Part 13

1K 103 6
                                    

"Uwek!"

Bunyi suara orang muntah, mengejutkan Gempa daripada tidur lenanya.

Kelopak matanya terbuka dan dia menoleh ke samping untuk melihat keberadaan Halilintar.

Tiada. Sepertinya suara orang muntah itu, berasal daripada suaminya.

Gempa melompat bangun, dia turun dari katil dan menuju ke bilik air.

"Linlin, kenapa ni? Kau okey?"

Halilintar memalingkan wajahnya dari sinki ke arah suara yang menegur.

"Ah Gem, maaf sebab dah bangunkan kau. Aku okey aje, cuma tiba-tiba rasa mual. Aku rasa, mungkin tersalah makan kut. Kau jangan risau lah."

Halilintar tersenyum tipis, lantas dia mencuci mukanya yang terasa lesu dan tidak bermaya itu.

Gempa yang melihat keadaan suaminya, hinggap rasa kasihan. Sudah hampir satu minggu Halilintar mengalami muntah-muntah. Dan kadang-kadang ada juga, si suaminya itu mengidam makanan yang diluar akal sihatnya. Betul apa yang pernah kawannya cakap sebelum ini.

Benaknya terfikir akan perbualannya dengan kawannya seminggu yang lepas.

Betul ke aku mengandung? Desis hati Gempa.

Puk!

"Sayang, are you okay?"

Gempa tersedar daripada lamunannya, dia pandang wajah risau Halilintar dengan mata terkebil-kebil.

"Hm? Ha apa? Kau ada cakap apa-apa ke?"

Halilintar hela nafas. Kepala Gempa diusapnya lembut.

"Tak ada apa. Kenapa termenung hm? Orang panggil pun tak dengar, fikirkan apa hm?"

"Nothing. Kau dah okey? Ada rasa nak muntah lagi?" Gempa dengan cepat menukar topik.

Halilintar berdecih lalu kepalanya digeleng perlahan. Bahu Gempa dirangkul dan ditarik merapat padanya.

"Dah okey sikit, jom sambung tido. Kesian kat kau, sebab terganggu dengan suara aku. Maaf ya sayang."

Gempa tersenyum sambil melingkarkan tangannya pada pinggang Halilintar.

"It's okay hubby."

"Aku tetap rasa bersalah."

"Ishh, tak apa. Dah, jangan nak rasa bersalah sangat. Aku okey aje lah."

"Hm, yelah.

Mereka berdua melangkah keluar daripada bilik air dan menuju ke arah katil.

"Linlin.."

"Hmmm?"

"Misalnya, Gem pregnant.. Apa Linlin suka?"

Pandangan mata mereka beradu lama. Halilintar diam sejenak, tidak lama kemudian dia tersenyum manis. Pipi tembam isterinya dicubit.

"Mestilah suka, kan benda ni adalah sesuatu yang sudah lama kita tunggu. Permata kita. Kenapa tanya? Gem pregnant ke?" ujar Halilintar dengan nada suara kedengaran berhati-hati. Takut jikalau tersalah kata nanti, hati Gempa akan terluka.

Gempa tersenyum hambar. Kepalanya digeleng.

"Tak. Gem cuma tanya aje. Maaf Linlin.."

Halilintar hanya memandang wajah Gempa. Dia tersenyum tipis lalu dahi Gempa dikucupnya perlahan.

"It's okay sayang. Tak apa, rezeki kita belum ada. Dah jangan sedih pasal ni, jom tido."

Gempa hela nafas dalam diam. Dia berasa bersalah kerana memberi harapan pada Halilintar. Dia tahu, walaupun Halilintar nampak seakan tidak peduli dan selalu menyemangati dengan kata-kata itu. Tapi, dia tahu dalam hati lelaki itu sangat kecewa.

Namun, Halilintar tidak pernah menunjukkan rasa kecewanya. Gempa tahu dan dia rasa sangat bersalah.

Tidak semena-mena, tubir mata Gempa berair.

"Maafkan aku Halilintar.. maaf.."

Mendengar tangisan Gempa yang tiba-tiba itu buatkan Halilintar risau dan mengelabah. Wajah Gempa dipegangnya.

"Hey, kenapa nangis ni. Aku ada sakitkan hati kau ke? Kalau ada maafkan aku Gem. Dah jangan nangis, kau buat hati aku sakit tengok kau nangis."

Pujukan Halilintar tidak berbuah hasil apabila tangisan Gempa makin menjadi-jadi. Kerana bingung, Halilintar hanya mampu memeluk Gempa dan mengusap belakang tubuh Gempa agar dengan itu mampu menenangkan isterinya.

"Shh.. Dah jangan nangis. Kau okey tak ni? Tiba-tiba aje nangis, kenapa? Aku ada salah ke? Please jangan buat aku susah hati, Ouro.."

Gempa tidak menyahut malah dia membalas pelukan Halilintar. Wajahnya disembamkan didada Halilintar.

"Maaf.."







Tbc...

30 lebih for next chapt! 😎

Maaf kalau chapter ni sikit ke laut... Huhuhuhu...

Mr. Soft (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now