apatah lagi SPM.

Tapi member saya tu cuma jadi model sambilan je buat masa sekarang sebab dia masih bersekolah. Lagi satu, kalau sekadar jadi suri rumah sekalipun, berdosa ke?

Saya tanya ni ustaz. Berdosa ke kalau jadi suri rumah? Gema hatiku berbicara sendiri.

"Anti kena ingat, anti ni pengawas. Jadi kenalah bagi contoh dan teladan yang baik kat pelajar lain. Tunjukkan prestasi yang cemerlang. Kalau anti sendiri pun tak dapat nak jawab soalan yang senang macam tadi tu, inikan pula pelajar yang lain. Dah, anti boleh balik tempat duduk anti."

Akhirnya habis juga sesi 'ceramah ringkas' Ustaz Fadhlan untuk aku.

Sepanjang dia menasihatiku, aku cuma diam. Berani mengomel dalam hati je. Kalau melawan terang-terangan, nanti dituduh biadab.

"Terima kasih, ustaz," ucapan itu kuberi atas nasihat yang aku terima.

Aku bingkas bangun dan beredar ke mejaku. Selepas itu, Ustaz Fadhlan memanggil nama rakan sekelasku yang lain pula secara rawak.

"Amacam, bro? Dapat jawab tak?" soal Fatihah prihatin selepas aku melabuhkan duduk di kerusiku dengan wajah yang sengaja dimendungkan.

"Kau rasa?"

"Confirm tak dapat jawab kan? Tengok muka pun dah tahu. Bertabah je la, bro."

Tangan kiri Fatihah menepuk lembut bahu kananku sambil tersenyum senget. Sempat pula dia pujuk aku dengan gaya sarkastiknya.

Mataku mengamati wajah kacukan Melayu-Cina milik Fatihah. Kulit wajahnya bak telur rebus dikupas. Pipi paunya cerah kemerahan.

Tidak seperti aku, nama saja Merah. Tapi pipi aku tak merah pun. Sebab kulit aku kuning langsat dan tidak berapa cerah. Plus kulit aku tak flawless macam Fatihah.

Hidung Fatihah comel terletak elok berserta seulas bibir yang agak lokek dengan senyuman. Pun begitu dia tetap menarik di mataku.

Alis matanya terbentuk cantik di sebelah kanan dan kiri. Matanya yang sepet terlihat redup dengan sinar sepasang iris berwarna hazel yang menawan.

"Apahal kau tenung aku?" Fatihah menyoalku pelik.

"Cantik juga kau ni ek Teeya," senyum segaris terlukis di bibirku. Jarang-jarang nak tengok aku puji kawan baikku ini.

"Aik baru tahu ke? Aku memang cantik... tapi bro, kau pun cantik jugak. Semua ciptaan Allah; cantik dan unik."

"No. I'm not pretty," sangkalku.

"Yup. You're not pretty. But you are beautiful. Aku suka tengok mata kau," katanya.

"Sebab?" Kedua-dua belah keningku terangkat mendengar bicara Fatihah.

Merah.Where stories live. Discover now