Part 3

1.4K 119 10
                                    

"Kau masih bertahan dengan suami pondan kau tu? Kau tak malu ke ada suami macam tu? Memalukan aje, harap aje hensem, tapi lembut macam pompuan."

Gempa hanya senyum masam, tangannya yang berada di atas riba dikepal kemas. Geram kerana suaminya dihina oleh kawannya sendiri.

Gempa menatap wajah Yaya dan Ying lalu tersenyum sinis.

"Cakap ajelah yang korang jeles dengan aku. Korang jangan nak hina suami aku lah. Itu memang sifat dia yang asli. Dia tak fake macam korang, baik di depan dan belakang pula sibuk nak menganjing. Selembut-lembut dia, tapi dia tak pernah sakitkan hati aku. Dia selalu ada untuk aku dan dia tak pernah berbohong pada aku."

Wajah kedua perempuan di hadapan Gempa sudah memerah kerana dismash Gempa.

"Ke korang ada hati kat suami aku? Kalau iya, lupakan niat busuk korang tu. Menyesal aku terima ajakkan korang, buat mood aku down aje! Tch!"

Gempa bangun daripada kerusi, dia ingin cepat-cepat pergi daripada kafe itu. Namun, pergerakkannya terbantut apabila salah seorang daripada mereka bersuara.

"Cepatnya, cakap macam tu pun dah tersentap. Dasar lemah."

"Entah, dia tengah panas lah tu. Suami dia kan kena hina. Tch, kita bergurau aje. Tu pun dah nak cabut lari. Pengecut!"

Gempa dengan berang, mendorong meja bulat di hadapannya. Tatapannya mencerlung marah pada kedua perempuan di hadapannya. Perbuatannya itu, mengundang perhatian daripada pengunjung kafe itu.

"Kurang ajar."

•••••

Halilintar memerhatikan Gempa yang sedang menghidangkan makan malam.

Isterinya tampak begitu senyap pada malam itu, dia cuma tersenyum ataupun menjawab dua patah kata sahaja jikalau di tanya.

Halilintar tahu, pasti ada yang tidak kena dengan isteri kesayangannya itu. Dia sudah hafal benar dengan sifat Gempa, lelaki itu jikalau ada yang menganggu fikiran ataupun moodnya tengah kacau, dia akan diam dan pendam sendiri. Susah mahu dengar daripada mulutnya sendiri, jikalau dia tidak paksa.

"Makanlah Linlin, selamat makan husband."

"Are you okey sayang?"

"Kenapa?"

Bukannya menjawab, malah soalan dibalas soalan. Halilintar hela nafas.

"Tak ada apa. Kau macam bad mood aje, kenapa? Ada yang menganggu kau?" Halilintar kembali bertanya, kali ini nada suaranya ditegaskan lagi.

Gempa mengetap bibir.

"Sayang please say something, what happen? Ada yang ganggu kau ke?"

"Hm, diorang.."

"Siapa diorang?"

"Yaya dan Ying."

Mendengar sahaja nama itu keluar dari mulut Gempa, Halilintar sudah dapat meneka.

"Diorang, hina kau. Aku tak dapat terima. Aku benci orang hina kau, Linlin."

Halilintar terdiam, kemudian dia hela nafas.

"Aku tau. Maaf Gem, ni semua salah aku. Sebab aku, kau kena hadap semua ni. Aku.. akan berubah kalau itu sahaja dapat bantu kau kena cemuh. Aku pun muak dengan pandangan orang. Salah ke aku jadi lembut?"

Kepala Gempa menggeleng keras.

"Kau tak salah. Diorang aje yang dengki dengan kau. Kau.. Aku tak nak kau berubah. Aku tak nak, kerana sebab ni kau nak berubah. Aku tak nak kau jadi fake, aku suka kau jadi diri sendiri."

"Tapi.."

"Shh, diam. Walau apa pun terjadi, kita hadapi bersama. Biarlah orang benci kita, asalkan kita tau apa yang kita buat dan lakukan adalah betul. Diorang aje yang dengki. Kerana sifat kau lah, aku suka Linlin. Selama aku kenal diri kau, kau tak pernah sakitkan hati aku."

Halilintar tersenyum.

"Kau pun sama Gem. Aku sayang kau apa adanya. Kau kasar di luar tapi kau lembut di dalam. Sebab tu aku suka. Tetap lah jadi diri kau, jangan jadi fake."

Mereka berdua tersenyum.

"Aish, asal kita jadi macam dalam drama eh? Dah jom makan, geli pula."

Halilintar ketawa kecil apabila suasana romantik, kini telah hancur kerana Gempa. Dasar tembam!

"Yelah. Kau ni, suka hancurkan suasana aje."

Halilintar mengomel, manakala Gempa sudah menjelirkan lidahnya.

"Biarkan."







Tbc...

Mr. Soft (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now