Part 23

830 92 14
                                    

"Dia mengandung?"

"Ya bos."

"Kenapa kau tak beritahu aku ha?"

Mata Frostfire mencerlung marah. Dia merenung tajam pada orang kanannya.

"Maaf, saya bukan sengaja tak nak beritahu bos. Saya.."

Frostfire mengerling ke arah Gempa yang masih tidak sedarkan diri itu. Dibius ubat tidur. Anak matanya jatuh pada perut Gempa. Bibirnya diketap seraya mengepalkan kedua tangannya.

Wajah orang kanannya kembali ditatap.

"Cari doktor yang boleh dipercayai."

"Doktor? Bos sakit?"

"Bukan aku, tapi dia."

"Oh, tapi untuk apa bos?"

Satu senyuman sinis bermain dibibir Frostfire.

"Aku tak nak ada benih orang lain di dalam tubuh dia. Kau fahamkan maksud aku?"

"Maksud bos, bos nak gugurkan kandungan dia?"

"That's right."

Mendengarkan itu, orang kanan kepada Frostfire terkedu. Dia atau diberi nama Haze hanya mampu mengangguk kepala.

"Dan satu lagi, aku nak buat dia lupakan pada suami dia."

"A..apa? Bos nak hapuskan memori dia?" sekali lagi Haze terkedu dengan rancangan yang boleh dikatakan amat kejam itu.

"Yes. So, pergi jalankan arahan aku."

"B..baik bos."

Haze menundukkan kepalanya, sebelum keluar dari bilik itu. Dia sempat mengerling ke arah Gempa. Perasaan simpati hinggap dihatinya.

Tergamaknya bos... Bisik hatinya.

•••••

Halilintar meramas rambutnya sambil menghembus kasar nafasnya. Tubir matanya berair. Perasaannya amat risau dan cemas apabila mendapati isterinya menghilang entah ke mana.

Balik sahaja daripada ofis, dia terus pulang ke rumah kerana perasaannya begitu resah sekali. Dan rasa resahnya terjawab apabila dia mendapati rumah mereka kosong, seperti tiada penghuni.

Orang yang pertama dia cari, semestinya lah Gempa. Puas mencari namun tidak dapat ditemui di mana-mana. Nak kata isterinya keluar, kereta elok sahaja tersandang di dalan garaj.

Mahu telefon, tetapi tidak dapat dikeranakan telefon milik Gempa berada di dalam bilik mereka.

"Hali, bawa bertenang. Kita fikir cara dulu macam mana nak cari Gempa."

Kedua ahli keluarga Gempa dan Halilintar, berkumpul di sana apabila mendapat panggilan telefon daripada Halilintar yang memberitahu bahawa Gempa menghilang.

Halilintar mengetap bibir. Kerana terlampau cemas, birai mata Halilintar berair.

"Tapi papa, Hali tak boleh tenang kalau tak tengok Gempa di depan mata Hali. Hali risau papa, kalau terjadi apa-apa macam mana? Sudahlah dia tu tengah mengandung."

Puan Lisa memeluk si anak lelaki tunggalnya. Kepala Halilintar dibelainya lembut, agar dengan itu dapat menenangkan kerisauan anaknya.

"Kita buat report polis, aku rasa ni kes culik." Puan Lily, emak kepada Gempa menyuarakan pendapatnya.

"Tapi, belum 24 jam lagi. Kita tengok aje dulu, mungkin Gempa berjalan di taman perumahan ni?"

"Tapi, Gempa pasti akan mesej Hali kalau dia nak keluar."

"Hali, mungkin dia tak ingat beritahu kamu. Tenangkan diri kamu tu dulu."

Halilintar buang nafas kasar. Dia melepaskan pelukan ibunya lalu bergerak ke pintu rumah.

"Kamu nak ke mana?"

"Cari Gempa."

"Hali tunggu!"

Mereka berempat menghela nafas.

Tuan Amato, mendail nombor seseorang. Perbuatannya mengambil perhatian daripada mereka bertiga.

"Arahkan orang kita untuk cari Gempa sampai jumpa!"













Tbc...

Paksakan diri untuk up, walaupun sedang sakit....

Sakit gigi 😂...

37 vote for next chapter 💕

Kbai!

Mr. Soft (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now