"Lebatnya hujan, macam mana kita nak pergi bus stop ni... kau takde bawa payung ke Merah?" Yasmin menyoalku.
Aku menjawab soalan Yasmin itu dengan gelengan. Aku memang tak pernah bawa payung pergi sekolah. Maleh aku.
Kami berdua sedang berdiri di hadapan pintu kelas kami. Budak-budak kelas kita orang semuanya dah balik ke asrama.
Diorang boleh balik asrama dengan jayanya waktu hujan macam ni sebab dia orang lalu kat laluan susur gajah yang bersambung di antara bangunan kelas dengan bangunan asrama.
Hujan yang turun membasahi bumi saat dan tika ini tidak nampak langsung tanda-tanda mahu berhenti dalam masa terdekat. Kalau aku dan Yasmin tidak pergi ke bus stop sekarang, mungkin bas sekolah yang kami naiki akan meninggalkan kami berdua.
Susur gajah untuk ke bus stop tidak disediakan di sekolah ini. Selepas aku dan Yasmin berjalan meninggalkan kelas, kami berdua berteduh sebentar di kantin. Tadi aku dan Yasmin melalui susur gajah untuk ke sini.
"Oi budak kecik, kau pun tak balik lagi ke?"
Aku menoleh ke kanan. Terpacak Fatihah berdiri di situ sambil memeluk beg sekolahnya yang disandang di hadapan tubuhnya. Dia memang suka pakai beg sekolah gaya macam orang tengah mengandung. Fikri pula berdiri tidak jauh darinya.
"Aku nak balik la ni makcik oi. Masalahnya hujan lebat sangat. Nak pergi bus stop pun takleh. Kau ada payung tak? Pinjam dulu weh, esok lusa aku pulangkan," kataku sambil mendongak sedikit ke arah Fatihah.
Ketinggian aku cuma paras bibir Fatihah saja. Dasar comel, memang macam ni.
"Takde bro. Biasanya Key yang rajin bawa payung, tapi hari ni dia tak bawa pula," balas Fatihah.
"Siapa Ki?" Yasmin menyampuk di belakangku.
"Kembar aku," jawab Fatihah sambil memandang kembarnya yang sedang tekun bertafakur merenung curahan hujan rahmat yang semakin menjujuh.
"Nama dia bukan Fikri ke? Datang dari mana pulak nama Ki?"
Yasmin menyoal dengan wajah yang dipenuhi tanda tanya.
"Dulu masa kecik, nickname dia Fiqi. Tapi bila dah besar sikit, dia upgrade la nama dia jadi Qi. Nak lagi sedap, dia suruh eja K-E-Y... haaa macam tu la ceritanya," jelas Fatihah dengan tangan yang masih memeluk beg sandangnya.
Sedang kami bertiga berbual kosong, muncul Ustaz Hanif di sisi kami.
"Tak balik lagi Merah?" sapanya ramah.
"Belum, ustaz. Hujan lebat sangat, terpaksa la kitorang berteduh dulu kat sini. Harapnya bas yang kitorang naik tu tak tinggalkan saya dan Yasmin. Ustaz pulak, buat apa tak balik lagi?"
Aku dan Yasmin berulang alik ke sekolah dengan menaiki bas. Walaupun sekolah ni ada asrama, tapi kitorang sengaja tak nak stay asrama.
Fatihah dan Fikri pula tak naik bas. Pasangan kembar seiras itu sedang menunggu driver datuk mereka datang untuk menjemput mereka berdua. Rumah Fatihah dekat je dengan area sekolah ni. Rumah dia tidak sejauh rumah aku dan Yasmin.
"Aku baru je lepas lunch dengan Yan."
"Mana Yan? Saya tak nampak pun dia."
Kepalaku tertinjau mencari kelibat Juan di sekitar kantin.
Special betul Juan. Makan lunch berdua je dengan cikgu kat kantin. Tak payah beratur makan tengah hari kat dewan makan.
"Aku suruh dia pergi bilik guru sekejap."
YOU ARE READING
Merah.
Teen FictionKBSM (kenangan budak sekolah menengah). Genre: Teen Fiction Watak-watak: Umairah. Uwais. Juan. Fikri. Yasmin. Fatihah. Faqihah. (aku guna semua nama anak-anak saudara aku) Cover by @lonelykidz95 (IG: garf_shadow) Start: Jun 25,2020 End: -