🦋 dua belas.

131 33 14
                                    

"Merah, aku nampak abang kau kat bilik disiplin."

Aku pandang Juan sambil berkerut. Ketua kelasku ini baru masuk ke kelas selepas menghantar buku latihan Matematik kami di bilik guru.

"Dia buat apa kat situ?"

"Mana aku tahu. Dia dengan dua orang budak kelas dia."

"Siapa?"

"Alaaa, kalau aku sebut nama diorang pun, bukan kau kenal. Tapi diorang berdua ada berdiri sekali atas pentas dengan abang kau time perhimpunan pagi tadi."

Memang pagi tadi along dan dua orang pelajar lelaki kena denda berdiri sebelah tepi kat atas pentas tapak perhimpunan. Cuma aku tak tahu la apa kesalahan yang along dah buat.

"Along aku buat hal ke? Kau nampak dia kena denda lagi ke apa kat bilik tu?"

"Taktau la weh. Kau pergi la tengok sendiri. Tadi aku nampak diorang bertiga baru nak masuk bilik tu."

Aku bergegas ke bilik disiplin. Kebetulan pula Ustazah Aishah belum masuk kelas untuk subjek Bahasa Arab Komunikasi.

Sesampainya aku di depan bilik disiplin yang bersebelahan dengan bilik guru, aku hanya berdiri mematung di situ. Daun pintunya terpelahang. Mataku tertancap pada tubuh seorang lelaki yang sedang melibas rotan pada punggung along.

Aku termangu sendirian saat melihat lelaki yang cukup kukenali sedang merotan along. Wajah lelaki itu sukar dimengerti. Lelaki itu adalah abah. Abah datang ke sekolah ni dan merotan along? Tapi kenapa?

Manakala Ustaz Zamri selaku guru disiplin hanya duduk di kerusinya. Pandangan matanya tertumpu pada abah dan along di hadapannya.

Aku tak nampak pula dua orang kawan sekelas along di situ. Entah di mana mereka berdua, aku malas nak ambil tahu.

Sekarang ni aku cuma nak tahu, apa yang along dah buat. Sehingga guru disiplin bertubuh sederhana gempal itu sanggup menelefon dan meminta abah untuk datang ke sekolah.

Sekolah aku ni bukannya dekat. Jarak dari rumah aku nak ke sekolah ni memakan masa hampir 25 minit. Kesian abah, datang sini dari jauh hanya untuk sebat along.

Aku turut risau akan along kalau betul dia ada buat masalah. Macam mana kalau lepas kena rotan ni, dia digantung sekolah? Atau lebih teruk lagi, dibuang sekolah? Tahun ni dah la dia nak ambil SPM.

Disebabkan aku dah penat tengok scene abah merotan along di punggung, maka aku pun beredar masuk ke kelasku semula.

Macam lebih 10 kali je tu abah rotan along. Aku yang tengok pun rasa sakit. Apatah lagi along yang kena rotan.

Masa aku masuk ke kelas, semua mata tertumpu ke arahku.

"Awak dari mana ni, Umairah?" Ustazah Aishah menyoalku.

Eh, aku tak perasan pula guru Bahasa Arab Komunikasi ni dah ada dalam kelasku. Sebab tu tadi aku main masuk je kelas tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Otak aku masih melayang pada insiden yang baru kulihat sebentar tadi.

"Maaf cikgu. Saya dari toilet." Aku berbohong.

"Toilet mana yang awak pergi? Setahu saya, toilet kat hujung sana. Tapi awak datang dari arah sana."

Guru muda itu mempersoalkan jawapanku sambil kening kanannya terjongket ke atas. Sebiji macam kening Ziana Zain.

"Saya pergi tandas blok sebelah."

"Kenapa tak pergi tandas yang dekat je?"

"Sebab saya suka guna tandas blok sebelah."

"Macam-macam la awak ni..."

Sengihan kuberi sambil berdiri di tepi mejaku.

Tergeleng kepala Ustazah Aishah mendengar jawapan bangangku. Kemudian dia menyuruhku duduk dan mengeluarkan buku teks Bahasa Arab Komunikasi.

Kalau aku cakap aku dari bilik disiplin, nanti lebih panjang pula persoalan yang akan dibangkitkan oleh Ustazah Aishah. Maleh aku.


🍏🍏🍎🍎 to be continued...

Hi. Ada lagi ke yang nak baca cerita ni?






 Ada lagi ke yang nak baca cerita ni?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Edited: 03012022

Merah.Where stories live. Discover now