"Ouro.."
"Ya?"
Gempa yang sedang menepuk bantal, menyahut perlahan.
"Cepat lah baring sini." rengek Halilintar.
Gempa simpan senyum. "Ishh, nak baring lah ni. Sabar lah sekejap."
"Cepatlah.." lengan baju tidur Gempa, ditarik-tarik oleh Halilintar.
"Yelah, yelah. Tak menyabar betullah dia ni." omel Gempa. Dia segera membaringkan tubuh di sebelah Halilintar.
Tubuh mereka ditutupi dengan selimut.
"Sayang, mengadap lah kat sini. Buat apa pandang siling? Aku nak tengok muka kau sebelum tido, nanti tido aku tak lena kalau tak tengok muka comel kau tu."
Pipi Gempa berona merah. Dasar si lembut bermulut manis. Suka sangat buat orang malu.
"Sayang.."
"Ishh,yelah!"
Gempa mengiring tubuhnya ke kiri, menghadap sang suaminya. Wajah Halilintar masam, mungkin kesal dengannya.
Chup!
Halilintar terkedu apabila bibirnya di serang tiba-tiba.
"Dah, jangan nak masam sangat muka tu. Dah macam asam keping aje, Gem tengok. Senyum babyboi.."
Gempa mencubit-cubit pipi suaminya kerana geram, lalu dia melabuhkan ciuman pada seluruh wajah Halilintar.
Halilintar ketawa kegelian dengan serangan Gempa itu. Namun, dia tidak pula menghentikan perbuatan Gempa tersebut.
"Sudah Gem, tak boleh nafas."
Gempa menghentikan perbuatannya. Mereka berdua berpandangan sejenak, sebelum tawa mereka bersatu.
Halilintar menarik tubuh Gempa masuk ke dalam dakapannya. Ubun-ubun Gempa dikucupnya bertalu-talu.
"Nakal eh sekarang, kesayangan aku ni? Siapa ajar hm?"
Gempa ketawa geli hati apabila ciuman Halilintar beralih ke lehernya.
"Halilintar. Dia yang ajar aku jadi nakal, wiuwiu.."
"Yeke? Nakal dalam erti yang macam mana?"
Kening Halilintar terjongket beberapa kali dengan senyuman nakal. Gempa memukul dada Halilintar lalu dia mendekatkan mulutnya pada telinga Halilintar dan berbisik.
"Projek rumahtangga, hehehe wiuwiu.."
"Buat malam ni?"
"On!"
Tbc...
YOU ARE READING
Mr. Soft (HaliGem) [C]√
Roman d'amour"Selembut-lembut dia, akan ada juga kasarnya." Warning! Yaoi! Uke!pregnant Don't like, don't read! Start : 27/10/2020 End : 5/4/2021 Status : [Complete!]