"Hai Akram."
Tanganku naik membuat peace separas telinga semasa menyapa kekasih hati Yasmin itu. Bibir turut kukoyak senyum segaris.
"Hai Merah."
Lelaki yang bernama Akram itu tersenyum kecil sambil membalas sapaanku.
Wajahnya tiada riak terkejut ketika melihatku. Ini bermaksud Yasmin sudah memaklumkan kepadanya akan keberadaanku di sini.
Aku tak sangka Akram yang pernah minta nombor telefon aku tahun lepas, tiba-tiba je tahun ni dia couple dengan Yasmin. Daebak tak? Daebak kan.
"Dah tak nak sambung main buai ke?" soal Akram.
Nada suaranya agak janggal. Dia memandangku sambil membetulkan cap di kepalanya. Aku masih berdiri di hadapannya dan juga Yasmin.
Mesti tadi dia nampak aku seronok main buai. Sebab tu dia tanya gitu.
"Nak, tapi budak tu nak main pulak. So terpaksa la aku stop main," balasku sambil memuncung mulut ke arah dua orang budak tadika yang sedang bermain buaian yang aku gunakan sebentar tadi.
Akram sekadar mengangguk tanda faham. Yasmin pula menarik lenganku dan meminta aku duduk di sisi kirinya.
"Merah, kau tahu tak macam mana aku dengan Akram boleh kenal and then couple?" Yasmin menyoal aku.
"Sebab korang kan berjiran," jawabku mudah.
"Nope." Yasmin menggeleng.
"Kau kata kau jiran Akram?"
"Memanglah kitorang berjiran, tapi aku mana pernah bersembang dengan dia ni."
"Hah? Macam mana tu?" tanyaku dengan muka blur.
Tak pernah bersembang tapi tetiba boleh bercinta? Dah tu, takkan la parents diorang berdua yang suruh diorang ni couple?
"Masuk je sekolah menengah, aku pun macam kau Merah, tak sekolah kat sini. Akram ni je yang sekolah kat sini. Masa sekolah rendah dulu pun, aku memang jenis tak rapat dengan anak-anak jiran aku. Bila dah besar, lagi la takde masa aku nak berkomunikasi dengan diorang."
"Okay... so, apa kaitannya? Aku still tak faham weh..."
Dulu Yasmin sekolah menengah dari Tingkatan 1 sampai Tingkatan 3 kat Madrasah Arabiah Kluang. Masuk Tingkatan 4 tahun ni baru dia pindah ke sekolah aku.
"Alaaa baby, biar anje je la yang explain kat Merah," sampuk Akram sambil spontan tangannya memegang tangan Yasmin.
Hujung bibirku terjongket sedikit bila mendengar nama timangan mereka berdua. Apa Akram cakap tadi? Baby? Anje? Uwekkk, baldi mana baldi? Aku nak termuntah ni.
"Merah, kau tautak, disebabkan kau la kitorang kenal dan lepas tu kitorang couple," ujar Akram selepas Yasmin mengangguk membenarkan buah hatinya menjelaskan kepadaku bagaimana mereka boleh saling mengenali dan kemudian bercinta.
"Oi oi, sorry sikit. Aku takde kena mengena dengan relationship korang berdua," sangkalku.
Suka suki je mamat ni nak tuduh aku punca diorang bercinta. Cantik sikit eh. Aku tak pernah pun kenalkan diorang berdua.
"Betul Merah. Kau la punca kitorang berkenalan and bercouple." Yasmin pula bersuara.
"What the fish? Apa kaitan dengan aku pulak ni?" kataku penuh kebingungan.
"Kau ingat tak aku pernah minta number phone kau tahun lepas?" Akram menyoalku.
"Ingat," jawabku ringkas.
YOU ARE READING
Merah.
Ficção AdolescenteKBSM (kenangan budak sekolah menengah). Genre: Teen Fiction Watak-watak: Umairah. Uwais. Juan. Fikri. Yasmin. Fatihah. Faqihah. (aku guna semua nama anak-anak saudara aku) Cover by @lonelykidz95 (IG: garf_shadow) Start: Jun 25,2020 End: -