"Aku nak kita akhiri semua ni, aku dah tak tahan."
Dia menatap wajah kawannya yang duduk di hadapannya.
"Kenapa?"
"Aku dah tak sanggup. Lagipun dia dah tau kan? Buat apa kita nak jalankan lagi benda ni? Aku tak nak sakitkan hati dia. Cukuplah, kita sedarkan dia." katanya dengan helaan nafas berat.
Si kawan tadi hanya mampu terdiam, tidak lama kemudian dia mengangguk kepala seolah setuju.
"Baiklah, jom kita akhiri semua konflik ni. Aku pun dah serabut melihat drama korang yang seposen ni. Buat habis duit 'Mommy Sya' aje, dah lah musim korona ni bajet dia slow sikit masuk. "
"Bukan nenek Sya ke?"
"Dua-dua ajelah senang. Tu kan nama dia juga kan?"
"Hm betul juga. So, kau setuju lah ni?"
"Ya, itu kan terpulang pada kau. Ni pasal kau kan?"
Dia terdiam, sekali lagi dia hela nafas. Jari jemarinya meramas satu sama lain.
"Ya, ni keputusan aku."
•••••
Gempa menapak masuk ke dalam sebuah bilik dia bersama Frostfire.
Dia mencari keberadaan lelaki itu, anak matanya tertancap pada sekujur tubuh yang berdiri di balkoni bilik. Dia menarik seulas senyuman sambil mengorak langkah menghampiri bakal suaminya.
"Frosty.."
Panggilan lembut itu, menyedarkan Frostfire daripada lamunan. Dia berpaling.
"Oh Gem, came here babe." Frostfire membalas senyuman Gempa sambil mengamit tangan pada lelaki itu agar datang merapat padanya.
"Frosty okey? Termenungkan apa?" soal Gempa, dia memandang Frostfire sekilas sebelum pandangan matanya dijatuhkan pada dada langit malam.
Frostfire senyum masam apabila disoal begitu. Terasa sensitif.
"Tak ada."
"Kau gaduh dengan keluarga kau ke?" Teka Gempa, dia kembali menatap wajah Frostfire. Air muka lelaki itu dibaca.
"Hm.. Lebih kurang."
Hening..
"Frostfire.."
Kening Frostfire terangkat sebelah, ton suara Gempa kedengaran sedikit tegas.
Gempa berdiri menghadap Frostfire, kepalanya mendongak. Wajah Frostfire ditatap.
"Kau tak nak tanya aku sesuatu ke?"
Dahi Frostfire brrkerut. "Maksud kau?"
Gempa meraih tangan kanan Frostfire lalu tangan itu dia letak pada perutnya yang bulat itu seperti ada isi di dalam.
Frostfire dapat rasakan ada pergerakan di dalam sana. Dia tidak perasan akan hal ini kerana Gempa selalu mengenakan pakaian besar dan longgar.
"Gem?"
"Kau rasa kan? Janin dalam ni bergerak kan Frosty?"
Gempa menatap iris Frostfire dengan senyum lirih.
"Y..ya.. Tapi apa maksud kau Gem? Bukan ke kau gugur dan kita tak pernah buat benda tu.."
Belum sempat Frostfire habiskan ayat, dia dikejutkan dengan kata-kata Gempa.
"Aku tak pernah keguguran. Ni anak aku dengan suami aku Halilintar. Aku bohong kat kau yang aku keguguran bahkan pasal yang hilang ingatan tu.."
"Apa? Kau bohong? Macam mana?"
"Ni kesepakatan aku dengan Supra.."
Rahang Frostfire mengeras, dia mencengkam kolar baju yang dikenakan Gempa.
Perbuatan kasar itu, buatkan Gempa terkesima.
"Frostfire.. aku minta maaf.. Tapi aku buat semua ni sebab nak sedarkan kau! Kau terlalu obses dengan sesuatu benda yang kau tak dapat dan miliki. Tolong hilangkan sifat kau yang satu tu! Aku sayang kau tapi sebagai saudara Frostfire. Tolong, aku..."
Pang!
Satu tamparan hinggap dipipi Gempa, buatkan lelaki mungil yang berbadan dua itu terkedu. Tamparan Frostfire meninggalkan bekas merah dipipinya.
"Fuck!" Carut Frostfire. Emosi terbakar oleh api kemarahan. Dia melepaskan Gempa lalu beredar dari bilik tersebut. Panggilan daripada Gempa tidak di sahut.
"Frostfire?!"
Tbc...
Makin hampa TvT...
YOU ARE READING
Mr. Soft (HaliGem) [C]√
Romance"Selembut-lembut dia, akan ada juga kasarnya." Warning! Yaoi! Uke!pregnant Don't like, don't read! Start : 27/10/2020 End : 5/4/2021 Status : [Complete!]