Part 19

919 97 6
                                    

Si dia tersenyum tipis, tidak lama kemudian dia memasang wajah dingin.

Anak matanya memandang sekeliling Lapangan Terbang Kuala Lumpur.

Kini dia selamat tiba di tanah airnya setelah bertahun-tahun di negara orang.

"Tuan muda, kereta sudah di siapkan. Tuan besar sudah menunggu kepulangan anda. Tuan mu..."

"Tangguhkan dulu. Aku tak nak pulang lagi, ada tempat yang aku nak pergi. Apakah kondominium yang aku beli dah siap?"

Si lelaki selaku orang kanan kepada tuan mudanya hanya mengangguk.

"Dah tuan muda. Semua dah siap di bereskan tuan muda."

"Bagus. Ohya, aku nak korang bawa balik ke semua beg aku ni. Aku nak ke sesuatu tempat."

"Baik. Tapi tuan muda nak ke mana?"

Si dia hanya tersenyum senget dan tidak menjawab pertanyaan itu.

Kita akan berjumpa nanti Gemoy, aku dah tak sabar nak jumpa dengan kau. Kalau kita berjumpa nanti, aku tak akan lepaskan kau. Desis hatinya.

•••••

"Linlin, malam ni kau nak makan apa?"

"Kenapa tanya? Kau kat mana tu?"

Gempa membetulkan posisi telefonnya sambil memilih bahan basah.

"Gem, kat mall ni. Beli barang dapur sikit."

"Apa?! Kenapa tak cakap kalau nak pergi beli barang. Kau pergi sorang diri ke?" suara Halilintar di seberang sana naik satu oktaf. Suara itu terdengar kerisauan dan cemas.

Gempa hanya mampu tersenyum dengan sikap posesif si suaminya itu.

"Ishh, ya aku pergi sorang. Alah, kau jangan lah risau. Aku okey aje ni."

"Tapi aku risau.."

Halilintar memasamkan mukanya walaupun Gempa tidak dapat melihat reaksinya itu.

Gempa tertawa. "Ishh, kau ni. So, apa kau nak makan malam ni?"

"Kau."

Sekali lagi terhambur gelak Gempa, sampaikan abang yang sedang menjaga di tempat bahan basah itu asyik melirik ke arahnya. Namun Gempa hanya membuat bodoh sahaja.

"Tahi anda. Sudahlah, aku letak dulu. Paipai husband."

"Tch, yelah. Hati-hati tau, jangan main mata dengan orang lain. Kalau tak siaplah kau. Paipai wife."

Gempa menyimpan telefon bimbitnya ke dalam poket seusai bercakap dengan si pengarang jantungnya.

"Bang, nak ayam dua ekor. Sotong, udang dan daging 2 kilo. Hmmm, tu aje."

"Baik, dik."

"Ohya bang, saya ke sana kejap ya? Lepas siap tu, abang letak dalam troli eh? Saya tinggalkan troli saya kat sini eh?"

"Baik."

Gempa berbalas senyum dengan lelaki yang sepertinya lebih tua setahun atau dua tahun di atasnya.

Gempa bergerak ke bahagian kering yang hanya bersebelahan dengan tempat bahan basah.

"Cili, lobak, sayur sawi, tomato.. Hm, apa lagi hm? Ha, kubis."

Gempa sibuk memilih bahan tanpa tahu ada sepasang mata yang sedang memerhatikan dirinya.

Orang itu tersenyum.

"I got you Gemoy."

•••••

Troli yang penuh dengan barang miliknya didorong menuju ke tempat parkir kereta.

Sambil mendorong troli, Gempa memukul bahu dan lengannya yang terasa lenguh dan kebas.

"Lenguhnya.. Time macam ni lah kau nak sakit bagai. Haishh.."

Bruk!

Gempa tersentak, termati terus omelannya apabila dia terlanggar orang yang tiba-tiba sahaja melintasi jalannya.

"Omaigad! Sorry, sorry. Encik tak apa-apa kan? Saya tak sengaja, maaf."

Gempa memohon maaf, kerana berasa bersalah telah melanggar orang.

"It's okay, I'm fine.. Gempa."

Sekali lagi Gempa dibuat terkejut dikala namanya diseru oleh orang yang dia langgar. Laju kepalanya terangkat, untuk melihat wajah orang tersebut. Dia terkesima.

"K..kau..."

"Hai sayang, long time no see ya.. Miss me?"

Wajah Gempa memucat. Pegangannya pada pemegang troli terlepas. Dia jatuh terduduk di atas tanah kerana terlampau terkejut melihat orang tersebut. Orang di masa lalunya dan orang yang mampu membuat dia ketakutan serta terlihat lemah.

"Kau memang tak pernah berubah Gempa, selalu saja macam tu reaksi kau bila nampak aku. Tapi, reaksi kau macam tu adalah hal yang aku suka."

Di saat lelaki itu mahu menyentuhnya, Gempa segera menepis dan terus bangun dari posisinya lalu berlari pergi bahkan barang beliannya ditinggalkan begitu sahaja. Asalkan dia dapat cepat-cepat pergi daripada hadapan lelaki itu.

Si dia menghantar kepergian Gempa. Dia tersenyum, namun senyuman itu mati apabila sesuatu melintas dibenaknya. Status. Status yang Gempa sandang.

"Aku akan rampas balik sesuatu yang seharusnya menjadi milik aku dari dulu."










Tbc....

35 vote for next chapter...

Mr. Soft (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now