Part 14

985 100 7
                                    

"Kahwin dah nak dekat 3 tahun, tapi tak dapat anak lagi? Mungkin isteri kau tu barang rosak, sebab tu buat pun tak dapat apa pun. Baik buang aje."

Sudut bibir Halilintar terangkat sebelah apabila mendengar hinaan daripada kedua kawannya pada isterinya. Wajah kedua lelaki yang duduk di hadapannya dipandang datar dan tajam. Sakit pula hatinya.

"Adab korang simpan kat mana hm? Kat punggung eh? Sedap betul bahasa, mulut korang sebiji macam bangkai. Busuk."

Kedua lelaki itu ketawa mengejek apabila disindir pedas oleh Halilintar.

"Tch, wey kawan pondan kita ni terasa lah. Tapi, betul apa yang kita cakap tu. Barang rosak baik buang aje, cari yang baru aje lah Hali. Fresh dan hot."

Mereka berdua ketawa menghina. Suka sekali menyakiti perasaan orang di hadapan mereka itu.

Bebola mata Halilintar terguling ke atas. Muak dengan kata-kata orang di hadapannya. Kenapa lah dia boleh berkawan dengan orang macam ni?

"Kau ingat isteri aku ni barang ke? Bila dah dapat apa yang nak terus buang  macam sampah? Sorry to say lah, aku bukan orang macam korang. Sebab bagi aku, Gempa tidak ternilai berapa harganya. Dia sangat bernilai melebihi emas. Aku tak perlukan emas, sebab Gempa sudah cukup untuk jadi emas dalam hati aku."

Halilintar tersenyum sinis, dia bangkit dari kerusi. Wajah terkesima kedua kawannya dipandang.

"Aku sangat menghargai apa yang aku miliki. Jika kami tidak dikurniakan permata, cukup Gempa yang jadi permata dan berliannya. Dia sudah cukup untuk aku."

Halilintar berjeda sejenak sebelum kembali bersuara.

"Aku dah muak kawan dengan korang yang hatinya busuk melebihi bangkai najis. Hati terlampau hitam sangat, asyik hina orang yang bahkan tiada salah dengan korang. Jangan sampai korang yang kena batunya sendiri nanti, barulah korang tau langit tu tinggi ke rendah. So jaga sikit adab tu ya?"

"Kita putus kawan, aku tak nak ada kawan yang fake macam korang. Waktu lunch dah habis, aku masuk kerja dulu. Bye ex-friends."

•••••

Gempa bergerak gelisah di tempat duduk menunggu. Bibir bawahnya digigit. Dia sedang menunggu namanya di panggil oleh kerani hospital.

Setelah berfikir panjang selama beberapa hari, akhirnya Gempa mengalah dan datang ke hospital untuk membuat pemeriksaan ke atasnya.

Perasaan Gempa terbahagi kepada dua, antara gelisah dan takut akan apa yang dia hadapi nanti.

Dia takut diserang rasa kecewa untuk sekian kalinya dengan apa yang akan doktor katakan nanti. Dia takut dikecewakan lagi.

"Gempa. Sila masuk ke ruangan doktor pakar puan sekarang."

Gempa tersedar daripada lamunannya apabila namanya di panggil oleh pembesar suara, lantas dia berdiri.

Kedua tangannya saling bertaut erat bahkan tangannya habis bermandikan peluh. Terlampau gugup.

"Semangat Gem, apa pun keputusannya nanti. Kau tak boleh sedih, tetap senyum walaupun ianya menyakitkan."












Tbc...

Mr. Soft (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now