"Arghh!!"
Buk!
Stereng kereta yang tidak bersalah dipukulnya, melepaskan rasa sakit hati.
Halilintar menyembamkan mukanya pada stereng kereta. Dia lelah, terlalu lelah kerana pencariannya tidak membuahkan hasil. Sudah semua tempat dia pergi sekadar mahu mencari isterinya. Namun, tiada.
Kehilangan Gempa membuatkan dia tidak berhenti daripada menyalahi dirinya sendiri kerana cuai dalam melindungi isterinya. Bahkan sudah dua hari Gempa menghilang bagaikan di telan bumi.
Dia risaukan keadaan isterinya bersama bakal anak mereka.
"Hiks.."
Stereng kereta dicengkam. Dia mengetap bibir, menahan esakkan tangisannya.
"Mana kau Gem? Kau nak dera aku ke dengan cara menghilangkan diri? Aku.. aku hampir gila cari kau Gem.. Mana kau..." bisik Halilintar lirih. Aliran jernih itu makin laju mengalir dipipinya.
Ting!
Bunyi notis berasal daripada telefonnya, menyedarkan Halilintar. Dia mengesat pipinya yang basah itu seraya menegakkan tubuhnya.
Telefonnya yang terdampar di kerusi penumpang, diraihnya. Dahinya berkerut tatkala melihat sebuah mesej daripada nombor yang tidak dikenalinya.
"Siapa?" kerana panasaran, Halilintar membaca mesej tersebut.
Wajah Halilintar berubah. Rahangnya mengeras dan dia mencengkam telefonnya sebaik sahaja membaca mesej tersebut.
Say goodbye to your beautiful wife, he mine. Adios!
"Tak guna!!"
•••••
Seorang doktor menghela nafas, tangannya menulis sesuatu disehelai kertas bersaiz A4.
"Kau tahu, menggugurkan kandungan ni amat berisiko. Kau tau kan, kalau kita tersalah buat. Dia tidak dapat mengandung lagi. Dia seorang lelaki yang memiliki keistimewaan. Lelaki dan pompuan lain. Kau sanggup ke nak gugurkan anak yang tidak bersalah langsung tu?"
Frostfire mendengus kasar. Dia merenung doktor lelaki sekaligus merangkap sepupunya. Supra.
"Please buat apa yang aku suruh Supra."
Supra mengusap rambutnya.
"Kau.. Haish! Ni satu hal lagi, kau nak suruh aku bagi ubat yang boleh hilangkan memori seseorang? Kau gila ke Frostfire? Kalau parents kau tahu, mesti diorang kecewa dengan kau!!"
Frostfire menghentak meja kerja Supra. Wajah sepupunya, ditentang tajam.
"Aku buat semua ni sebab aku cintakan dia Supra!"
Supra ketawa sinis. "Cinta? Tu kau kata cinta? Tu bukan cinta Frostfire, tapi kau tu yang terlalu obses dengan dia. Sedarlah Frostfire, dia tu isteri orang!!"
"I don't care! Dari dulu lagi dia tu milik aku! Suami lembut dia tu yang suka suki rampas milik aku dan aku tak terima tu semua!" bentak Frostfire.
"Gila!!"
Dua sepupu itu saling merenung.
"Kalau kau tak nak bantu aku, aku akan buat isteri kau jadi tahanan aku. Mana kau pilih? Glasier or bantu aku?"
Rahang Supra mengeras apabila nama isterinya dipetik oleh orang dihadapannya. Tangannya terkepal kemas.
"Jangan kau berani sentuh bini aku! Aku tak suka!"
Frostfire senyum sinis, dia dekatkan mulutnya pada telinga Supra lalu berbisik.
"Aku beri kau masa sampai malam ni. Tepat jam sepuluh malam, aku nak dengar jawapan daripada kau. Fikirkan baik-baik ya sepupu. Aku chau dulu."
Pipi Supra ditepuknya perlahan sebelum dia beredar pergi dari ruangan kerja Supra.
Sebaik sahaja Frostfire menghilang dari pandangan mata. Supra menghentak meja kerjanya, melepaskan rasa kesal dengan sikap sepupunya yang suka sekali mengugut orang supaya menurut kemahuannya.
"Tak guna, aku pastikan kau menyesal Frostfire sebab berniat jahat. Kali ini, aku tak akan bersubahat lagi dengan kau."
Tbc...
YOU ARE READING
Mr. Soft (HaliGem) [C]√
Romance"Selembut-lembut dia, akan ada juga kasarnya." Warning! Yaoi! Uke!pregnant Don't like, don't read! Start : 27/10/2020 End : 5/4/2021 Status : [Complete!]