Part 31

771 87 10
                                    

Dua orang lelaki saling duduk berhadapan, di sebuah kafe Bintang.

"Ehem, jadi kenapa encik nak jumpa saya?"

Iris merah Halilintar memandang tunak pada wajah orang di hadapannya. Supra.

Orang yang mengajaknya untuk bertemu.

Supra berdeham. Dia mencengkam seluarnya. Cemas dan takut untuk berkata benar.

"Sa..saya.."

Kening Halilintar terangkat sebelah, hairan melihat kegugupan lelaki di hadapannya itu.

Dia tersenyum tipis. "Jangan gugup. Cakap aje, apa yang encik Supra nak cakap. Apa hal yang penting sangat tu?"

Sekali lagi, Supra berdeham. Wajah suami kepada Gempa, dia tatap serius. Cengkaman tangannya pada seluar makin mengerat.

"Saya ada benda nak bagitahu encik. Ni pasal Gempa, isteri kepada encik."

Wajah Halilintar berubah tatkala nama isterinya meniti dibibir Supra.

"What do you mean? Macam mana awak boleh kenal isteri saya? Awak siapa?"

"Saya kawan dia, mungkin awak kenal saya sebab Gempa tak pernah kenalkan awak pada kawannya. Lagipun, saya dengan dia taklah rapat mana."

Kepala Halilintar terangguk perlahan.

"So? Apa yang awak nak bagitahu saya?"

"Ni pasal kehilangan Gempa."

"Apa?!"

"Tenang dulu. Bagi saya habis cakap dulu."

"Fine."

Supra hela nafas. "Frostfire, dia sepupu saya dan merangkap orang yang amat obses dengan isteri awak. Dia yang culik Gempa."

"Frostfire? Siapa dia? Jangan cakap.."

Ingatan Halilintar pada hari di mana orang asing yang mengaku sebagai kawan rapat kepada Gempa dan Gempa pernah berkata orang itu adalah orang di masa lalunya.

Apakah dia orangnya?

"Kenapa awak bagitau saya?"

"Sebab saya rasa bersalah sebab bersubahat dengan dia. Saya.."

Bruk!

Supra tersentak kerana Halilintar menghentak meja yang ada dihadapan mereka. Dia telan liur tatkala mendapatkan renungan maut lelaki itu.

"Beraninya kau, jadi kau yang menyebabkan isteri aku hilang! Pulangkan balik!"

Halilintar mencengkam kolar baju Supra, matanya mencerlung marah.

"Uhuk, tenang dulu Halilintar. Saya boleh jelaskan."

Cengkaman Halilintar pada kolar baju Supra makin erat.

"Jelaskan atau muka kau.. aku hancurkan."

Ingatkan Supra untuk berhati-hati dengan orang yang bersifat lembut. Kerana orang lembut apabila dia marah, akan menjadi amat menyeramkan.

"Okey, saya akan jelaskan semuanya. Tapi ni melibatkan rancangan saya juga."

"Aku tak kisah dengan rancangan kau tu, cepat bagitahu aku!"

Supra merengus. Dia merungkai kasar cengkaman Halilintar padanya.

"Iya, Iya. Saya akan jelaskan. Sabar boleh tak? Dasar bapak singa."












Tbc...

Miss me already? Hshshsh...

Maaf kependekkan. Idea merundum.... Huhuuhu...

Vote 30 for next chapt.. Kbai!

Mr. Soft (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now