Part 26

788 84 11
                                    

Beberapa minggu kemudian...

"Belum jumpa apa-apa pertunjuk lagi?"

"Belum."

Readers menatap simpati pada si bosnya, banyak sangat ujian yang menimpa rumahtangga kawannya itu.

"Kau janganlah sedih bos, kau kena tetap semangat untuk selamatkan uke binal kau tu. Aku pasti yang dia tidak apa-apa. Aku akan bantu kau belasah orang yang dah culik uke binal aku tu.."

Ucapan Readers terputus apabila ditatap tajam oleh Halilintar. Dia tersengih.

"Hehet! Uke binalnya Halilintar. Okeylah, bos jangan paksa diri. Bos tu dah tak terurus aje aku tengok. Serabut aje tengok tau, dah hilang hensemnya. Tolong rehatkan tubuh tu, bos pun perlukan rehat tau. Simpan tenaga untuk cari Gempa."

"Biarkan bengek, sibuk aje. Yelah.."

Readers tersenyum. "Bos, aku keluar dulu hm? Ada banyak kerja yang nak dibuat. Bos tu, jangan paksakan diri. Aku tak nak nanti Gempa tuduh aku buli suaminya pula, so tetap semangat. Pasti ada caranya untuk cari punca kehilangan Gempa."

"Hmmm.."

"Okeylah, paipai bos."

Halilintar menggeleng kepala dengan tingkah laku PAnya.

Dring!!

Halilintar mengerling ke arah telefonnya. Nombor yang tidak dikenali naik diskrin telefonnya.

"Hello?"

"Hello, apakah ni encik Halilintar?"

Dahi Halilintar berkerut apabila mendengar suara orang lelaki dihujung talian.

"Ya, ni saya. Ada apa ya?"

"Saya.."

•••••

Readers berjalan di koridor hospital, sesekali dia akan tersenyum ramah pada orang-orang yang ada di sana.

"Mana dia ni? Lamanya.. Eh?"

Readers mengecilkan matanya, apabila mendapati seseorang yang amat dia kenal di masa dahulu. Orang itu baru sahaja keluar dari sebuah ruangan doktor dan lelaki itu berjalan menuju ke arahnya.

Di saat jarak mereka makin dekat, matanya membulat.

"Dispenser..eh Frostfire?!"

"Re.. Readers?"

Wajah Frostfire kelihatan terkejut tatkala bertemu dengan kawan baik kepada Gempa namun cepat-cepat dia mengubah raut wajahnya agar kelihatan natural.

Readers tersenyum. "Hai Frostfire, lama tak jumpa kau. Apa kabar sekarang?"

"Aku baik aje macam kau tengok sekarang, kau pula?"

"Aku macam selalu lah. Ohiya, bukan ke lepas habis sekolah kau ke luar negara? Bila kau balik?"

Frostfire mengangguk kepala.

"Ya, hmm mungkin dah nak dekat sebulan?"

"Oh.."

Frostfire mengerling jam tangannya.

"Kau buat apa kat sini?"

Pertanyaan itu buatkan Frostfire terkedu. Dia tergelak canggung.

"Jumpa kawan lama."

Readers mengangguk kepala. Dia tahu siapa yang lelaki di hadapannya ini jumpa. Mesti Supra kan?

"Hm, Frostfire."

"Ya?"

"Boleh aku tanya sesuatu?"

"Apa?"

Frostfire menatap gadis di hadapannya, gadis itu tampak ragu-ragu mahu bersuara.

"Hm, kau dah boleh move on dari Gempa?" Tanya Readers dengan nada suara berhati-hati.

Frostfire tersenyum masam.

"Kenapa tanya? Kau takut aku tak boleh move on dari dia?"

"Oh.. Jadi kau dah moveon? Baguslah, lagipun Gempa dah berkahwin."

Frostfire tidak terkejut, sebab dia sudah tahu.

Kening Readers terangkat sebelah, apabila melihat reaksi Frostfire yang seakan tidak terkejut dengan berita itu. Dia tahu yang Frostfire itu amat obsesi dengan Gempa. Agak mengejutkan jika dia melihat raut bersahaja daripada lelaki itu.

"Kau tak terkejut?"

"Buat apa aku nak terkejut? Aku dah tau pasal tu, lagipun aku dah jumpa dia sebelum ni."

"Oh.."

Readers memerhati tingkah Frostfire. Lelaki itu memang banyak berubah, makin uhuk hensem. Tapi.. Entah kenapa dia amat meragukan Frostfire.

Dia kata dia pernah jumpa Gempa?

"Hm, aku harus pergi dulu. Aku ada meeting kejap lagi, jumpa lagi."

"Haa.. Baiklah. Bye.."

Readers menghantar kepergian Frostfire.

"Kenapa dia nampak tergesa-gesa? Ke perasaan aku aje?"

"Bah!!"

"Argh, opocot Frostfire hensem!"

Orang yang membuat Readers terkejut hanya ketawa mengekek.

"Amboi.. Frostfire eh? Kau ada hati dengan dia eh?"

Wajah gadis itu memerah. "Mana adalah! Kau ni, terkejut aku tau! Dasar uke tak guna, report kat Supra baru tau."

Glasier tergelak. "Okey, maaf. Tapi kan, sebut pasal Frostfire. Dia dah balik ke dari London?"

"Oh dah, tadi baru aje aku terserempak dengan dia. Baru aje dia pergi tadi.."

Kepala Glasier mengangguk. "Oh macam tu.. Macam mana sekarang dia? Ada perubahan tak?"

Readers menjongket bahunya, acuh tak acuh.

"No komen, dahlah. Kau kata nak jumpa husband kau dan ajak lunch sekali. Jomlah."

"Hm, okey. Jom!"

Dua orang yang berlainan jantina itu bergerak ke ruangan yang menempatkan keberadaan Supra.

"Ohiya, apa Gempa dah ketemu?" soal Glasier.

Readers menggeleng kepala dengan wajah muram.

"Belum, aku sedih tengok keadaan Halilintar sekarang ni. Tak terurus sejak Gempa hilang. Kalau aku dapat orang dah culik Gempa, aku karate bontot dia biar dia tak ada bontot."

Glasier tergelak kecil dengan omelan kawannya itu, dia mengetuk pintu ruangan dihadapannya.

"Masuk."

Mendapat kebenaran, mereka berdua mengkuak pintu itu dan melangkah masuk.

Di saat mereka berdua masuk, satu pemandangan yang tidak terduga membuatkan mereka terkaku.

"Supra.. Apa yang kau dah buat pada Gempa ha?!"














Tbc....

Mr. Soft (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now