🦋 dua puluh sembilan.

73 27 5
                                    

Aku berdiri statik di luar dan betul-betul di tepi pintu tandas pelajar perempuan. Tangan kananku berehat di dalam saku baju kurung sekolahku yang berwarna biru. Mulutku mengepit batang lolipop seperti biasa.

Berdirinya aku di luar tandas ni sebab aku malas nak tunggu Yasmin kat dalam yang sedang melunaskan hajatnya.

Aku tak nak teman Yasmin sebenarnya, tapi dipaksa juga aku untuk menemaninya. Dia cakap; bukan sebab takut nak pergi tandas seorang diri, tapi kalau pergi tandas memang kena ada teman untuk diajak berbual.

Masalahnya nak berbual apa benda time dia berak kat dalam dan aku pula tunggu kat luar kawasan koridor ni. Takkan nak berbual sambil terjerit-jerit.

Sedang aku terpacak macam pak guard di tepi pintu tandas sambil layan jiwa, tiba-tiba bahuku dirempuh oleh tubuh seseorang yang baru muncul. Dan manusia tersebut terus masuk ke tandas tanpa menghulur kata maaf kepadaku sebab dah terlanggar bahu aku.

Oh atau mungkin dia memang sengaja? Sebab aku sempat menangkap senyuman sinis yang terukir di hujung bibir pelajar perempuan tingkatan 5 itu selepas dia melanggar bahuku sebentar tadi.

Kalau pun betul dia sengaja, tapi atas sebab apa? Dia tak puas hati dengan aku ke? Dia tahu aku ni adik along Uwais ke? Dia tak suka aku sebab along Uwais reject dia ke macam mana? Tapi apa kaitan dengan aku? Along yang reject dia, apahal pula dia nak benci aku?

Mulut kuherot ke kanan sambil dahi berkerut memikirkan alasan mengapa Kak Erina melanggar bahuku sebentar tadi.

"Oi, jom masuk kelas. Berangan apa tu?"

Aku yang sejak tadi terkaku di tepi pintu tandas setelah bahuku dirempuh kasar oleh Kak Erina menoleh ke kiri. Yasmin bertanya sambil kening kirinya terangkat.

"Berangan kahwin dengan Optimus Prime," jawabku spontan.

"Gila ke apa berangan kahwin dengan Transformers?"

🍭

Waktu rehat tiba lagi. Cerita ni memang banyak scene waktu rehat je kalau kau perasan. Penulis ketandusan idea nak buat scene waktu p&p.

Hari ni aku dan Fatihah bertugas di kantin. Kami berdua berdiri sebelah menyebelah tapi berjarak dalam tiga meter.

Aku memandang para pelajar yang sedang beratur untuk membeli makanan. Tadi diorang tak beratur pun, lepas Fatihah tegur suruh beratur, terus berbaris elok.

Kepala kutoleh ke arah Fatihah. Kelihatan dia tekun memerhatikan para pelajar yang sedang menikmati makanan masing-masing di meja kantin.

Mataku turut meliar ke sekitar kantin dan pandanganku terhenti pada satu meja yang dihuni oleh empat orang pelajar lelaki, seorang pelajar perempuan dan seorang guru lelaki. Mereka berenam duduk semeja makan bersama-sama sambil berbual dan ketawa.

Dua daripada empat orang pelajar lelaki itu adalah Juan dan Nabil. Lagi dua orang merupakan pelajar tingkatan 5 dan aku tak tahu nama mereka berdua.

Pelajar perempuan yang tersesat kat meja tu pula adalah Yasmin. Manakala guru lelaki yang turut tersesat di meja itu merupakan Ustaz Hanif.

Jangan tanya kenapa dua ketul makhluk tu tersesat kat situ sebab memang hari-hari pun Yasmin dan Ustaz Hanif akan makan semeja dengan empat orang pelajar lelaki tu. Dan diorang berenam dah jadi geng makan waktu rehat sejak beberapa bulan yang lalu.

Merah.Where stories live. Discover now