"Jadi kau dah boleh move on dari Gempa?"
Pertanyaan Glasier di sambut anggukan daripada Frostfire.
Readers dan Glasier berpandangan lalu tersenyum.
"Ya, walaupun agak susah. Tapi aku akan cuba." kata Frostfire dengan senyum tipis.
"Ya, memang susah nak lupakan cinta pertama. Tak apa Frosty kalau kau tak dapat dia, masih ada yang tengah tunggu kau."
Glasier mengerling ke sampingnya, Readers yang perasan akan kerlingan Glasier padanya mengangkat kening tanda bingung.
Dahi Frostfire berkerut, melihat tingkah aneh kedua kawan dihadapannya.
"Really? Who?"
Glasier tersenyum senget. "Kalau kau nak tau Readers ada crush dengan kau."
Readers membulatkan matanya apabila mendengarkan itu, manakala Frostfire tercenggang. Anak matanya memandang gadis yang duduk berhadapan dengannya.
"Wahh, aku tak sangka yang kau ada crush dengan aku." Frostfire tersenyum menyakat.
Wajah Readers memerah, Glasier sudah ketawa terbahak-bahak melihat hal itu. Namun, ketawanya terhenti apabila kepalanya dilempang Readers.
Dia meringis. "Sakit bongok!"
"Kaulah bongok! Dasar uke genit yang suka membawang!"
Readers terus melesap pergi di hadapan kedua lelaki itu dengan perasaan marah dan malu.
Glasier dan Frostfire menghantar kepergian kawan mereka itu, tidak lama kemudian mereka ketawa.
"Betul ke Glacy?"
"Yap! Dah lama tau, kau tak perasan ke?"
Gelengan kepala daripada Frostfire, buatkan Glasier mendengus.
"Dasar tak peka. Macam mana kau nak peka, kalau otak kau tu mereng. Asyik nak ambil jodoh orang aje."
"Tau pun."
"Gila."
Frostfire terkekek geli hati, Glasier menggulingkan matanya ke atas.
"Thanks atas infonya Glacy, sepertinya aku ada mangsa baru hehehe. Thanks again baby."
Baru sahaja tangan Frostfire mahu menyentuh pipi Glasier, tangannya dipegang seseorang.
Mereka berdua menoleh pada si pelakunya. Supra.
"Berani kau babykan bini aku Frostfire?"
Lagi, Glasier menggulingkan matanya melihat kecemburuan sang suaminya.
Frostfire senyum senget. "Kenapa pula? Dia kan baby aku juga?"
Dengan sengaja, Frostfire memanasi Supra.
Wajah Supra masam, anak matanya menatap garang pada sepupunya. Kalau ada laser, sudah lama dia laser orang di hadapannya dengan sekali tatapan mata.
"Kau nak gaduh ke setan?"
"Mehh lah nak gaduh setan."
Glasier menghela nafas, sepertinya akan ada perang dunia untuk tahun 2021.
"Sudah, korang tak malu ke? Nanti orang pan.."
Ucapan Glasier terputus, apabila mereka berdua sudah berdebat dan sudah siap dengan kekuda masing-masing. Bersedia untuk berperang.
"Korang ni.."
Bugh! Bugh!
Seusai membelasah kedua malaun itu, Glasier segera meninggalkan mereka berdua dengan wajah puas hati.
"Aduh, sakitnya."
Supra dan Frostfire meringis sakit sambil menyentuh mata mereka yang mulai membiru dan bengkak atas pukulan padu daripada Glasier.
•••••
"Hey, kau buat apa kat sini malam-malam Gem?"
Halilintar mendekati Gempa yang sedang duduk di bangku halaman rumah mereka sambil memandang langit malam.
Halilintar melabuh duduk di sebelah Gempa, dia menoleh. Sepertinya Gempa tidak perasan akan kehadirannya. Dia merangkul bahu Gempa, perbuatannya menyentakkan Gempa daripada lamunan.
Dia menoleh dan mendapati Halilintar sedang memandangnya.
"Kau okey?" soal Halilintar.
Gempa tersenyum, dia menyandarkan kepalanya pada dada sang suami. Anak matanya kembali memandang kegelapan langit malam.
"Okey aje, kenapa?"
"Tak ada. Kau termenung jauh aje tadi, fikirkan apa ha?"
Bibit-bibit cemburu keluar, Gempa tertawa kecil.
"Ishh, kau ni tau nak cemburu aje. Mana ada fikirkan apa pun, aku cuma nak tenangkan fikiran."
Halilintar mencebik.
"Mana tau kau ada niat nak cari suami baru."
"Kalau ya, sudah lama aku ajak dia kahwin lari. Tak perlu minta restu kau."
Wajah Halilintar masam, Gempa pula sudah ketawa.
"Jahat!"
Hening membaluti suasana mereka.
Hembusan angin malam yang makin dingin, membuat mereka menggigil kesejukkan.
"Jom masuk Gem, angin malam ni sejuk pula. Jom."
Halilintar bangun, tangannya disua pada Gempa.
Gempa menyambut huluran itu, dia turut bangun daripada duduknya.
"Jom."
Jari-jemari mereka saling menyelit antara satu sama lain dan tergenggam kemas.
Mereka berdua berpandangan dan tersenyum manis.
Tbc...
35 vote for next chapter 💕
Book ni sedang dalam proses untuk ditutup :v
YOU ARE READING
Mr. Soft (HaliGem) [C]√
Romance"Selembut-lembut dia, akan ada juga kasarnya." Warning! Yaoi! Uke!pregnant Don't like, don't read! Start : 27/10/2020 End : 5/4/2021 Status : [Complete!]