Pipi Gempa mengembung. Dia sedang kesal.
Matanya menatap tajam pada suaminya yang masih berjalan di belakangnya dengan jarak boleh dikatakan jauh juga, sedangkan Gempa sudah sampai ke pintu utama mall.
"Dasar jalan macam siput! Siput pun tak selambat dia!! Jalan pun macam pondan dah! Suami siapa tu! Tak kenal lah!" omel Gempa geram. Kakinya menghentak lantai mozek.
Macam mana tidak geram, kalau Halilintar berjalan dengan lemah lembut gemalai. Mengalahkan seorang perempuan! Perempuan pun tak selemah itu. Berjalan macam tak makan satu tahun saja.
Lemah!
"Ergh! Woii! Cepatlah jalan! Terhegeh-hegeh macam lembu! Aku belasah kang! Ada juga yang makan guna kaki ni! Ei! Geramnya aku! Dah setengah jam aku tunggu engkau untuk sampai ke sini! Kau nak aku buat jadi makan malam ke ha? Hoi!!"
Halilintar menutup mukanya apabila sifat tak tahu malu Gempa, mula aktif. Lelaki itu mana ada perasaan malu, tahunya mahu memalukan diri sendiri.
Mulut itu sibuk membebel, bahkan pandangan orang yang berkunjung di mall itu tidak Gempa hiraukan. Malah Gempa makin menjadi, siap dijeling lagi orang yang sedang pandang dia.
"Apa tengok-tengok? Ada hutang? Ke aku ni hensem sangat, korang sibuk nak pandang? Macam tak pernah tengok orang hensem aje. Pi mampus ah! Aku dah taken."
Sebelum Gempa makin menekan enjin mulut murainya, Halilintar dengan cepat-cepat menariknya pergi daripada situ. Sempat juga tangannya mencubit pipi Gempa.
"Kau gila?"
"Kau yang gila. Jalan macam sotong darat."
"Sotong darat, aku tak pernah tau pun ada sotong darat."
Halilintar mengerutkan dahinya. Wajah masam Gempa dipandang polos.
"Ya ada! Macam kau! Kau kan sotong darat! Jalan pun lambat nak mampus! Sotong ori yang kat dasar laut pun tak selembap kau! Dasar sotong tiruan!"
Mata Halilintar terkebil-kebil. Rautnya terus berubah. Tatapannya yang lembut berubah tajam dan itu berhasil mengerunkan perasaan Gempa.
"Gempa." suara lembutnya berubah dalam dan berat. Nadanya turut berubah. Datar.
Gempa telan liur. Dia melarikan pandangan matanya ke arah lain, takut akan renungan mata suaminya.
"Ma..maaf."
"Kalau nak bercakap, kena pandang pihak lawan bicara. Itu tak ada adab namanya. Ingat, orang yang sedang kau ajak bicara ni adalah suami kau. Mana hormat kau?"
Bila Halilintar sudah berucap begitu, Gempa boleh buat apa selain menyerah. Dengan takut-takut dia menatap Halilintar, sekasar-kasar dia mesti akan takut juga bila suaminya sudah masuk ke mood garang. Hilang sejenak sisi lembutnya.
"Maaf, Gem minta maaf." ucap Gempa.
Halilintar hela nafas. "Okey, tapi jangan buat lagi macam tu. Faham?"
"Hmmm, nak buat lagi."
"Gempa!"
"Okey! Okey! Tak buat lagi."
Senyum tipis terukir dibibir Halilintar, kepala Gempa diusapnya lembut.
"Tch! Dahlah, jom kita beli barang. Nanti lambat pula nak masak makan malam." Kata Halilintar seraya merangkul bahu Gempa dan membawa diri mereka ke dalam mall.
"Yelah, tapi jalan tu jangan lah macam orang sakit lutut. Lembut!"
Halilintar terkekek kecil.
"Dah sifat aku macam ni, kau kenalah terima seadanya. Tapi.."
"Tapi apa?"
"Walaupun aku lembut kat luar, tapi kat dalam bilik aku kasar dan menghairahkan? Apalagi, atas katil."
Senyum nakal bermain dibibir Halilintar, senyumannya makin melebar apabila mendapati wajah Gempa sudah merah seperti sotong bakar.
Buk!
"Aduh!"
"Padan muka! Sempat lagi kau ya?!"
"Ishh! Kenapa pukul aku ha? Betul apa? Kata nak ada anak 2 tim bola sepak?"
"Ingat aku ni mesin anak ke ha?! Tekan dan terus keluar? Kau buat dan beranak sendiri lah!"
Gempa mendorong tubuh Halilintar menjauh daripadanya dan segera menonong pergi meninggalkan Halilintar yang sudah ketawa suka.
"Heyy Ouro, tunggulah husband kau yang hensem ni!"
"Tahi anda, hensem sotong dia!"
"Sotong jangan main eh? Ni sotong limited edition tau? Tak ada terjual di pasaran. Kau tu dah dikira beruntung tau dapat sotong limited edition macam aku ni."
"Mengaku pun yang kau tu sotong cap celup tepung. Limited edition lah sangat."
"Heyy!!"
Tbc...
YOU ARE READING
Mr. Soft (HaliGem) [C]√
Romance"Selembut-lembut dia, akan ada juga kasarnya." Warning! Yaoi! Uke!pregnant Don't like, don't read! Start : 27/10/2020 End : 5/4/2021 Status : [Complete!]